1
Assalamualaikum

Sedih betul baca metro hari ini...kehilangan ibu bapanya sekelip mata sahaja..

Johor Bahru: “Ibu menjerit sekuat hati memaklumkan rumah terbakar menyebabkan saya tersedar daripada tidur dan terus menggunakan tukul besi untuk memecahkan tingkap sebelum menyelamatkan diri.
“Malangnya, selepas keluar dari bilik, barulah saya sedar ibu dan bapa terperangkap di dalam rumah,” kata Shahrul Huzaimi Mahmud, 32, yang sedih melihat kejadian kebakaran membabitkan rumah mereka itu di Kampung Pasir di sini, awal pagi semalam, meragut nyawa kedua-dua orang tuanya, Halimah Khamis, 55, dan Mahmud Yusuf, 60.
Dalam kejadian jam 4.55 pagi itu, tiga beranak terbabit tidur di bilik masing-masing sebelum Shahrul terkejut apabila terdengar jeritan ibunya.

Selepas itu, Shahrul melihat asap tebal dan api marak di dalam rumah sebelum mengambil tukul besi dan memecahkan tingkap.
Foto
Foto

KEDIAMAN mangsa hangus dalam kebakaran awal pagi semalam.

“Dalam keadaan panik beberapa jiran yang sudah berada di luar rumah berusaha membantu dengan menarik saya keluar melalui tingkap.

sumber: Metro

Post a Comment

  1. sedihh... ibu bapa memang sanggup berkorban untuk anak2... walaupun nyawa mereka sendiri...

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top