3
     

Hari-hari rase nak balik awal...rase pukul 7  malam je nak terpacak depan tv...Nak tau ape kesudahan cerita nie...Mase mula-mula tu macam malas jerk nak tengok...al-maklum ler...aktiviti menonton tv da jarang sejak berkahwin nie...banyak aktiviti lain..tau ker ape aktiviti tu..Mengemas,memasak,basuh baju..haha..saje jerk la tu...jangan jadi pemalas ek Puan Siti...hehehe..

kalau yang belum tahu pasal cite nie,meh Sis cite ckit...
  Drama adaptasi novel milik liza Haniza ini menggandingkan fasha sanda dan juga fahrin ahmad.



Sinopsis Versi Novel
Shakira terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.
Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.
                                                       SEINDAH SAKURA
Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar…
Sinopsis Versi Drama


Menceritakan kisah sedih menyayat hati kehidupan shakira yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan ibunya sejak kecil. Walaupun shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, nek kiah.

Shakira kini bakal menduduki peperiksaan spm. Kadang kala, shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan nek kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah shakira juga menerima kemasukan cikgu bar, airil. Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas membuatkan airil tertanya-tanya. Tapi tanpa soal selidik, airil terus mendenda shakira.

Sehinggalah pada suatu hari pak jamil pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek shakira dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah airil mengetahui punca utama shakira sering tidak hadir ke sekolah. Sejak airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing. 

Datuk malik, bapa saudara kepada airil merupakan seorang pengusaha kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah shakira. datuk malik jugak melayan shakira seperti anaknya sendiri. Enam bulan telah berlalu dan shakira telah selesai menduduki spm. Satu hari tu datuk malik kelihatan resah dan punya masalah. Apabila ditanya shakira, datuk malik sebenarnya mahu melamar shakira. Shakira amat terkejut.

Apa akan terjadi seterusnya? Adakah shakira akan berkahwin dengan datuk malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya? Ataupun shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu airil? 
Siapa yang menjadi pilihan shakira?
                                                
Syabas pada Zul Huzaimy..Menarik sangat...Nak tengok sampai habis


di petik dari sumber google

Post a Comment

  1. ~best cita nie..tiap petang satu family tunggu depan tv..hehe

    ReplyDelete
  2. hmm macam best...tapi selalu terlepas..berebut ngan en. hubby....

    ReplyDelete
  3. memang best pun sumesakan...
    Blueice...nasib baik En.Husband pun same jerk..hihi

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top