1

Assalamualaikum

Jom Share..Jom practikkan...insyallah.Salam Jumaat Semua



Maksudnya: “Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan hanya Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan segala pujian. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tiada yang dapat menahan apa yang Engkau beri dan tiada yang dapat memberi apa yang Engkau tahan. Tidak berguna kekayaan dan kemulian itu bagi pemiliknya (selain iman dan ketaatan). Hanya daripada-Mu kekayaan dan kemuliaan.”

(Hadis riwayat al Bukhari no. 844 dan Muslim no. 593)

Keterangan: Daripada Muaz bin Jabal r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang  bermaksud: “Barang siapa yang mengucapkan …(ayat ini) ketika selesai sembahyang pada waktu pagi (subuh) sebanyak sepuluh kali maka akan dikurniakan dengan tujuh kelebihan iaitu:

1. Ditulis oleh Allah untuknya sepuluh kebaikan.

2. Dihapuskan dengannya sepuluh kejahatan.

3. Diangkat dengan sepuluh darjat.

4. Ia menyamai sepuluh benda yang bernyawa.

5. Ia pelindung  daripada gangguan syaitan.

6. Ia pendinding daripada perkara yang makruh.

7. Tidak akan mengikutnya sebarang dosa pada hari itu melainkan syirik dengan Allah.

Maka barangsiapa yang mengucapkannya ketika selesai sembahyang maghrib maka dia juga akan diberi kurniaan tersebut untuk sepanjang malamnya.”

(Kata al Munziri ia diriwayatkan oleh Ibn Abu Dunya dan al-Tabrani dengan isnad yang hasan).

(Sumber: Doa & Zikir Harian, Ust. Dr. Hj. Zahazan  Mohamed)


KELEBIHAN AMALAN ZIKIR SELEPAS SOLAT

Abu Hurairah melaporkan: “Pada suatu hari beberapa sahabat Nabi Muhammad yang miskin dan berasal dari Makkah berkata kepada utusan Allah itu: Wahai Rasulullah, orang kaya berpeluang mati dengan membawa darjat yang tinggi-tinggi dan mendapat nikmat yang kekal dalam syurga”.

Nabi Muhammad bertanya: “Mengapa saudara berkata begitu? Mereka menjawab: Mereka sembahyang macam kami sembahyang. Mereka berpuasa macam kami berpuasa. Mereka juga dapat bersedekah, sedangkan kami tidak mampu bersedekah. Mereka juga dapat membebaskan hamba-hamba sedangkan kami tidak dapat.

Rahsia amalan

Nabi Muhammad menjawab: “Mahukah saudara semua jika saya terangkan satu amalan yang membolehkan saudara dapat mendahului orang selepas saudara? Tiada ada sesiapa dapat mengalahkan kedudukan saudara itu kecuali mereka yang mengamalkan apa yang saudara amalkan. Sahabat menjawab: Mahu wahai Rasulullah. Kata Nabi Muhammad: “Bacalah Subhanallah tiga puluh kali, Alhamdulillah tiga puluh kali dan Allahuakbar tiga puluh kali, apabila selesai sembahyang.

Tidak lama selepas itu mereka datang semula berjumpa Nabi Muhammad dan berkata: “Orang kaya itu sudah mengetahui apa yang kita amalkan, jadi mereka melakukan apa yang kami lakukan. Nabi Muhammad menjawab: “Itulah kelebihan yang Allah berikan kepada sesiapa saja yang dipilih-Nya.” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)



**Sumber :Tazkirah Jumaat

Post a Comment

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top