5
Assalamualaikum

Selamat pagi,salam 1 Malaysia..hehe..Pastinya ramai yang dah tak sabar nak shopping raya kan..Al-maklumlah gaji pun dah keluar + bonus.So,mestilah tak bsabar nak bershopping sakan.

Aku pun macam tu jugak,Malam nie dah nak start shopping raya,Kenapa tak pergi hari minggu??/
Sebabnya aku tak suka sangat nak bersesak-sesak di waktu siang.Puasa pulak tu..
Kalau pergi malam,suasana sejuk sikit..lagipun bukan banyak mana yang aku nak belanja tu.Takat pi beli baju raya en,husband je kat Jusco tu.Yang keperluan lain takdelah sangat.Kuih muih tu rasa macam awal lagi.Ada sesetengahnya aku dah tempah.Kuih raya nie aku memang tak order banyak sangat sbb tahun nie beraya kat Melaka,So kurang berada di johor.

Kat sini aku nak share dengan korang tentang tips berbelanja di musim perayaan nie..Al-maklum la..takut yang si wanita-wanita nie 9 nafsu..Kot la tak terkawal pulak berbelanja..Ini bukan sahaja untuk korang tetapi lebih kepada untuk diri aku sendiri..Mari sama-sama kita amalkan ye puan-puan

1.       Buat senarai kepentingan
Sebelum keluar membeli belah pastikan anda menyediakan satu senarai barangan yang hendak dibeli. Senarai tersebut mestilah boleh menjadi garis panduan berguna semasa anda sibuk membeli belah. Secara tidak langsung anda boleh fokus mencari apa yang disenaraikan sahaja. Usahakan agar perbelanjaan tidak lebih daripada anggaran yang telah ditetapkan. Ini akan membuatkan anda lebih efisien dalam berbelanja serta terhindar dari masalah kewangan menjelang hari raya.

2.       Membeli semasa jualan murah
Pembeli yang bijak pasti tidak akan melepaskan peluang membeli belah semasa musim jualan murah. Bayangkan ketika itu anda boleh membeli barangan berkualiti dalam kuantiti yang banyak berbanding pada harga biasa. Oleh kerana jualan murah dalam Negara sudah diketahui masanya, apa kata anda ketepikan sejumlah wang khusus untuk membuat persiapan hari raya anda sekeluarga.

3.       Bawa penasihat bersama
Sebaiknya jangan pergi membeli belah berseorangan malah lebih baik anda membawa bersama seorang “penasihat” yang dapat membantu mengingatkan dan memberi pendapat ketika berbelanja. Ia akan membantu anda membuat pilihan yang terbaik selain tidak perlu membazir membeli barangan yang tidak perlu.

4.       Berbelanja mengikut keperluan
Jangan diikutkan nafsu membeli yang tidak pernah habis. Pembelian barangan yang tidak penting hanya akanmmeningkatkan perbelanjaan anda.

5.       Elakkan membawa kad kredit
Jika anda seorang “kaki shopping” memang merbahaya jika memiliki beberapa jenis kad kredit di dalam dompet. Seeloknya, tinggalkan kad kredit atau meminta penasihat anda memegangnya seketika dan hanya dibenarkan menggunakan kad tersebut untuk kecemasan sahaja. Jika terpaksa gunakan kad kredit, cukup gunakan kad yang mempunyai nilai kredit terkecil untuk membatasi jumlah pengeluarannya.

6.       Buat perbandingan harga
Sebelum membeli, pastikan anda telah membuat perbandingan harga dan kualiti di tempat lain.

7.       Bijak tawar-menawar semasa membeli
Tidak salah mencuba. Sikap ringan mulut anda menawar harga yang telah ditetapkan ketika  membeli mungkin memberi kebaikan pada wang yang anda keluarkan. Pengurangan harga walaupun sedikit mampu menjimatkan wang. Namun, bukan semua tempat boleh tawar-menawar.

8.       Buat perancangan
Lakukan aktiviti membeli belah anda secara bertahap. Jangan membeli di saat-saat akhir kerana banyak masalah akan timbul seperti tiada saiz yang sesuai, kehabisan warna yang diminati dan lain-lain lagi

9.       Elakkan membawa anak kecil
Proses membeli belah memerlukan anda bergerak aktif. Sebaiknya anda tidak perlu membawa bersama anak-anak kecil kerana ia hanya akan menyukarkan proses pemilihan dan pembelian. Biasanya mereka tidak dapat bertahan lama menanti proses pemilihan anda. Akibatnya mereka akan membuat pelbagai ragam dan kerenah yang mengganggu kelancaran anda membeli belah.

10.   Ukur baju di badan sendiri
Jangan berbelanja ikut nafsu semata-mata untuk menyambut hari raya. Hilangkan anggapan bahawa hari raya mesti segalanya bertukar pada barang baru. Berbelanja ikut kemampuan anda dan jangan sekali-kali meniru gaya orang lain. Dengan sedikit kreativiti, barang-barang lama anda boleh diubah suai untuk kelihatan lebih cantik dan menarik untuk digunakan di hari raya.


sumber :sini

Post a Comment

  1. Assalamualaikum . hee . ada iklan Essenseri :D

    ReplyDelete
  2. Bukan untuk wanita sahaja..lelaki pun kena pandai kawal nafsu shopping ni gak..harga pakaian lelaki lebih mahal dari wanita..

    ReplyDelete
  3. selamat bershopping yer..
    kadang ikut jgk tips ni, kadang kalo poket tengah tebal takde nak follow dah..asal berkenan jer rembat..hihi

    ReplyDelete
  4. Tips yang baik ni aida..tapi selalunya terbabas..he..he

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top