Saturday, August 27, 2011

Menanti tibanya Hari Raya

Saturday, August 27, 2011
Assalamualaikum blogger..Pe kabo...?

Raya tinggal bape hari je lagi..camno persiapan...da settle seme or masih lagi mencari2 yang dicari..

Hari nie ade pasar khamis...korang tau ker pasar khamis tu..pasar khamis tu pasar yang ade hanye hari khamis jer la..haha..lawak x.....Jangan mare
Pasar khamis tu mmg ler murah dan banyak pilihan...konon2 nye hari nie aku nk halfday jerk...emmm..last2 terus full day xkeje...nie semua disebabkan pasar khamis tuh...(ade kene mengena ke ngan tajuk )

Tapi akhirnye aku dapat jugak sehelai ...alhamdulillah...walaupun bermandi peluh...hehe..husband blanje beli selai baju...syukur...belilah lagik...

Korang da beli kuih raye ker...buat???noooonooooo...no have time enough la...haiyoooo..seme tunjuk ulur kepala...tu je la...poket da makin nipis nie..lom lagi dgn duit raye...da ler xdpt advance ...sbabnye aku nie keje lom confirm2 lagik..pedih betul...korek tabung bg duit syiling je la...korang nak x duit syiling..
...nah amik....ckup x...ke korang nk yang nie...
tp bg dua la ea..oklah nie..janji korang dpt..dari korang xdpt terus..hua...hua..

Semua settle...wlupun 1 lagi aku lom beli...xpe2..mlm ghaye aku pi beli..korang tau ker ape...
tudung aku lom beli la...haha...xpe-xpe...ade mase beberapa hari lagik..

nak wish kt korang nie.............
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..
DARI EDA DAN SUAMI...






Thursday, August 18, 2011

Vitamin Untuk Kulit

Thursday, August 18, 2011
Assalamualaikum Blogger...\Aku memang suke nak bersharig dgn korang semua...info nie dipetik dari seseorang dan aku pula nk memanjangkan info nie untuk korang...jaid korang bace la ek...


Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:“Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.“Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.“Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV.

Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

Apa-apa vitamin sekali pun,anda dinasihatkan supaya tidak mengambilnya secara berlebihan daripada yg telah disyorkan.Dapatkan nasihat pakar sebelum anda mengambil apa2 vitamin tambahan.






Sedikit Pengetahuan untuk dikongsi berkenaan dengan Toksin

Thursday, August 18, 2011

Jom kite baca entry nie..Entry ni di ambil dari seseorang..Harap seseorang tu x marah la untuk dikongsikan bersama..

Apakah Toksin?

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.
Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa bunagan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

Kesan Kemudarat Toksin Kepada Tubuh ?
Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.
Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan keta. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:-

Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.
Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.
Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akanmerembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

Alergi, Asma, Pundi hempudu dan Karang , Pengerasan Saluran Darah, Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah Payudara, Kemerosotan Daya Seksual.
Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksim dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.

Credit to kak Nur..







Tuesday, August 16, 2011

Pelita Di malam Hari

Tuesday, August 16, 2011




Assalamualaikum blogger..
Alhamdulillah...kite da selamat smpi berpuasa untuk hari ke -16..cepatkan..

Korang da pasang pelita ke...Teringat kata mak aku,die kate..
malam kene pasang pelita,nanti arwah balik rumah...mase tu kitorang kecik2 lagi..Pehhhhhhhhhh.takut lamase tu...adoyaiiiii..tp rumah kite cantik bile dihiasi dengan pelita sepanjang jalan nk kuar rumah..keliling rumah,sekitar pokok bunga(opssssss..korang ade letak ke)
Pastu main bunga api yg bling2 tu..mase kecik panggil bunga api kucing...knape panggil bunga api kucing tu sbb kt dpn pack tu ade gambar kucing la...
Berbalik pade pelita pulak..bukan kuih pelita ye puan2..haha..Selepas buke pose aku ngan adik2 da berebut nak pasang pelita...pastu mintak mak duit nk beli bunga api..
klu mak xbg duit..korang tau x ape adik2 aku nie buat..haha..ambil seberapa banyak suratkhabar..betukkan jadi mcm bulat2 gitu..dan hujungye dibakar..kertas suratkhbar tu akan naik ke atas....dan mase tu la sorakkan kitorang kuar ramai2..tu belum termasuk jiran-jiran aku..haha..geng2 mase kecik la dlu-dlu...mesti riuh satu blok tu..seronok kan...
tapi zaman tu da berlalu..la nie aku da kawen..duduk kt taman camno nk buek..huhu...so ngadap pc je lor...


SELAMAT BERPUASE......







Petua tidur Rasulullah s.a.w,

Tuesday, August 16, 2011
Assalamualaikum blogger..
haha..Sharing is caring..
Korang slalu tido cane???Nak kongsi sikit petua Rasulullah s.a.w tido..
Jom bace entry nie


EORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian bacabismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membacabismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat†mereka ketika kita bersetubuh dulu.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : â€œJika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiriâ€.
Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam antaranya : -
1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .
3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan". Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

dipetik dr blog Nurjeehan : http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/03/petua-tidur-rasulullah-saw/

cdt to kak nur...



Monday, August 15, 2011

Sharing Is Caring

Monday, August 15, 2011
Assalamualaikum..
Ingin berkongsi cerita tentang sorang blogger ni menceritakan kisah kehidupan adik iparnya yang sangat menyayat hati..dan sangat berbangga diatas pengorbanan seorang suami terhadap isteri tercinta..
sila lihat blog ini

http://miera301.blogspot.com/2011/08/pesanan-talib-utk-semua.html

Semoga memberi manfaat untuk kite semua...

Kisah di petang Sabtu

Monday, August 15, 2011
Assalamualaikum blogger...

Kali nie sy nk ceritakan kisah dipetang sabtu.
Ade jiran aku nie,seblah rumah..kire rapat la ngan family aku..Name die Pakyah...Selalu tolong aku sekeluarga..
Pakyah xpernah penat wat keje2 rumah..satu petang tu die sibuk ketuk bilik dlm rumah sbb nk besarkan dlm rumah die tu...Tp yg peliknya die ketuk dari bawah...mak aku da tegur,knpe pakyah ketuk dari bawah..pelik jugak...lpas tu mak aku pun masuk dlm rumah untuk meneruskan keje memasak..Tetibe.......
Dengar batu -batu jatuh...yang aku nie igtkan da roboh la bilik tu,,tetibe,,aku dengar orang jerit-jerit kat luar..
aku pun terus berlari ,nak tgk la ape yg riuh rendah tu..
Rupenyer pakYah kene hempap batu...MasyaAllah..hanya Tuhan je yang tau betapa terkejutnye aku nih..
aku pun terus berlari ke umah sebelah..Ya Allah...Mase tu abg sulung aku da pangku pakyah...Kuat die jerit name pakyah...Tetibe pakyah senyap,anak pakyah yang sulung name die Ady,,Nangis xberhenti-henti...
Aku pun da gabra semacam...orag lain dok jerit-jerit panggil name pakyah...Mase tu Pakyah da pucat...senyap....Aku da nangis sakan...Same lah ngan akak ipar aku...Abg aku dok bacakan ayat-ayat surah utk pakyah..mengucap...Anak pakyah yg no.2(k.iza) tu blik dri gi bazar....aku yg faham situasi tu,terus amik anak k.iza...sruh k.iza tgk pakyah dlu...Ya Allah...Mase tu mmg diluar dugaan...da macam2 pk pasal pakyah..
tp lame-kelamaan selepas minumkan air pd pakyah,die da boleh buke mate dan gerak2 kan tangan..
Alhamdulillah...Pakyah sedar semula,,...Memanjat syukur yang x terhingga...ramai jiran tetangga yang dtg menghulurkan bantuan...Slpas pakyah sedar, terus bawak ke hospital kota Tinggi...nak tunggu ambulan dtg lambat sgt..so mereka cadang terus naik kerete aje..alhamdullilah..walaupun aku xtau sgt perkembangan pakyah sekarang nie,at least aku da dpt information yg pakyah da dibenarkan balik  selepas dirawat die Hospital Sultan Ismail..Moga Pakyah sihat dan boleh beraya di samping anak2 nya..
Syukur Alhamdulillah...






Saturday, August 13, 2011

Alhamdulillah..Ramadhan yang ke 12

Saturday, August 13, 2011
Assalamualaikum blogger...

Alhamdulillah....Hari nie adalah ramadhan yang ke-12 di bulan keberkatan nie...Insyallah..moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,xlama lagi kita akak berhari raya..

Tahun nie merupakan tahun pertama bergelar isteri dan beraya bersama suami..Meninggalkan ibu dimlm raya,Padahal saat2 tu la yang paling di tunggu-tunggu setiap kali menjelangnya nak raye..Tapi tahun nie bersama ibu mentua pulak..Walaupun jarak tidakla terlalu jauh,namun disudut hati terasa kesayuan..huhu(sedih la pulak.)
Tapi insyallah jika berkesempatan untuk beraya tahun depan,turn di kampung pulak..
Kalau kt kampung ,mesti da tolong mak buat persiapan raye,Pantang hari cuti,byk arahan keluar dari mulut mak(aiiiyaaaakk)tp best....Time tu ler semua adik-adik berlari masuk bilik or keluar sbb takut kene suruh..huhu..yang jadi mangsa aku..hoh..hoh...Tapi ikhas...
Tapi kehidupan di bandar xsame dengan kehiduan dikampung tu..klu kt kampung banyak jugaklah aktiviti nak dibuat..(sedeyyy)

Jadi korang,Selamat berpose ek....Tunggu the next post...Love Ols..




Thursday, August 11, 2011

Punca Jerawat & Kedudukan Jerawa

Thursday, August 11, 2011
Assalamualaikum...hi blogger..
Ade bende skit nk share ngan korang la kan..Bg yang mempunyai masalh jerawat mesti nak tau kan kenapa jerawat tu tumbuh da kenapa selalu tumbuh dibahagian2 tertentu..Jom kite Baca Artikel nie..Mula-mula bile terbaca pasal info nie,macam xpercaya jerk(ye ker??)ye...betullll...
Ade la sekali saya xpernah datang period selama 3 bulan...igtkan pregnant(Mudah-mudahansatu hari nti insyallah.)rupenyer tidak..HAMPA!!!!,,,bile baca artikel nie mmg betul kedudukan jerawat di bahagian dagu tu..mmg banyak..maknanya hormon x stabil dan ada masalah kewanitaan..(wanita je tau)..huhu

So,x salah saya nk share tetnag info nie....Cdt to Kak Nur afiq Afiqah..(Miracle Product's)
Sharing is caring

Berikut adalah faktor-faktor yg menyebabkan jerawat keluar.Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu punca jerawat-jerawat anda.

1.Perubahan hormone
Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress) 
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,
belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung
 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 

10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.

KEDUDUKAN JERAWAT

Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yg sama,ini menggambarkan area dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah,tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan,itu adalah normal.Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman,jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yg tertentu.Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tp kulit muka tiada masalah tp lebih baik jika kita tahu apa yg ada d luaran skrg dtgnya dr dalaman supaya kita dpt mengambil berat masalah dalaman tersebut.

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.