2


Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan 
tekanan hidup. Antaranya ialah : 
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
 Jiwa kita akan tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an 
Jadikan Al-Quran itu teman sepanjang waktu.Allah memberikan ganjaran yang besar bagi sesiapa yang membacanya walaupun satu ayat.Waktu yang sesuai untuk kita membaca Al-Quran ialah selepas solat-solat 5 waktu dan selepas waktu-waktu lain iaitu sebelum tidur dan ketika kita berehat.


3) Banyakkan Solat Sunat
Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai 
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam 
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan 
kekuatan daripada Allah. 

4) Selalu berdoa kepada Allah
Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, 
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan 
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang 
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki 
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. 
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa 
hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah 
Allah selalu menguji umatnya dengan mendatangkan pelbagai dugaan.Kita sebagai hambanya perlu percaya bahawa dugaan yang diberikan Allah itu satu cara untuk Allah menguji keimanan hambanya.Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada himah di sebalik kejadian itu

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas.Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktivit-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat 
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan 
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk 
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. 
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan 
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing 
manis.

8) Menangis dengan sepuas hati 
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat 
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan 
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut 
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada 
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka 
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, 
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang 
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja. 


9) Hargai kebolehan diri sendiri
Perlu yakin pada diri sendiri.Apa yang penting kita perlu menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria

10) Cintai diri sendiri 
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". 
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita 
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri 
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu 
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan 
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai 
kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk 
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan 
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat 
diselesaikan dengan jayanya



Post a Comment

  1. boleh amalkan bersama ye cik nur..thanks 4 ur comments

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top