0
                                                                      Assalamualaikum


KUALA LUMPUR – Penyanyi Ezlynn yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye memilih untuk bertunang dan bernikah serentak dengan pasangannya Adam Fahmi, 35, bagi memudahkan ahli-ahli keluarganya mereka hadir pada suatu majlis petang semalam itu.
Ezlynn yang mengakhiri zaman bujangnya dengan memilih Adam yang juga pengurus peribadinya sebagai suami pada majlis akad nikah yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini.
Kata Ezlynn atau Azline Ariffin, 30, dia bertunang pada pukul 3 petang, dan bernikah pula 6 petang di mana dia dinikahkan oleh bapanya sendiri iaitu Ariffin Alang Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran RM20,020.20 sen.
“Bukan senang untuk mengumpulkan kesemua anggota keluarga kami pada satu-satu masa. Majlis ini juga diadakan secara kecil-kecilan dengan sekitar 70 orang jemputan sahaja. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 21 Januari tahun depan,” ujarnya.
Dia berkata demikian kepada para wartawan pada sidang akhbar selepas majlis itu yang berkonsepkan Japanese Romance dan Klasik Kontemprari berlangsung hingga lewat petang itu.
Rombongan pengantin lelaki membawa 5 dulang hantaran seperti senaskhah al-Quran, beg tangan dan kasut, manakala rombongan pengantin perempuan pula membalasnya dengan 7 dulang hantaran seperti naskhah sampeng songket, minyak wangi dan al-Quran.
Sementara itu, Adam yang sah bergelar suami dengan sekali lafaz pada majlis itu menjelaskan, dia menjalin hubungan percintaan dengan Ezlynn sejak dua tahun lalu selepas hampir enam tahun menjadi pengurus kepada penyanyi itu.
“Selain menguruskan Ezlynn sebagai penyanyi, saya juga merupakan rakan kongsi perniagaan melalui syarikat Ezlynn Entertainment sejak lima tahun lalu. Saya tertarik dengan Ezlynn kerana dia jujur di sepanjang perhubungan itu,” ujarnya. – mynewshub.my


#### Pada Pendapat korang la kan...seronok x tunang  dan nikah dalam 1 mase..

bagi pendapat eda la kan...seronok sangat dan dapat menjimatkan masa...Seronok bila saudara mara yang jauh dan dekat dapat berkumpul dalam satu masa untuk 2 acara...
tp yang xbestnyer xdpt la menjalani masa menjadi tunangan orang..
Apapun tahniah kepada Ezlyn dan Pasangan.

Post a Comment

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top