0
                                                                  Assalamualaikum
Hi blogger..
Nak kongsi satu Info tentang Masalah Kekurangan tido dan penyebabnya dan bagaimana tidur itu penting dalam kehidupan kita


Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan. Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.

Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.

Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar. Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard.Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.

Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.
Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. Agensi


Kenapa kita perlu tidur seawal yg boleh dan mencukupi?

9pm - 11 pm
-adalah masa untuk menghapuskan bahan kimia toksik yang tidak diperlukan (detoksifikasi) dari sistem antibodi (nodus limfa). Tempoh masa ini perlu dihabiskan dengan berehat atau mendengar muzik.

11pm - 1 am
- Adalah proses detoksifikasi di dalam hati,dan ia harus dilakukan dalam keadaan tidur yang amat lena.Disebabkan kekerapan tidur lewat melebihi tempoh ini,jerawat anda juga mudah keluar di pipi kiri.

1am - 3 am
- Proses detoksifikasi di dalam hempedu, juga ideal dilakukan dalam keadaan tidur yang amat lena.

3am - 5 am
- Detoksifikasi di dalam paru-paru. Oleh itu kadang-kadang akan batuk yang teruk bagi penghidap batuk pada masa ini. Oleh kerana proses detoksifikasi telah mencapai saluran pernafasan, tidak perlu untuk mengambil ubat batuk supaya tidak mengganggu proses penyingkiran toksin.Disebabkan kekerapan tidur lewat melebihi tempoh ini,jerawat anda juga mudah keluar di pipi kanan.

5am - 7 am
- Detoksifikasi di dalam kolon, anda perlu mengosongkan usus anda.

Pagi 7 - 9:00:
- Penyerapan nutrien dalam usus kecil.Anda perlu mempunyai sarapan pagi sebelum masa. Sarapan harus lebih awal, sebelum 6:30 pagi, bagi orang-orang yang sakit. Sarapan Pagi sebelum 7:30 pagi adalah yg terbaik untuk orang-orang yg sihat. Orang-orang yang selalu skip sarapan pagi, mereka perlu mengubah tabiat mereka, dan selewat-lewatnya untuk sarapan pagi adalah antara 9 - 10:00 pagi.

Tidur lewat dan bangun terlalu lewat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak perlu. Selain daripada itu, tengah malam sehingga 4:00 pagi masa apabila sumsum tulang menghasilkan darah. Oleh itu,haruslah mempunyai tidur yang baik dan tidak tidur lewat.

kalau korang x boleh tido, korang boleh cuba nie...

Post a Comment

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top