3

Selamat pagi...Pepagi nie dok bukak metro..Tengok berita tentang seorang anak kecil yang berjambang.Badannya ditumbuhi oleh bulu yang banyak.Kesian melihat si kecil ini.
Dikatakan semasa ibunya mengandungkan bayi ini,ibu nya terlihat penunggu laut,

Jom baca berita penuh

ISTIMEWA...Nurul Afida menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal.
ISTIMEWA...Nurul Afida menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal.
BACHOK: Hampir keseluruhan tubuhnya dipenuhi bulu tebal sehingga wajahnya berjambang, malah suaranya juga garau. Itu keunikan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Nurul Afida Batrisya Razi dari Kampung Canggong, dekat sini.
Walaupun berbeza, kanak-kanak itu menjalani kehidupan seperti rakan seusianya, malah bersekolah di prasekolah Taski Al-Yakubiah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kampung Nipah, dekat sini.
Ibunya, Asliza Omar, 37, berkata walaupun keadaan anaknya luar biasa dan sering menarik perhatian sesiapa yang melihatnya, dia tidak malu, malah tidak menghalang anaknya itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain.

“Ketika dilahirkan, beratnya hanya dua kilogram dan hampir seluruh tubuhnya dipenuhi bulu yang lebat. Bagaimanapun, saya bersyukur dia sihat.

“Kekurangannya ketika ini lambat bercakap,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


boleh klik sini untuk melihat banyak lagi cerita.

Post a Comment

  1. tulah hendaknya..Dia Insan Terpilih kan

    ReplyDelete
  2. setiap org ade kelebihan..
    walaupn dia bgini, tapi dia di sukai org.. :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top