13
Assalamualaikum


Hari nie rasa nak share denga korang yang membaca blog nie.Pada yang dah kahwin dan juga akan berkahwin.hehe..

Aku terbaca di dalam facebook.So nak share jugak dengan korang.Antara petua untuk eratkan kasih sayang Suami isteri.

1)Cium tangan suami dan dahi siteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing masing.

2)Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,tmabah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman.

3)Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4)Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti "I Love you" sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana ,menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5)Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja.

6)Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7)Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja isu rumah tangga hinggalah politik sebelum tidur.

8)Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan ,jangan biarkan ia berlarutan walau untuk satu jam.

9)Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya.

10) Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet-deret atau usia sudah meningkat.

11)Amalkan sembahyang berjemaah

12)Biasakan bergilir gelas atau pinggan makan serta tidak sedan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman pasangan.

13)Sesekali buatlah kejutan kepada pasangan

14)Senda gurau dalam rumahtangga amat penting.Ceritalah sesuatu yang kelakar,tekateki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15)Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing.

16)Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17)Apa sahaja masalah yang timbul,berterus terang dan berbincang

18) Sentiasa menyimpan tekad untik menjadi pasangan yang baik dalam rumahtangga.

19)Setiap pagi,berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman.

20) Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini,jadikan ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa ragu-ragu.

21)Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah swt. agar dikurniakan rasa kasih sayang antara pasangan suami isteri.


** Nabi Muhammad SAW bersabda:"lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya.Dna wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.
**bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat seribu syahid kerana ikhlas dan sabarnya.
**lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada isterinya.Setiap hari suami yang baik kepada isterinya akan mendapat seratus syahid kerana ikhlas dan sabarnya.

wallahualam.


sumber:fb



Post a Comment

  1. bagusnya tips ni.. semoga semua suami isteri amalkannya.. insya-Allah hari-hari sentiasa sayang..

    ReplyDelete
  2. banyak tips ni..ada yang ikut ada yang tak..hihi..kekadang ngan laki sendiri pun malu..

    ReplyDelete
  3. hari2 amalkan dan most of it... *_^... great piece of entry kak eda...

    ReplyDelete
  4. hari2 kne tunjuk sayang..nice sharing... =)

    ReplyDelete
  5. ada yang memang buat, ada yang malas nak buat...

    ReplyDelete
  6. pewwiitt... petua yang elok nih ^_^

    ReplyDelete
  7. ada satu petua, makan dalam satu pinggan..petua nabi

    ReplyDelete
  8. Banyaknya petua...Barulah bahagia hingga ke tua nih :)

    ReplyDelete
  9. Insyallah semoga kita manfaatkan ilmu ini demi keharmonian rumah tangga...

    ReplyDelete
  10. Buat kakak yg pasti kalau hari bekerja makan tengahari tak pernah dapat makan bersama..

    ReplyDelete
  11. ada yg wat.. ade yg tak.. hehehe

    ReplyDelete
  12. :D hehehe..info y menarik, kan bgus kalau smua buat..ngee~~

    ReplyDelete
  13. bab jangan berpisah tempat tdo tu nadia sangattt setuju. walau marah macam mana sekalipun, jangan tdo asinggggg :) bukan sebab nafsu tapi macam tak baikkk.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top