23
Assalamualaikum
Alhamdulillah...Hari jumaat sudah..Bersua kita lagi di penghulu hari ini.Insyallah..

Terbaca tentang sesuatu artikel tentang pisang nie.Bukanlah tentang pisang yang hendak dikupasnya..Tetapi pengertian disebalik Pisang itu..Mungkin korang tak faham kalau korang tak baca sehingga habis entry ini.
By the way aku copy paste kisah ini untuk dijadikan teladan dan sempadan untuk kita bersama.
Tak salah untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat kan..Daripada berkongsi keaiban orang lain..
Nauzubillah..
Jom baca kisah ini
ihsan dari pakcik google


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.

*** so ,korang dah taukan cerita di sebalik pisang tersebut..aku cuba untuk tidak memendam rasa kebencian di dalam hati..aku berharap kebencian aku terhadap sesuatu itu cepat terpadam dalam hati kerana aku tau aku hanya insan yang lemah dan baik hati...hehehe...insyallah..

Post a Comment

  1. cukup memberi kesan bila membaca kisah ini.. seeloknya maafkanlah semua orang yang pernah kita benci..

    ReplyDelete
  2. betul tue tak pernah kan terfikir yg hati kita pun akan busuk bila simpan perasaan benci, thanks untuk perkongsian yang baik nie. Thanks juga sebab sudi singgah blog saya, sya pun dah beri satu klik..

    ReplyDelete
  3. Nasihat dan perumpamaan yg sgt sesuai dan terbaik utk semua. Mmg betul, kalau kita simpan dendam lama2, kelak kita juga akan nyesal. Bahkan kita takkan rasa selesa sepanjang tempoh dendam tuh. Memaafkan itu mmg payah tapi besar hikmahnya terutama dalam mententeramkan diri sndri.

    ReplyDelete
  4. n3 terbaik ni, nak ceritakan kat anak2 KA juga nanti, tq share yer

    ReplyDelete
  5. buat relaks je kak..nk benci pon xgune sbb xdapat ape..dapat dosa plus2 lagi..so better try to look cool and face it semua yg terjadi.

    ReplyDelete
  6. memberi kesan kepada nad. terima kasih share :)

    ReplyDelete
  7. huuu kan..kite ni kena banyak muhasabah..jgn pikir hati benci kita je

    ReplyDelete
  8. terima kasih informasi nie sgt berguna...:)

    ReplyDelete
  9. terkesann.. boleh cerita kt syukrii bila dia dah besar sikit nanti.. :)

    ReplyDelete
  10. bagus juga ye cara cikgu maryam tu. nak praktikkan kat anak2 nanti (lama lagi) kalo mereka berkelahi hehe.

    ReplyDelete
  11. Bagus kisah ini, memberi pengajaran yg jelas...Kalau pisang tukar kepada ikan lagi power kot, hehe

    ReplyDelete
  12. Waahh best sgt citer ni..memberi pengajaran berguna kpada kita semua agar jgn berdendam..

    ReplyDelete
  13. penceritaan yang bagus, cukup terkesan... moral of the story, jangan jadi pendendam, takde faedahnya pun...

    ReplyDelete
  14. nice story...pengajaran yg dapat diambik banyak....

    ReplyDelete
  15. Thanks aida..simple ceritanya tapi kesannya..dalam..mintak dijauhkan..tapi kita ni manusia ada je cabaran dia kan..

    ReplyDelete
  16. bgs la story nie..bimbingan secara halus dan berkesan..

    ReplyDelete
  17. Menarik entri ni.. Pendekatan yang digunakan oleh cikgu Maryam tu bagus dipraktikkan untuk setiap2 kanak2 di sekolah.. Supaya dari kecil lagi mereka dididik supaya menghindari perasaan benci, iri hati dsb.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  18. pengajaran yg senang difahami :)

    http://sallysamsaiman.blogspot.com/2013/08/blessing-friday-cnblue-school.html

    ReplyDelete
  19. Sungguh ilmiah.. perkongsian yg sgt baik. Thanks sharing ye :)

    ReplyDelete
  20. inshaa'Allah kak =) perkongsian yg cukup bermakna..besar pgajaran yg sy dpt..kalau kita simpan dn pndam je..mgkin kita akan jtuh skit nnti..

    ReplyDelete
  21. kisahyang byk pengajaran . boleh laa nk test game ni dgn anak murid lak XD

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top