1
                               

Adakah kita sering lupa?Kemungkinan kemampuan otak kita untuk mengingat sudah mulai menurun.
Sebenarnya ,lupa adalah proses permulaan mengingati sesuatu.Perlu kita ketahui , kemampuan daya ingat manusia umumnya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu mengingat,merakam dan mendapatkan kembali.Tapi.Adakah daya ingatan boleh ditingkatkan..Korang tau ker caranya?
Jom kita sama- sama membongkar isu ini..(ceh..ceh...da macam wartawan TV3 da pulok)


1.Kena sentiasa mengingati Allah s.wt
    Yang paling penting ialah Allah s.w.t , sentiasa dengan berzikir.Daya ingatan akan bertambah kukuh sekirangya tidak sesaat pun kita lupa kepadaNya.Tapi perkara itu la yang susanh untuk kita mengingatinya kan?sungguh jahil nya kite bile kekadang lupa akan kebesaran Allah s.w.t

2.Mengamalkan Puasa
   Amalam berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda..Bukan ingat nk posa ganti       ye korang...kenalah ingat yang sunat tu..Sis pun kekadang pun x igat jugak nak puasa sunat nie...Sibuk jer nak update blog...adoyaiii

3.Berdoa
  Berdoalah kita kepada Allah s.w.t agar kita diberikan kekuatan daya ingatan, hati yang tenang dan minda yang cerdas..Insyallah

4. Membaca dan menghafal Al-Quran
    Sekiranya korang nie di kalangan orang muslim,eloklah korang mengamalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka setiap hari.Lama-lama habis jugak kan satu juzuk tu...Membaca Al-Quran nie dapat menenangkan jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkna daya ingatan dengan lebih baik.

emmm....nampaknya itu sahaja la perkongsian Sis setakat nie,Bukan setakat berkongsi malah kita boleh ingat mengingati sesama kita tentang apa yang perlu dan wajib kita lakukan setiap hari..Kekadang kita lupa akan tentang perkara-perkara sebegini..Bile da Share mcm nie barula kita terbuka mata dan minda untuk melakukan perkara-perkara kat atas nie..

Semoga kita sentiasa berada di jalan yang diredhai oleh ALLAH s.wt..insyallah..Amin

ada banyak lagi cara untuk kita menguatkan daya ingatan..so..tunggu next entry eh...kita buat yang nie dulu ok...
bye...



Post a Comment

  1. salam..
    jalan2 kt sini & cik iena nk tag
    jom join.careeron9 buat segmen khas utk blogger
    http://www.ienaeliena.com/2012/05/wwwcareeron9com.html
    tarikh tamat:31 mei 2012

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top