Saturday, March 31, 2012

Cinta Bersatu By Liyana Jasmay

Saturday, March 31, 2012 3 Comments

Yesss...sape da tgk video klip Liyana Jasmay..Lagu Die mesti ler korang da dengar kan..
Lagu Nie lebih matured di bandingkan dengan lagu-lagu lama beliau..Sis lebih suka lagu baru nie,.

Sedap telinga mendengar..By the way,Congrates to Liyana ye sebab da jadi tunangan orang..
Da berubah Fasa gitu..

Jom layan lagu beliau
Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/02/lirik-lagu-cinta-bersatu-liyana-jasmay.html#ixzz1qfT2JdTy
  

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

Saturday, March 31, 2012 0 Comments
 
 
Selamat Tengahari...Tahukan korang Tentang Pesta buku Antarabangsa akan di adakan di Dewan Tun Hussien On,PWTC Kuala Lumpur.Pesta buku ini diadakan pada 27 April nanti sehingga 6 Mei 2012....
Wah..lame tu..
Memang seronok kan dapat pergi ke pesta buku mcm tu..
Jangan tak tahu yang pesta buku nie mengadakan peraduan "Hebah Dan Menang "

Tujuan kempen ini diadakan  bertujuan untuk memeriahkan lagi Pesta Buku Antarabangsa nie

So kalau korang nak tahu lebih lanjut, Korang Klik Sini ye
 
So Jom ler jengah-jengah sini

Hujan De..

Saturday, March 31, 2012 3 Comments


Selamat pagi ols...Pepagi lagi hujan suda...Sis smpi xsedar hari nie..da terlambat nak pi keje..
Hari ni hair sabtu,tapi tetap jem jugak..adoiii...da lambat nk pi keje...

    Last-Last terpaksa jugak scan pukul 8.05 mnit..habisla kene potong gaji..
yang peliknya,tiap kali hujan, mestilah jalan yang sllu Sis guna tu jem..Mybe la sbb kalau hari biasa
diorang byk gune motor,then bile hujan diorang akan gune kereta..

emmm....oklah...nk sambung keje...hari nie nak blik awal..

Friday, March 30, 2012

Earth Hour 2012 Coming soon

Friday, March 30, 2012 0 Comments

Esok hari Earthour sedunia..Jom kite sokong untuk selamatkan bumi kita...
yesss....haha...esok 1 jam kite dok bergelap..pasang lilin bebanyak..seronok tau..


JOM SOKONG EART HOUR 
                                       




EART HOUR 2012
Date: 31 mac 2012 sabtu
Time :8.00pm hingga 9.35pm



PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥

Friday, March 30, 2012 0 Comments


Sis nak pinjam mase uols 15 minit jerk...kite same-same renungkan dan fahami isi yang tersirat ye
copy from somebody di fb..Mohon Share..



PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥
(copy from breastfeeding zone)

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
...
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

It's Birthday WIshes 30 Mac 2012

Friday, March 30, 2012 4 Comments
      
Selamat pagi...Hari nie genaplah umur Sis 31 tahun...Mengharungi hidup selama 31 tahun..Segala suka duka Sis hadapi dengan tenang insyallah..
Harapan Sis dikala umur menganjak setahun nie,Moga dipermudahkan segala  kesulitan,Dipanjang kan umur dimurahkan rezeki...Dan satu hal lagi yang Sis harap dalam hidup sis nie,Di kurniakan chaya mata di kala usia ini..Insyallah Amin...Doakan Sis ye..

Terima kasih kepada kawan-kawan sis yang pepagi lagi da wish kt Sis..I'm happy sesangat..

                        
nak jugak kek pink...hahah...Sayang beli kan untuk i boleh..hahah...

Thanks syg....Ahmad Syahrizan Bin Fisal..for ur birthday wishes...love u

Thursday, March 29, 2012

Nasi Ayam Penyet yang Delicious..

Thursday, March 29, 2012 4 Comments

Selamat Tengahari untuk korang..Ape menu Lunch Hari nie..
Sis tengahari nie mkan Nasi  Ayam Penyet..Sedap tau..Kalau korang belum rase.Meh datang kt Kg Pasir Puteh Pasir gudang Johor..Memang Muaiiii...

 8Nie Ler Kedainya..
Ihsan dari  http://azimashaary.blogspot.com

14
 13Nasi Ayam Penyet Special..
Harge boleh tahan..Korang boleh pilih Nasi ayam penyet kampung special or Bandar..
Beza bandar ngan kampung ialah kampung ayamnye kecik...bg yang xsuke sgt la ayam nie..
Bg korng yang suke mkn ayam tu, korang boleh pilih ayam bandar
Menu lain korang boleh pilih Bakso,leleh,...dan banyak lagi la..x igt..

Memang Sis dgn Officemate sllu la pi sne..
Jom la pi sane,,

Wednesday, March 28, 2012

Balik rumah tubuh berasap

Wednesday, March 28, 2012 1 Comments

RAWANG: "Tanpa menghiraukan tudung dan pakaian serta beg sekolah yang terbakar, saya lari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit," kata Nur Aqilah Osman, 14, mangsa simbahan asid di pondok menunggu bas di pekan Batu 17 di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.
Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu, dia sedang menunggu bas untuk ke sekolah bersama seorang rakannya apabila terkena asid yang disimbah dua lelaki meragut rantai emas seorang guru wanita yang turut menunggu bas.
"Sebelum kejadian, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur. Malah, saya juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol tetapi menyangkakan ia minuman.

"Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi.
TERBAKAR... Nur Aqilah menunjukkan tudungnya yang berlubang akibat terkena simbahan asid.
Nur Aqilah berkata, wanita itu menjerit meminta tolong sambil memegang mukanya yang kemerahan akibat terbakar manakala dia rakan hanya mampu melihat kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit.

"Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arah kami dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya.

“Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain," katanya.

Katanya, bapanya, Osman Delisali, 50, menghantarnya ke Hospital Selayang (HS) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Osman berkata, dia sedang bersiap-siap untuk menghantar adik Nur Aqilah ke sekolah apabila tiba-tiba melihat anak keempat daripada lapan beradik itu pulang dalam keadaan tubuh berasap.

"Saya kehairanan dan bertanya kenapa dia balik rumah semula tetapi Nur Aqilah hanya menjerit dan menceritakan disimbah asid ketika sedang menunggu bas ke sekolah.

"Tanpa membuang masa, saya segera mencurah air ke tubuhnya bagi mengurangkan kepedihan dan meminta bantuan jiran menghantarnya ke hospital," katanya.

Katanya, dia lega apabila doktor yang merawat memaklumkan kecederaan itu tidak serius dan boleh sembuh dengan menyapu krim khas untuk kulit terbakar.

"Mujur anak saya mengelak dan hanya cedera ringan. Saya tidak dapat bayangkan kesakitan dan kesan buruk yang terpaksa dilaluinya jika kecederaannya serius seperti yang menimpa seorang lagi mangsa,” katanya.

Osman yang bekerja sebagai tukang mesin rumput berharap pihak berkuasa lebih kerap meronda di kawasan kejadian dan dua lelaki terbabit segera ditangkap kerana bimbang jenayah sama berulang.

"Penjenayah terbabit memang tidak berhati perut, sudahlah meragut kemudian simbah asid pula," katanya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek.

Menurutnya, pelajar berkenaan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di HS manakala seorang lagi mangsa iaitu seorang guru wanita, S Rani, 47, cedera di muka, leher, tangan dan dada serta masih dirawat di hospital sama.

Katanya, mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana ketika kejadian hari masih gelap dan ia berlaku dengan pantas. Malah, suspek tidak menaiki kenderaan sebaliknya melarikan diri ke lorong berhampiran.



P/S:http://www.hmetro.com.my/articles/Balikrumahtubuhberasap/Article

p/s:Kepada Remaja-remaja,sila lebih berhati-hati walaupun berada ditempat awam yek..

Tuesday, March 27, 2012

Cibox Vs Fibox

Tuesday, March 27, 2012 0 Comments


Selamat petang..haha..ade perasan x perubahan blog Sis nie..hehe..saje nk tukar angin..emm....suke tengok blog kite cantik kan..sentiasa ade je idea nk perbaharui dan mencube segala tuto-tuto yang blogger2 nie buat..

Nak rase gak pakai fibox...

yesss..yesss...suda tukar kaaaa...

TIPS UNTUK HILANGKAN STRES

Tuesday, March 27, 2012 2 Comments


Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan 
tekanan hidup. Antaranya ialah : 
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
 Jiwa kita akan tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an 
Jadikan Al-Quran itu teman sepanjang waktu.Allah memberikan ganjaran yang besar bagi sesiapa yang membacanya walaupun satu ayat.Waktu yang sesuai untuk kita membaca Al-Quran ialah selepas solat-solat 5 waktu dan selepas waktu-waktu lain iaitu sebelum tidur dan ketika kita berehat.


3) Banyakkan Solat Sunat
Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai 
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam 
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan 
kekuatan daripada Allah. 

4) Selalu berdoa kepada Allah
Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, 
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan 
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang 
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki 
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. 
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa 
hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah 
Allah selalu menguji umatnya dengan mendatangkan pelbagai dugaan.Kita sebagai hambanya perlu percaya bahawa dugaan yang diberikan Allah itu satu cara untuk Allah menguji keimanan hambanya.Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada himah di sebalik kejadian itu

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas.Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktivit-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat 
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan 
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk 
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. 
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan 
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing 
manis.

8) Menangis dengan sepuas hati 
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat 
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan 
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut 
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada 
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka 
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, 
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang 
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja. 


9) Hargai kebolehan diri sendiri
Perlu yakin pada diri sendiri.Apa yang penting kita perlu menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria

10) Cintai diri sendiri 
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". 
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita 
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri 
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu 
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan 
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai 
kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk 
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan 
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat 
diselesaikan dengan jayanya



Monday, March 26, 2012

Monday, March 26, 2012 1 Comments


Lirik Lagu Terbaru Astrid – Tentang Rasa
Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
http://hotliriklagu.com
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Budak ‘berjambang’

Monday, March 26, 2012 3 Comments

Selamat pagi...Pepagi nie dok bukak metro..Tengok berita tentang seorang anak kecil yang berjambang.Badannya ditumbuhi oleh bulu yang banyak.Kesian melihat si kecil ini.
Dikatakan semasa ibunya mengandungkan bayi ini,ibu nya terlihat penunggu laut,

Jom baca berita penuh

ISTIMEWA...Nurul Afida menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal.
ISTIMEWA...Nurul Afida menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal.
BACHOK: Hampir keseluruhan tubuhnya dipenuhi bulu tebal sehingga wajahnya berjambang, malah suaranya juga garau. Itu keunikan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Nurul Afida Batrisya Razi dari Kampung Canggong, dekat sini.
Walaupun berbeza, kanak-kanak itu menjalani kehidupan seperti rakan seusianya, malah bersekolah di prasekolah Taski Al-Yakubiah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kampung Nipah, dekat sini.
Ibunya, Asliza Omar, 37, berkata walaupun keadaan anaknya luar biasa dan sering menarik perhatian sesiapa yang melihatnya, dia tidak malu, malah tidak menghalang anaknya itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain.

“Ketika dilahirkan, beratnya hanya dua kilogram dan hampir seluruh tubuhnya dipenuhi bulu yang lebat. Bagaimanapun, saya bersyukur dia sihat.

“Kekurangannya ketika ini lambat bercakap,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


boleh klik sini untuk melihat banyak lagi cerita.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/

Friday, March 23, 2012

Menyemak SPAM..Pergi Jahanam

Friday, March 23, 2012 0 Comments
                                                                      Assalamualakaikum
korang kene jawab slam aku..wajib tuh...Aku sangat bizi dengan mendelete spam-spam yang menyemak kat emel..Emel spam yang menyusahkan aku..Ape kejadahnye aku gune CIMB..xde kene mengena..Agak-agak korang ler..orang yang anto nie gamaknye da terkurang keje la ek...
Tension ngan perangai lahanat-lahanat nie...Semak lagi menyemak...
Korang selalu tak dpt emel-emel mcm nie...amat-amat menyusahkan aku nk clear emel bagai




Soalnya HATI

Friday, March 23, 2012 1 Comments
                                                                           Assalamualaikum
Mungkin hati terlalu berjaga-jaga dengan tidak menyakiti hati orang lain.Tapi pada masa yang same hati juga terluka bila terpaksa menjaga hati orang yang kita sayang.kekadang orang yang kita sayang tidak pernah tahu untuk menghargai hati dan perasaan.Akibatnya hati terluka lagi.

Kekadang juga kita tidak sedar samada dalam percakapan atau perbuatan kita seharian,boleh membuat hati orang lain terasa..itupun tanpa kite sedari..Dan apabila hati terluka,timbul segala persoalan dalam diri kite. Dan hanya diri kite yang  menjawab  segala persoalan tanpa  bertanya kepada orang disekeliling kite..

Tahukah yang aku terluka sekarang???
Siapa yang ambil tahu??
Hanya aku sendiri..
Dia tidak akan memahami apatah lagi menyelam isi hati aku yang terluka.

Sabarlah Wahai hati andai itu takdirnya kau harus bersabar..Teruskan berdoa wahai hati supaya diberi kesabaran dalam menghadapi ape jua yang mendatang.

Aku faham kau wahai hati..

Heart Clipart Image
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Thursday, March 22, 2012

Bebelan

Thursday, March 22, 2012 2 Comments
                                                                              Assalamualaikum
Selamat tengahari,hari nie aku halfday,pi bank amik pencen mak mertua,bestnye dok umah pun dpt duit..hehehe..


Pastu gi klinik Pasir Gudang,Igtkna dpt buat buku untuk gi umrah,,,Entah ape ntah name buku tu,aku pun xtau...
Tanye punye tanye rupenye diorang tak tau.Emmmm...biaselah orang kerajaan,ade yang berhemah...ade jugak yang ntah pape jerk jawapan diorang bg...adoyaiii...tp xboleh salahkan mereka kan?What Ever..
Aku da pening kepala,Nak pergi buat umrah pun skrg nie byk prosudernye...ajer la...macam-macam dugaan la kan kite kene tempuh bile nak buat kebaikan nie...ayoooo...

Igtkan sempat la nk pi sane buat,emmm..hampeh..suami pun tak tau kt mne nk buat..nasib baik ade la hamba Allah nie tolong bgtau kt mne nak buat buku tu..Tapi xsempat la jugak nk pegi...Kesian mak aku..
Xpelah mak,nti klu kita tau tempat tu kite gi lagi...sy cuti lagi..hahaha...

So,masuk halfday,sebelum masuk tu aku makan dlu,kenyang kan perut yang da mula menyanyi nie...pas makan bru la aku masuk opis nie..Pening kepala..adoiiiii..tu yg benci klu keluar tengahari,mesti skit kepala..

dah la dlu..kene buat keje...nti boss marah...memang aku kesah...

Wednesday, March 21, 2012

RESULT SPM DA KELUAR

Wednesday, March 21, 2012 4 Comments
                                                                   Assalamualaikum


Selamat Petang...ape aktiviti adik2 yang da ambil SPM tadi?Mesti rase seronok kan bile result keluar tu membanggakan...
Bagi mereka yang gagal atau cukup-cukup makan tu macam mane pulak?Murung?Kurung Diri?
No...No..No....jangan macam tu ye adik-adik,Bukan hari ini kita gagal,esok lusa kita akan gagal lagi.Insyallah dengan kesungguhan yang lebih,adik-adik semua akan dapat result yang cemerlang bila adik-adik sambung belajar lagi kan?Yang penting jangan mudah berputus asa.


Sis pun ade adik yang sama ngan adik-adik semua..Emmm..hari nie die ambil result..Alhamdulillah,resultnya ok la...walaupun target yang dia nak tu larik.Tapi sis sebagai kakak bangga kerana die mencuba..
Result  7A,2B,1C.. tahniah kat Nash..




So,kepada adik-adik yang berjaya tu Tahniah Sis ucapkan...Kepada yang x berjaya tu cube lagi yek...
Insyallah klu niat kite betul-betul nak berjaya,Tuhan pasti bagi jalan pada adik-adik..


SELAMAT MAJU JAYA

Monday, March 19, 2012

Saturday, March 17, 2012

Hari Ini Hari Sabtu

Saturday, March 17, 2012 4 Comments
                                                                         Assalamualaikum
Selamat tengahari blogger-blogger yang diingati dan disayangi.Terima Kasih kerana menjadi follower aku..
Semakin hari follower makin meningkat.Suka bile ade jugak blogger-blogger yang sudi menyinggah di teratak pink aku nie.Korang la memberi dan membakat semangat aku untuk terus membuat entry dari semasa ke semasa.kalau dulu memangler hampeh.Nak buat entry pun malas..
Sekarang aku da tau mcm mane aku nk sruh orang jenguk dan follow blog aku nie.emmm...memang banyak keje,tapi aku rase seronok..

Cerita nie memang xde kene mengena pun dengan tajuk entry kat atas tu.Disebabkan entry nie aku buat hari sabtu,so tajuknyer pun sabtu la...OK la tuuuu..
Sepatutnya hari nie aku keje halfday,sampai kul 12 tengahari.Tapi hari nie aku nk buat keje skit.so.tu yang kene balik lambat skit.Al-maklumla tu ari aku da sedap cuti sakan,so nie kene la buat balik keje-keje yang pending...Ade ke patut..hehehe...

So kepada korang,support la blogger -blogger malaysia nie,Sama-sama follow menfollow sesama kita,xrugi mane pun,Lagi mengeratkan silaturrahim antara kita kan..

Hidup 1 Malaysia
                                                    

Friday, March 16, 2012

Kisah Si Buah Zuriat

Friday, March 16, 2012 3 Comments
                                                                   Assalamualaikum
Selamat Tengahari semua..Entry kali nie aku nk tanye ler korang tentang tajuk entry kt atas nie


Apa Itu Buah Zuriat
~Buah Zuriat Dikenali sebagai  buah adam/buah koka /buah zuriattin.Tapi Buahnya sama.

Khasiatnya
~Dikatan buah ini sangat berkhasiat.Boleh menyembuhkan lenguh-lenguh badan,insyallah.Dan dikatakan sebagai petua untuk mendapatkan Zuriat

Dimana tempat untuk mendapatkan Buah Ini
~Buah ini berasal dari Mekah.Ianya didapati di Jabal Uhud dan Jabal Rahmah dan Gua Hirak
Harga di sana hanya sekita RM0.25 sen sahaja.

p/s Buah zuriat ini jika hendak di pecahkan kenelah pakai kudrat lelaki.kalau perempuan yang pecahkan mmglah xboleh...tpi depends jugak.

Aku da cube buah nie.Jiran sebelah rumah yang baru blik dari Umrah ade belikan untuk aku..Terima kasih sangat kpd Puan Hjh Normah..Jiran sebelah rumah krn membelikan aku nie..Insyallah akan aku amalkan..Berkat Doa Dari nya,mudah-mudahan termakbullah impian aku untuk mempunyai zuriat tahun nie.
Setelah berjaya kopek(pecahkan) buah nie aku rebus dan minum airnya..lebih air rbusan tu aku letak dlm peti ais ..Senang nanti esok minum lgik..Katanya,mesti minum air ni selama 44 hri atau sehingga dapat hasilnya insyallah..
Hari Pertama aku dan suami minum,kami rase nk muntah..mane taknye minum sampi satu mug tu...emmm...biaselah tak tau kan?Rasanya memang kelat sangat..Tapi manis la skit...second day aku mnum spruh mug tu jerk.xbyk..same ngan suami..mula-mula die rase tak mau minum da..tapi die cuba jugak...terima kasih Suami...kerana memahami kehendak kita..
nie pic nye bg korang yang xpernah tengok buah nie..
sebelum di pecahkan
setelah diepcahkan..seperti kelapa la jugak...
Moga-moga doa kami dimakbulkan Insyallah

Wednesday, March 14, 2012

Setelah 2 Hari berlalu

Wednesday, March 14, 2012 0 Comments
                                                                      Assalamualaikum
Selamat pagi ols...Setelah 2 hri bercuti....rase nk cuti lagi.nk sambung lagi...mood nk keje hri nie kureng ckit...Tapi aku gagahkan juga tangan nie untuk menaip segala dokumen yang tertinggal selama 2-3 hri nie..emmmm...kalau la dapt cuti panjang...adoyaiiiiiiiiii
opssss...pertama ali buat entyr di opis...nak tau knp?tetibe semua yang di block selama ini da tak di block lgik..xtau ler knp?so aku mengambil kesempatan ini untuk buat entry...

hahahah..entah -entah nie hanyalah perangkap bg orang yg sllu mengambil kesemptan..ayoooo...tatau..
Klah uols..nak sambung makn meggi nie..hahah....

Monday, March 12, 2012

Khasiat Buah Jambu

Monday, March 12, 2012 0 Comments
                                                       Assalamualaikum

Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia.
Ia juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.Kita digalakkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu utk mendapat kesan yg baik.Ia perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.Bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya.Jambu batu juga  boleh membantu memperbaiki tekstur kulit anda dan mengelakkan masalah kulit dan kesannya lebih baik dr krim-krim kecantikan boleh lakukan.

Jambu batu dipercayai mempuyai sumber vitamin C yang tinggi didalam bentuk asid askorbik.Secara perbandingan kandungan asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain. Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah oren, 10 - 30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang, dan kira-kira 10 kali lebih banyak berbanding dengan buah betik. Suatu kultivar yang diperkenalkan dan ditanam di Malaysia iaitu Donrom tanpa biji, dilaporkan mempuyai kandungan vitamin C nya 100 - 300 I.U. bersamaan dengan jumlah kandungan dalam 27 biji epal. Julat nilai asid askorbik yang dilaporkan ialah 10-1160 mg per 100g buah. Kebanyakan asid askorbik tertumpu di dalam kulit dan mesokarpa luar, mencapai nilai maksimum didalam buah hijau yang matang sepenuhnya dan merosot apabila buah ranum. Kultivar isi merah jambu dilaporkan mengandungi jumlah asid askorbik yang lebih tinggi berbanding isi bewarna putih. Walau bagaimanapun, sesetengah saintis mendapati jumlahnya berbeza mengikut varieti dan kawasan. Selain daripada kandungan vitamin C yang tinggi, jambu batu juga didapati mengandungi kandungan vitamin A yang agak banyak. Kultivar isi merah jambu dilaporkan mempuyai paras kandungan yang lebih tinggi (3.1 mg/100 g) berbanding kultivar isi putih. Jambu batu juga mempuyai sedikit vitamin B-tiamina (B1), riboflavin (B2), asid nikotinik dan asid pantotenik. Contohnya ialah kultivar isi merah mempuyai 0.17 mg/100g asid pantotenik dan 0.05 mg/100 g amina.
Jambu batu juga didapati mengandungi jumlah fosforus dan Kalsium yang sederhana dan juga sedikit besi, kalium dan natrium.

Buah jambu batu mengandungi 74-87% kelembapan, 13-26% bahan kering, 0.5-1% abu, 0.4-0.7% lemak mentah dan 0.8-1.5% protein mentah. Keasidan dan pH mesokarpa yang telah dilaporkan berbeza, masing-masing dari 0.33 hingga 0.99% sama ada kultivar isi merah atau isi putih. Berdasarkan kepada komposisi biokimia yang terdapat pada jambu batu ini, ia merupakan salah satu buah yang begitu berkhasiat kepada semua lapisan masyarakat. Kandungan vitamin C nya yang tinggi sesuai dimakan oleh semua golongan kerana pengambilan jambu batu secara harian mampu mengekalkan vitamin C di dalam badan manusia. Zat besi dan Kalsium yang sederhana juga sesuai di ambil khususnya golongan tua dan kanak-kanak untuk tujuan tumbesaran tulang yang baik dan proses memperbaiki sel-sel tulang yang rosak atau rapuh. Jambu batu adalah salah satu buah tempatan yang begitu berkhasiat berbanding dengan buah-buahan yang lain.

Cdt TO:http://www.facebook.com/fcumiracle  (boleh klik link nie)

Thursday, March 08, 2012

Khas Untuk Wanita

Thursday, March 08, 2012 2 Comments
                                                                      Assalamualaikum
For Ols WOmen Int THis World...
 Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Ku wanita.....
Yang hanya perlu kau fahami

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Wanita....ooo...
Ku wanita.... haaaa....
Wanita....

Tuesday, March 06, 2012

WASPADA - KURANG TIDUR SEBABKAN PENYAKIT JANTUNG & ANGIN AHMAR

Tuesday, March 06, 2012 0 Comments
                                                                  Assalamualaikum
Hi blogger..
Nak kongsi satu Info tentang Masalah Kekurangan tido dan penyebabnya dan bagaimana tidur itu penting dalam kehidupan kita


Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan. Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.

Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.

Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar. Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard.Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.

Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.
Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. Agensi


Kenapa kita perlu tidur seawal yg boleh dan mencukupi?

9pm - 11 pm
-adalah masa untuk menghapuskan bahan kimia toksik yang tidak diperlukan (detoksifikasi) dari sistem antibodi (nodus limfa). Tempoh masa ini perlu dihabiskan dengan berehat atau mendengar muzik.

11pm - 1 am
- Adalah proses detoksifikasi di dalam hati,dan ia harus dilakukan dalam keadaan tidur yang amat lena.Disebabkan kekerapan tidur lewat melebihi tempoh ini,jerawat anda juga mudah keluar di pipi kiri.

1am - 3 am
- Proses detoksifikasi di dalam hempedu, juga ideal dilakukan dalam keadaan tidur yang amat lena.

3am - 5 am
- Detoksifikasi di dalam paru-paru. Oleh itu kadang-kadang akan batuk yang teruk bagi penghidap batuk pada masa ini. Oleh kerana proses detoksifikasi telah mencapai saluran pernafasan, tidak perlu untuk mengambil ubat batuk supaya tidak mengganggu proses penyingkiran toksin.Disebabkan kekerapan tidur lewat melebihi tempoh ini,jerawat anda juga mudah keluar di pipi kanan.

5am - 7 am
- Detoksifikasi di dalam kolon, anda perlu mengosongkan usus anda.

Pagi 7 - 9:00:
- Penyerapan nutrien dalam usus kecil.Anda perlu mempunyai sarapan pagi sebelum masa. Sarapan harus lebih awal, sebelum 6:30 pagi, bagi orang-orang yang sakit. Sarapan Pagi sebelum 7:30 pagi adalah yg terbaik untuk orang-orang yg sihat. Orang-orang yang selalu skip sarapan pagi, mereka perlu mengubah tabiat mereka, dan selewat-lewatnya untuk sarapan pagi adalah antara 9 - 10:00 pagi.

Tidur lewat dan bangun terlalu lewat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak perlu. Selain daripada itu, tengah malam sehingga 4:00 pagi masa apabila sumsum tulang menghasilkan darah. Oleh itu,haruslah mempunyai tidur yang baik dan tidak tidur lewat.

kalau korang x boleh tido, korang boleh cuba nie...

Follow Us @aida_yusof81