3
Assalamualaikum


Sekarang nak popular dan glamor memang senang kan?
jom baca nie
v
v
v

Keroz Nazri
PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer baru Keroz nazri gembira apabila klip video lagu terbaharunya iaitu Sedia Bercinta Lagi telah berjaya mendapat sebanyak 11 ribu tontonan di laman Youtube.
Keroz atau nama sebenarnya, Khairul Nizam Nazri, 28, berkata, sehingga kini klip video tersebut masih lagi menerima tontonan daripada penonton tidak sangka jumlah itu meningkat dengan mendadak selepas dua minggu ia dimuat naik di laman tersebut.
"Klip video lagu Sedia Bercinta Lagi sudah pun dimuat naik di Youtube sejak 1 Mei lalu, tidak sangka pula ia mendapat respons yang baik.
"Ini merupakan perkembangan yang sangat bagus bagi sebuah lagu baharu yang dibawakan oleh penyanyi baharu seperti saya apabila mendapat tontonan yang tinggi dalam tempoh dua minggu sahaja, Alhamdulillah," katanya.
Sedia Bercinta Lagi merupakan ciptaan Keroz manakala liriknya oleh Eenaz Mokhtar yang mendapat sentuhan dari Firdaus daripada segi susunan muziknya.
Klip video Sedia Bercinta Lagi boleh di tonton di Youtube.
Lagu tersebut pernah memenangi Anugerah Lagu Terbaik Cipta Express MACP 2012 di mana ia telah dihasilkan ketika Keroz menghadiri acara Cipta Ekspres anjuran Badan Perlindungan Hak cipta Muzik (MACP) pada tahun 2012.
Klip videonya pula diarahkan oleh PhuturePhlow Film di mana penggambarannya telah berlangsung pada Mac lalu di Pulau Pinang.
"Saya berharap, lagu ini akan menjadi kesukaaan ramai dan pada masa sama ia sebagai langkah baharu dalam mencipta nama sebagai seorang penyanyi," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Keroz memberitahu, selain menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya, dia juga kini sibuk menguruskan perniagaannya bersama rakan kongsi menerusi syarikat Dangerous Events.
Walaupun masih baru dalam bidang perniagaan namun dia optimis syarikat pengurusan acara itu dapat berkembang dengan baik berserta visi dan perancangan yang kemas.

Post a Comment

  1. kenal Keroz Nazri ni dari rancangan Masterchef Selebriti jer...dia terkeluar awal...tapi seriously masa tu lah first time kenal dia... and tak pernah pun dengar lagu dia or what...nak kena try dengar ni...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ct....best juga...;)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top