12
Assalamualaikum

Alhamdulillah...Sudah 56 Tahun kita merdeka..Merdeka daripada dijajah di bumi sendiri.Segala pahit getir nenek moyang kita sebelum tercapainya kemerdekaan,amatlah meyedihkan..Bagaimana askar-askar dan pemimpin-pemimpin kita mempertahankan Negara yang tercinta .Negara Malaysia.
Apakah Erti Kemerdekaan bagi korang?
Adakah Kemerdekaan itu hanya untuk disebut dan di sambut dengan aktiviti-aktiviti syok sendiri..Ataupun korang menyambut kemerdekaan itu dengan mengingati apa yang telah terjadi kepada Malysia negara tanah tumpah darah datuk nenek moyang kita ini,dengan mengibarkan bendera dan mengingati mereka yang telah banyak berjasa kepada Negara.

Sekarang Malaysia membangun dengan megah dimata Dunia..Aku bangga untuk menjadi Rakyat Malaysia yang sudah bebas dari jajahan luar.Tetapi sayangnya,masyarakat hari ini,lebih suka berpecah belah dari menikmati segala kemerdekaan yang telah negara ini dapatkan.
Tapi aku takkan  mencemari entry ini dengan memecah belahkan orang lain..Tepuk dada,tanyalah selera.

Entry aku hari ini adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang berjasa mempertahankan negara.
Tak dapat aku bayangkan kesengsaraan yang ditanggung oleh mereka terdahulunya.Bagaimana mereka menghadapi setiap ancaman musuh yang ingin mengusir rakyat di tanah mereka sendiri..
Lenakah tidur mereka seperti tidur kita hari ini.Empukkah bantal dan juga tilam yang sedang aku dan korang tidur sekarang ini.Entah sempat entah tidak mereka melelapkan mata walau sesaat..
Di bom di sana-sini..Di tembak di sana-sini..mayat-mayat berlimpangan..Tidak akan ada kejadian seumpama itu jika kita rakyat Malaysia Bersatu padu menentang musuh.

Melihat kekejaman negara luar mengancam rakyat2 Di Mesir..mungkin itu juga pernah berlaku di tanah air kita

Tapi Alhamdulillah...sekarang nie kita boleh menarik nafas lega kerana kita tidak dilahirkan masa itu.Cuma kita perlu berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang nie.
Marilah sama-sama kita menjadi rakyat yang sentiasa menjaga agama dan negara.jauhkanlah segala perkara buruk berlaku di tempat kita..Aku sayang MALAYSIA..

Sumber di baca :sini dan sini


Selamat menyambut Hari kemerdekaaan yang ke 56 Malaysia Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku dari kisahsidairy.com

Post a Comment

  1. Peristiwa di Lahad Datu tu pun dh menakutkn.. memberi pengajaran supaya kebih kukuh..

    ReplyDelete
  2. selamat hari kemerdekaan yang ke 56 ..

    Semoga negara kita tetap aman selamanya

    ReplyDelete
  3. Arwah abah suka cerita kisah suka duka masa sebelum dan selepas merdeka ...

    ReplyDelete
  4. selamat hari merdeka :)

    bw here :)
    jemput join ga nie :)

    http://kisahsinenot22.blogspot.com/2013/08/softly-shop-dress-giveaway.html
    dan
    http://kisahsinenot22.blogspot.com/2013/08/2nd-giveaway-by-ira-syiqin.html

    terima kasih byk2 ye :)

    ReplyDelete
  5. Salam kemerdekaan yang ke 56 Aida...Bertuah kiota semua jadi anak Merdeka. Tk semua yang telah bersusah payah berjuang..

    ReplyDelete
  6. salam kemerdekaan kak.. terima kasih kepada pejuang negara yang sanggup bekorban nyawa demi melihat kita semua bebas merdeka.. al-fatihah kepada mereka yang telah ergi meninggalkan kita..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah Malaysia aman..merdekakan diri dr nafsu dan merdekakn minda pula =) salam kemerdekaan..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top