7
        

Gerun sekarang nie tentang remaja-remaja yang di bawa lari dan lari mengikut pasangan mereka..
Pagi nie bila terbaca kat metro rase tentang remaja yang di bawa lari dan dirogol ,dipaksa kahwin dan ditinggalkan di tepi jalan..Memang x berperikemanusiaan la lelaki tu..Kenapa la tergamak buat macam tu,Cuba a kalau terkena ahli keluarga mereka sendiri macam mane?kene pada adik perempuan atau kakak..macam mane perasaan mereka..Bukan masalah malu bila anak mereka jadi macam tu..Tapi memikirkan masa depan yang akan ditanggung oleh remaja perempuan itu..

Wahai remaja kat luar sane..sila berhati-hati dengan sekeliling korang..Jangan terlalu mudah percaya pada lelaki yang tak dikenali.Ksd pun ade adik perempuan..Memang sangat risau kalau die keluar dengan kawan2.
Selalu nasihat kat die ,jangan terlalu ikut kata hati dan ikut kata kawan..

Baca Metro hari nie untuk jadikan iktibar pada korang
Sebelum tu,tolong klik sini yerk..
v
v
v
Klik ME


Gadis dirogol dikahwini secara paksa

IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami pengalaman menakutkan apabila diculik di Jeli, Kelantan dan kemudian dibawa ke Grik, Perak, lalu diperkosa.
Mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk dinikahkan secara paksa oleh perogol terbabit tetapi 36 jam kemudian, gadis berkenaan ditinggalkan di tepi jalan di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam Khamis lalu, pelajar tingkatan tiga itu sedang membantu ibu saudaranya berniaga di kedai makan di Sungai Mekong, Jeli, Kelantan, apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul dan menarik remaja itu ke dalam Proton Wira.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azizul, 43, berkata mangsa dibawa ke Jeli oleh ibu saudaranya yang datang ke rumah keluarganya di Grik.

“Saya difahamkan anak saya dibawa ke Kampung Belum Baru, Grik dan dirogol dalam kereta oleh lelaki berusia 30-an itu,” katanya sedih ketika ditemui di sini, semalam.


Post a Comment

  1. aduhhhhh..moga dijauhkan hendakNya..aminnn..:)

    ReplyDelete
  2. follow komen awk erk...heeee

    ReplyDelete
  3. macam2 dh berlaku skrg.nk kluar rumah pon takut.selalu kena ajak kakak dgn abg.hihi

    ReplyDelete
  4. memang nak kemana-mana kene ajak teman supaya orang tak takut nak kacau kita ye dik..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top