15
Assalamualaikum

Bukan niat nak cerita pasal hantu pepagi nie.Nie sebab hari nie,company aku ada makan-makan untuk Sembahyang Hantu atau disebut Perayaan Hantu lapar .Perayaan ini akan diadakan setiap tahun.
Maknanya hanya ada 2 kali sahaja pesta makan-makan di tempat aku iaitu jamuan makan perayaan china dan jugak Perayaan Sembahyang hantu.Xde perayaan dan makan-makan untuk meraikan perayaan kaum melayu...Emmm..dah nasib..
ihsan dari google
Tapi terfikir selama nie,dari manakah asal usul sembahyang hantu nie,So disini aku mencari,dengan pertolongan pakcik google..Akhirnya aku menemui jawapan.

Mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua, hari ke-15 pada bulan ketujuh dalam kalendar lunar Cina, merupakan permulaan Bulan Hantu Lapar. Perayaan Hantu Lapar atau Zhongyuanjie dirayakan terutamanya oleh suku Kantonis pada hari ke-14 bulan ketujuh kalendar Cina. Suku Hokkien menyambutnya sehari kemudian. Penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal dunia.
ihsan dari google
Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu adalah penyembahan nenek moyang, yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada para anak cucu walaupun selepas kematian mereka.
Pantang larang sepanjang Bulan Hantu Lapar dalam beberapa bidang pekerjaan akan menghentikan kerja pada bulan itu kerana takut hantu-hantu yang datang dari dunia orang mati akan mengganggu mereka. Tukang kayu yang membina rumah dan peniaga-peniaga tidak akan membuka kedai baru.
Para nelayan takut pergi menangkap ikan kerana risau menjadi pengganti kepada hantu air. Perkahwinan, pembedahan, berkhemah di hutan, pindah rumah dan ubah suai rumah tidak digalakkan pada bulan ini. Selain itu, kanak-kanak digalakkan balik awal sebelum senja dan tidak boleh pergi berenang atau berkelah.
Senang cerita bulan ini perlu berhati-hati dan tidak sesuai untuk menjalankan apa-apa aktiviti. Jika boleh elak, patut elakkan dan kurangkan segala aktiviti terutama di waktu malam.
Menurut seorang sami Buddha di Petaling Jaya, Bulan Hantu Lapar adalah bulan mulia dan sangat diberkati. Para sami belajar dan berbincang tentang agama dan erti kemanusiaan pada bulan ini dengan pembebasan roh. Perayaan ini mungkin banyak dipengaruhi oleh adat resam orang Cina itu sendiri yang menambah beberapa acara mengikut adat resam dan tradisi orang Cina seperti persembahan pentas untuk meringankan roh.
Ajaran agama Buddha lebih kepada sembahyang dan berdoa kepada roh-roh yang merayau-rayau pada bulan ini apabila pintu neraka akan dibuka dan keluar dari alam ghaib. Dalam bahasa Cina, ia diterjemah menjadi e gui atau hantu lapar. Kebiasaannya, makanan dan minuman yang menjadi kegemaran ahli keluarga yang telah mati diletakkan di luar rumah.
Kita lihat dulu asal usul perayaan ini berdasarkan kepada legenda penganut Buddha yang dikenali sebagai Modkalyayana yang dalam bahasa Cinanya disebut sebagai Mujian Lian dan ibunya. Tokoh ini sebenarnya antara murid terdekat Buddha Sakyamuni. Mu Lian seorang anak yang taat, akhirnya memilih jalan menjadi sami menyebabkan ibunya begitu marah. Ibunya memaksa Mu Lian makan makanan yang tidak boleh dimakan oleh sami seperti makanan berdaging kerana tidak dapat menerima hakikat anaknya menjadi seorang sami.
Ibunya yang suka menghina pengemis dan kedekut akhirnya meninggal dunia dan dihantar ke neraka menjadi roh yang sentiasa lapar. Semasa bertafakur, Mu Lian yang merupakan antara 10 murid terbaik Buddha telah mendapat petunjuk bahawa ibunya sedang sengsara di neraka. Mu Lian sentiasa berdoa dan akhirnya doa itu didengar oleh Buddha. Dengan izin Buddha, pintu neraka dibuka sekali dalam setahun di mana roh-roh dilepaskan ke dunia untuk mencari makanan.
Buddha mengarahkan supaya Mu Lian menyediakan kepingan makanan dalam piring yang bersih, membacakan mantera sebanyak tujuh kali dengan memberkati makanan tersebut, memetik jarinya dan memanggil keluar roh lalu menyentuhkan makanan ke lantai yang bersih.
Mu Lian meminta nasihat Buddha lagi bagaimana caranya supaya ibunya dapat dilahirkan semula sebagai manusia. Mu Lian mempersembah makanan dan jubah kepada 500 orang bhikku iaitu individu mulia yang melihat bahaya dunia, neraka dan syurga. Pahala perbuatan ini menyebabkan ibu Mu Lian lahir semula sebagai manusia.
Ajaran Konfucius turut mempengaruhi ajaran Buddha masuk ke wilayah China. di mana penyembahan terhadap roh nenek moyang mula menggantikan upacara membebaskan kelaparan hantu lapar serta upacara menyembahkan dana pemberian kepada biara. Upacara amal untuk membebaskan penderitaan orang yang meninggal terutama roh-roh yang tiada saudara mara maka upacara berdoa terutama kepada yang meninggal dalam keadaan yang meragukan.
Penyembahan kepada nenek moyang turut diamalkan yang mana menunjukkan ketaatan para keturunan terutama kepada anak cucu. Perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.
Rasanya anda juga pernah melihat di tepi-tepi jalan terdapat upacara sembahyang dijalankan dengan penyembahan kuih-muih dan buah kepada roh-roh sesat. Roh yang sesat akan dibakarkan colok, wang neraka dan upacara akan dilakukan oleh orang yang tinggal berdekatan dengan jalan-jalan tersebut. Upacara dijalankan supaya roh-roh sesat tidak akan mengganggu ketenteraman kawasan-kawasan tertentu terutama tempat yang dikatakan keras.
Perayaan Hantu Lapar di Malaysia dimodenkan dengan persembahan pentas seolah-olah konsert dengan sifat-sifat tersendiri dan berbeza daripada keraian Perayaan Hantu di negara lain. Pertunjukan pentas yang dikenali sebagai 'Koh-tai' oleh penutur bahasa Hokkien ini dipersembahkan oleh sekumpulan penyanyi, penari, dan penghibur di atas sebuah pentas sementara yang didirikan di kawasan perumahan adalah sumbangan dana daripada para penduduk.
Kupasan ini hanya dari kaca mata dan persepsi orang Cina sahaja dan terdapat banyak versi yang berbeza namun di sini saya berkongsi tradisi. Amalan tradisi turun temurun merayakan Perayaan Hantu Lapar adalah untuk mengingati yang telah meninggal dunia dan mengingatkan diri supaya sentiasa beramal untuk membantu yang memerlukan selagi masih bernafas di dunia ini.
Sedekah doa paling penting dan sedekah boleh diberi dalam pelbagai bentuk, bukan dari segi material sahaja. Paling penting ia datang dari kesucian hati. Salam Aidilfitri, Salam 1Hati.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120828/re_07/Menyelusuri-asal-usul-perayaan-Hantu-Lapar#ixzz2dDnpmB9R
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Post a Comment

  1. ooo.. baru mama tahu, ingatkan halau hantu tadi...

    ReplyDelete
  2. dpa dok bakar duit la bagai..cer bakar duit betul2..haha nangis dowg hehe

    ReplyDelete
  3. patutla balik perak aritu, tengok ada orang pacak colok bapak punye bsaq kat atas padang. Ingat nak buat semayang apa...ghuper2nye ini ye :)

    ReplyDelete
  4. kalau kat Sibu memang upacara ni dilakukan di mana2...bendera kecil dan makanan seperti buah akan diletakkan di bulatan jalan...malam pulak memang kaum cina kurang keluar bulan hantu lapar ni

    ReplyDelete
  5. orang cina byk kepercayaankn.. dari nenek moyang..

    ReplyDelete
  6. Bila ditranslatekan jadi perayaan hantu lapar lain macam pulak kan sebab dah biasa sebut Hungry Ghost Festival. Kepercayaan mereka dah jadi macam perayaan tapi sekarang ni. Makin meluas kakak tengok sampai tepi-tepi jalan pun banyak bendera-bendera kecik...

    ReplyDelete
  7. hantu lapar?..hormat jelah dengan kepercayaan diorang walaupun mengarut..

    ReplyDelete
  8. ooo...baru saya tahu..Patutlah kt depan ofis saya ni pun ada org pasang lilin siap taruk makanan lagi tu .... huhuhu..macam2lah diorang ni..betul2 mengarut, tp apa boleh buat itu kepercayaan mereka...kita hormat ajelah.

    ReplyDelete
  9. ouh.. nie kepercayaan dorang..

    ReplyDelete
  10. kawasan kedai area rumah kak lea ramai owner,cina.memang nampak diorang bakar itu ini.ada kawan buat lawak,agaknya kejadian yang kat genting hari tu,kan ramai mangsa cina.tu kerja hantu laparlah kot.nasib baik dia cakap slow...buatnya cina 2 lain dengar kan naya huhu..

    ReplyDelete
  11. Mmg boleh kata dlm setiap bulan Ogos sy nmpk perayaan ni.. ohh begitu kisahnya. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  12. patutlah aiza tengok ada jiran aiza orang cina yang buat.. aiza nak tanya dia segan pula.. nasib baik baca entri ni, baru aiza tahu..

    ReplyDelete
  13. erkkk...hu3 lgsung xpercaya =), rajin la diorg ni..mcm2 kepercayaan diorg ikut..xpnh pn sy thu psal ni sblum ni..

    ReplyDelete
  14. Saya google terjumpe artikel ni pun sebab nak tau lebih lanjut pasal sembahyang hantu... saya tanya kat opismate...tapi dia macam tanak cakap sangat pasal ni..tu yang saya google... good info!

    Walaupun bagi muslim macam merepek...tapi inikan pegangan penganut buddha... kita hormat saja. Diorang pun mungkin ada yg kata amalan agama Islam tu merepek....

    http://formulasihatcantik.blogspot.com

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top