Thursday, January 31, 2013

Wednesday, January 30, 2013

Bila Aku Ikut Berdiet

Wednesday, January 30, 2013 3 Comments
Assalamualaikum


Nak menggemukkan badan memang senang,tapi kalau bab nak menguruskan badan,memang susah.Sebab tu ade dikalangan kita nie,bila bab kuruskan badan tu jarang di amalkan..

Sekarang nie En.Husband da ade hati nak mengecilkan sedikit badan die tu..Alhamdulillah..Niat da ade tu.
Bagi memberi sokongan pada die...Aku pun terpaksa la berdiet jugak..At least boleh la mengurangkan sedikit berat badan nie..

Nie da hari ke3 En.Husband x menjamah nasi..Aku try research cara bagaimana untuk membantu die mengamalkan diet yang sihat..
Nasib baik ada rujukan di sini..>>>>>ATKINS DIET <<<<

Barulah En.Husband sihat..takut pulak klu cara diet yg salah,boleh mendatangkan penyakit untuk die.

Bagi aku... Sehari tanpa makan nasi memang maha susah nak melakukan aktiviti ape2.mula la rase pening dan yang seangkatan dengannya..hadoiii...tapi masih tetap mencuba sehingga kini tanpa nasi..Tapau ikan goreng dgn sayur je tengahari nie..Mudah-mudahan menjadi la diet nie..

Yang penting usaha.. Da try ikut diet Dr.Atkin..Nie la yang aku cuba amalkan setiap hari..haha

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Nak try lagi research menu-menu untuk diet dan resepi2 diet..



bye




Tuesday, January 29, 2013

Nak Makan Donut Pleaseee!!!

Tuesday, January 29, 2013 3 Comments
Assalamualaikum


Tak taulah kenapa petang nie nak makan donut..Sorryyy..bukan donut biase tu tau..Donut yang ade name..Ngengada betul tekak nie,,xnak makan donut 3 singgit..lelama boleh kayap..Hoh!! gile la tekak nie,
Xkene tempat nak kan donut..tunggu ler gaji ke ape ker...nie takat duit ade sekeping..huhu..boleh ker

Nak makan nie
Big Apple

ataupun 
Dunkin Donuts
JCO Donuts.



jom ler sesame melelehkan air liur...

Harap-harap En.Husband bace blog hari nie..hehe..mane ler tau rezeki malam nie makan donut..
yipppieee..

Bangga Bila tengok Adik Berjaya

Tuesday, January 29, 2013 2 Comments
Assalamualaikum


Keluarga kami bukanlah orang berada,hanya orang biasa,
Kehidupan kami penuh dengan ranjau duri ,
Dari kami kecil sehinggalah kami dewasa,
Ada saja dugaan yang maha berat untuk keluarga kami,
Segala tohmahan diberikan tanpa usul periksa,
Mencucuk di segenap hati kami,
Kami sungguh Terluka,
Apa yang mereka kisah pasal kami,
Hanya menabur fitnah dan keji,
Tapi kami tetap bersabar,
Walaupun adakalanya cuba memporak perandakan keluarga kami,
Kami Redha,
Allah Maha mengetahui,
Bercakap la selagi boleh,
Mengutuk la selagi terdaya,
kami tidak peduli,
Tapi perlu diingat,
Disebalik kekurangan keluarga kami,
Ada yang menyinar,
Kami bangga bila tengok salah seorang dari kami,
lebih berjaya daripada anak-anak kalian..
Kenapa ini tidak kalian sembangkan,
Kenapa tidak dikhabarkan serata alam,

Kalian belum boleh lagi melihat kehancuran keluarga kami,
Kerana Kami tetap bersatu,wlaupun ade kalanya goyah,

Kepada adikku,
Teruskan usaha mu,supaya kamu boleh terus membanggakan kami,
Boleh membela nasib ibu dan bapamu satu hari nanti,
Hilangkan segala kata-kata nista yang dihamburkan kepada kita sekeluarga,
Insyallah..




Dari kakakmu..
kepada Adikku :
Mohd Nasharuddin
Mohd Anas.

Kurang Semangat bekerja la Pulak

Tuesday, January 29, 2013 2 Comments
Assalamualaikum

Saban hari rase macam da xde mood nak bekerja...Bila da xde mood nak keje,mula la nak angin satu badan..

Tanpa bercakap,Bukak radio kuat-kuat..Mata tertumpu pada skrin komputer..tapi otak ngan hati aku nie memang ler ke laut..

Cuba konon nak apply keje lain..bosan sungguh dengan management macam nie..

Nak selit sikit.Hari nie Birthday Tuan punye blog nie..
Happy birthday Tuan Blog







bye

Monday, January 28, 2013

Dapat Hadiah GA Dari Eca

Monday, January 28, 2013 0 Comments
Assalamualaikum


Tuari aku ade la join segmen dari Eca..Tak sangka menang GA tu weh!!!

Thanks kat eca ..Hadiah Tu da sampai da..

Nak Share ngan korang Hadiah yang aku dapat..
Comel kan..

Nie lagi comel..Sorry pic blur...henpon murah jerk

Cer korang klik sini ..>>> Ga nie la aku dapat haidah..


Friday, January 25, 2013

Hari Jumaat :: M00d Sakit Hati

Friday, January 25, 2013 5 Comments
Assalamualaikum


Kalau nak ikutkan rase panas hati hari nie,rase nak balik jerk..Tapi memikirkan blik rugi sebab da keje setengah hari..Aku kuatkan jugak iman nie,Mohon diberi kesabaran yang lebih hari nie..
Mengadap supervisor yang sepatutnye duduk kat hutan sorang-sorang berkawan dengan haiwan-haiwan kat hutan tu lagi bagus!!!!

Pernah ke korang dapat supervisor yang tahu beri arahan tapi xtau keje sendiri nie!!!..
heh!! aku da dapat...Ramai giler x suke kat supervisor aku sorang nie..Nasib baik ler Appraisal/performance aku bukan die yang sign..Kesian kat storekeeper lain yang appraisal diorang supv giler tu sign...Memang ler dpat markah sikit..Ape punya orang la..Melayu sama melayu pun xboleh nak tolong..Tapi kalau die nak lebih jerk..

Rase nak pindah department pun ade..ape yang aku buat semua x kene..belum habis buat keje nie..dah suruh buat keje lain...yang lain suruh pending..pastu bile nak settlekan yang pending,Mula bagi arahan lain lak..Sengallllllllllll....

keje aku da smooth macam dlu..sejak die masuk kat department aku nie,keadaan da huru hara..da ramai orang komplen pasal die..Tapi die buat muka poyo jerk..Buat penat je komplen..adeh!!!

huh....Berikan aku kesabaran Ya Allah...

MOOD: SAKIT HATI

Tuesday, January 22, 2013

Monday, January 21, 2013

Rahsia untuk menaikkan Traffic Blog

Monday, January 21, 2013 4 Comments
Assalamualaikum

Dok sibuk berblogwalking petang 2 nie..Tetibe terbaca satu blog yang memberikan aku tips untuk menaikkan traffic blog..bile dibaca,idea boleh diterima pakai..So why not untuk aku mencuba 
Tips/Cara mudah untuk menaikkan Traffic blog nie.Nasib baik la terbaca entry dari nieyxzha

Nak tau korang boleh clik kat link nie >>>>  nieyxzha

Caranya:-


(Entri ini copy & paste)

Cara nya begini:

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.





PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

***So urutannya jadi macam nie...



15. 
Blog Anda


4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya ok….
Selamat mencuba!!!

***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat traffic yang banyak... Pastu Jangan Lupa promote link entry ni.. kat member-member korang.. lagi banyak lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yang buat 10% jer maknanya dalam 10 orang yang buat... ingat lagi banyak backlink kita... lagi tinggi rating kita kat google..



** Jom la kita try same-same ye..Jom kita singgah ke blog2 kat atas nie..




bye

Nak Dijadikan Cerita

Monday, January 21, 2013 3 Comments
Assalamualaikum




Lunch time adalah mase untuk buat entry dan berblogwalking..Join segmen sane sini..Kalau nak buat kat rumah memang kurangnye masa..Kat rumah mase untu family( walaupun belum ade baby lagi)

So kebanyakkan entry yang aku taip nie,aku amik mase pada waktu rehat..klu nak like page korang or berkenaan dengan twitter & facebook tu memang xboleh nak tolong ler...Malas nak bukak phone..Bukannye ape..company aku mmg xsuggestkan staff diroang nie berjinak-jinak dgn fb..takut nanti dok lali sgt ngn fb..sampai keje pun x buat..Oh..Tidak..

Saje nak cite kat korang ..Tu ari aku join segmen Eca Dwinky

Alhamdulillah...ade dua orang pemenang dalam GA Eca nie
 iaitu.
Sila la Follow  ye...hehe

Kalau korang xkenal lagi siapa blogger eca nie..Boleh klik sini >>>>> ECA 




bye


s

Thursday, January 17, 2013

Punca Tidak Subur Di Kalangan Lelaki

Thursday, January 17, 2013 1 Comments
Assalamualaikum


Sharing sesuatu jugak dengan korang tentang entry nie..Di utamakan baca bagi yang sudah berumah tangga dan yang akan menamatkan zaman bujangnya..Kepada remaja yang ingin membaca tu jadikan ia sebagai ilmu dan info.. Sambil membaca x salah rase nak kongsi dengan korang kan..Terbaca dari satu page di facebook..


Ketidak suburan bukan sahaja berlaku di kalangan wanita tetapi boleh juga berlaku di kalangan lelaki. Bahkan, ada banyak kes masalah kesuburan berpunca daripada suami yang enggan bekerjasama menjalani pemeriksaan, menyebabkan rumah tangga sunyi sepi dan isteri terpaksa berdepan pelbagai tekanan emosi.

Berdasarkan kajian, masalah kesuburan boleh dipecahkan kepada 20 peratus membabitkan lelaki saja dan 30 peratus membabitkan lelaki dan perempuan, manakala 15 peratus lagi pasangan didapati normal.

Ini menunjukkan lelaki menyumbangkan 50 peratus masalah di kalangan pasangan yang tiada anak.

Penyelaras Pusat Kesuburan Konsep, Vivian Tan, berkata lelaki hanya perlu menjalani ujian air mani, sedangkan si isteri terpaksa melalui beberapa pemeriksaan iaitu ujian keseimbangan hormon, imbasan ultra-bunyi bagi memastikan rahim dan saluran tiub fallopia tidak bermasalah dan tiada ketumbuhan, endometriosis atau fibroid serta pemeriksaan kualiti telur.

LELAKI JANGAN EGO SANGAT,RUGI DIRI SENDIRI.
Malangnya, tidak ramai lelaki sanggup merendahkan tembok keegoan kerana bimbang jika disahkan masalah kesuburan berpunca daripada mereka, ia boleh dianggap mencalarkan harga diri.

Namun, anggapan lapuk ini perlu diketepikan kerana lebih cepat mereka menjalani pemeriksaan (iaitu selepas setahun berkahwin dan kerap mengadakan hubungan kelamin tetapi masih tiada anak, terutama di kalangan pasangan berusia), masalah lebih mudah diselesaikan.

“Lelaki hanya perlu jalani pemeriksaan air mani. Jangan ingat, bila ada air mani bermakna lelaki itu subur, kerana ada banyak kes lelaki mengalami masalah kekurangan atau tiada sperma. Jika dua kali pemeriksaan menunjukkan keputusan normal, pemeriksaan seterusnya berpindah kepada isteri.

“Keputusan normal ini bermakna lelaki mempunyai jumlah sperma sebanyak 40 juta/mililiter. Secara kasarnya jumlah ini memang banyak, tetapi sebahagiannya mungkin mati, cacat atau tidak boleh berenang.

“Daripada jumlah ini, 20 juta sperma perlu bergerak aktif dan boleh berenang pantas untuk melepasi ruang dalam rahim dan salur tiub fallopia. Ini penting kerana sperma perlu berenang sejauh 18 kilometer mengikut jarak sperma sebelum sampai ke telur,” katanya.

Sebanyak 15 peratus sperma yang boleh berenang aktif ini pula mesti mempunyai bentuk normal. Sperma tidak normal seperti berkepala dua, bentuk kepala kecil, terlalu besar, tajam atau bengkok ekor bercabang dua tidak boleh bersenyawa dengan telur.

Bagaimana sperma dihasilkan? Sperma terhasil daripada pembahagian sel yang berulang dalam testis pada kadar 100 juta sel sehari. Penghasilan sperma adalah satu proses panjang dan ia mengambil masa tiga bulan untuk matang.

Sperma matang ini akan berpindah ke dalam epididimis iaitu tiub bergelung, sepanjang tujuh meter dan menyambungkan antara testis dan vas deferens. Sperma matang akan bergerak sepanjang tiub dan disimpan di bahagian bawah (antara dua hingga 10 hari) sehinggalah diperlukan ketika ejakulasi.

Secara purata, lelaki normal mengeluarkan kira-kira tiga mililiter setiap dua hari ketika ejakulasi. Ketika ejakulasi, sperma akan dikeluarkan dulu bersama cecair prostatik, disusuli cecair semi vesikal (yang akan beku dan menjadikan air mani pekat seperti gel).

Masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

1) Masalah sperma akibat kecacatan kongenital (sejak lahir) pada organ peranakan lelaki seperti:

- Ketiadaan vas deferens (tiub panjang yang menyalurkan sperma) dan sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani. Ini menyebabkan air mani tidak mengandungi sperma langsung apabila dianalisis.

Daripada sini, pakar urologi akan menjalankan siasatan lanjutan terhadap keadaan fizikal buah zakar seperti saiz dan kedudukan melalui ujian hormon, sinar-X dan ultra bunyi.

- Masalah vas deferens tersumbat — dapat diatasi melalui pembedahan, pengambilan ubat dan biopsi.

2) Air mani tidak dapat dikeluarkan, sebaliknya mengalir balik ke dalam pundi kencing. Masalah ini boleh disebabkan penyakit kencing manis atau pengambilan ubat tertentu. Pasangan boleh dibantu mendapatkan anak melalui teknik persenyawaan in-vitro (IVF). Namun kes ini jarang berlaku.

3) Genetik — Sama ada membabitkan kromosom, sista fibrosis atau masalah sindrom autoantibodi yang menganggap sperma sebagai bahan asing yang perlu dimusnahkan. Masalah autoantibodi biasanya membabitkan lelaki yang pernah menjalani vasektomi (kaedah pemandulan dengan mengikat vas deferens terutama di kalangan lelaki Barat). Bagaimanapun, kes ini juga jarang berlaku.

4) Masalah hormon — Paras testosteron atau hormon tiroid terlalu rendah. Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan ubat.

5) Gangguan seks — Seperti mati pucuk atau ejakulasi awal. Ini biasanya disebabkan tekanan, pengambilan ubat antidepresan, mengawal tekanan darah tinggi atau kolesterol. Ubat penguat seks seperti viagra bagaimanapun hanya untuk ereksi, tetapi tidak membantu menambah jumlah sperma.

6) Masalah urat (salur darah) pada testis kembang atau timbul. Akibatnya, aliran darah tidak lancar dan boleh merosakkan epididimis dan mengurangkan jumlah sperma. Masalah boleh dibantu melalui pembedahan dan IVF.

7) Senaman keterlaluan seperti angkat berat. Dalam keadaan ini, badan menghasilkan steroid yang menyebabkan masalah ereksi, mengganggu keseimbangan hormon dan mengurangkan penghasilan sperma.

Tekanan, terutama di tempat kerja atau masalah psikologi. Namun ia biasanya lebih dialami wanita.

9) Obesiti — Kesuburan lelaki boleh menurun jika terlalu gemuk kerana mereka mungkin berdepan masalah kekurangan atau tiada sperma langsung.

10) Pengambilan dadah, alkohol dan merokok. Tiga faktor yang perlu dielakkan jika mahu kekalkan kesuburan.

11) Terdedah kepada bahan beracun atau pencemaran.

12) Makanan, terutama jika terlalu banyak makan makanan laut (tiram, kepah, lala, kerang, kepala udang) kerana ia mengandungi banyak raksa yang boleh mengurangkan jumlah sperma.

13) Rawatan kemo atau radioterapi boleh membunuh semua sel dan sperma. Oleh itu Tan menasihatkan lelaki yang perlu menjalani rawatan ini supaya menyimpan sperma dalam bank sperma untuk digunakan kelak.

14) Serangan penyakit seperti buah pinggang, sirosis hati dan kurang zat. Malah, lelaki yang mendapat beguk selepas akil baligh juga boleh mengalami masalah kekurangan atau ketiadaan sperma. Puncanya masih tidak diketahui.


“Masalah kesuburan ini akan terus berpanjangan jika tidak mendapat rawatan. Ada juga lelaki yang pada awal perkahwinan normal, tetapi menjadi tidak subur selepas beberapa ketika atas faktor yang diceritakan tadi.

“Namun bagi pasangan yang berkahwin lewat, segeralah buat pemeriksaan jika tidak mendapat anak selepas setahun berkahwin.

“Banyak kaedah moden boleh membantu pasangan mendapatkan anak, asalkan lelaki sanggup bekerjasama,” katanya.

Antara teknik yang biasa digunakan ialah persenyawaan dalam rahim (IUI, sperma terbaik akan dipilih dan dimasukkan ke dalam rahim isteri untuk persenyawaan) sesuai bagi lelaki yang mengalami masalah bilangan sperma rendah (15 juta hingga 17 juta/mililiter).

Jika tidak berjaya, pasangan boleh beralih kepada teknik IVF (persenyawaan luar rahim, embrio akan disuntik ke dalam rahim isteri).

Namun, pasangan berumur disarankan supaya terus menggunakan kaedah ini.

Kaedah terbaru adalah suntikan sperma Intra-sitoplasmik (ICSI) iaitu teknik persenyawaan secara mikromanipulasi atau bantuan di mana sperma akan disuntik ke dalam telur di bawah mikroskop supaya tersenyawa menjadi embrio sebelum dimasukkan ke dalam rahim.

“Jika anda mengalami masalah kesuburan, jangan malu kerana anda bukan bersendirian. Lebih baik jalani pemeriksaan saintifik (rawatan moden) untuk mencari puncanya.

“Namun, jangan harap boleh berlaku perubahan mendadak selepas menjalani rawatan kerana sperma mengambil masa lama untuk dihasilkan.

“Sehingga kini tiada kaedah boleh membantu memulihkan keadaan sepenuhnya atau mencapai tahap normal, tetapi jangan cepat putus asa, sebaliknya terus berusaha mendapatkan zuriat,” katanya.

Follow Us @aida_yusof81