7
Assalamualaikum

Tertarik baca cerita nie.mungkin ada pengajaran untuk kita bersama
Ada cerita yang tersirat di sebalik tembikai ini

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya : “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu ?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya : “Ada pun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah di tentukan oleh Allah SW.

sumber:Diari hati

Post a Comment

  1. subhanallah.. begitu berhikmah jawapan ahli sufi itu..

    ReplyDelete
  2. pernah baca cerita ni,, memang pedas n menusuk jiwa,, alhamdulillah,,,

    ReplyDelete
  3. cik akak pernah terbaca entri nie...
    betul apa yang si suami tu katakan...
    Tak perlu lah nak marah2 kan....hihi..

    ReplyDelete
  4. Peringatan buat diri sendiri juga ni kak. Slalu kalau beli buah...dpt yg tak manis atau masam, mulalah complain. TAk boleh marah2 dah sebab DIA yang mencipta kannya.

    Muhasabah diri jap.

    ReplyDelete
  5. nice kak..blh terdiam kjap klo skrg ni pn org sebijak beliau..

    ReplyDelete
  6. dah lama Master ajar benda ni. lagi satu jgn ejek2 orang coz kita ejek ciptaan Allah subhanahu wa ta'ala.

    ReplyDelete
  7. husna pernah baca dah cerita nih..tp x igt kat mana..=)

    nice sharing..;)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top