13
Assalamualaikum

Cerita nie memang aku copy paste dari facebook.Tujuan aku copy paste artikel nie,adalah kerana aku ingin mengingatkan diri sendiri dan juga untuk bacaan mereka yang ingin aku kongsi.

Betapa jauhnya iman hamba allah ini sehingga sanggup mendoakan yang terbaik untuk lelaki yang menembaknya.Jom  baca sama-sama

Ada satu kisah menarik yang dikongsikan oleh Habib Syech ketika saya berpeluang duduk dengan Habib baru-baru ini selepas habis majlis iftar & qasidah burdah bersama kami. 

Beliau berkongsi tentang seorang habib (saya tidak ingat namanya) di Indonesia satu masa dahulu telah ditembak oleh seorang penjahat. Peluru tersebut terkena ke dadanya dan beliau berjaya lari pulang ke rumah. Sampai sahaja dirumah di dalam keadaan berlumuran darah, anak muridnya melihatnya terus menyambutnya dan cuba menyelamatkannya serta marah-marah kerana penjahat mana yang berani menembak guru mereka.

Ketika Habib masih antara sedar dengan tidak serta di dalam kesakitan, beliau menjerit "Ya Allah, Kau ampunilah orang yang menembak aku ini samada aku hidup atau mati Ya Allah! Masukkanlah dia ke dalam syurgaMu dan tempatkanlah dia di sisi Rasulullah saw"

Anak murid belai semuanya jadi "kaget" & "penasaran"..... Penjahat tu dahlah berani menembak habib mereka tetapi habib mereka siap maafkan penjahat tersebut dan mohon keampunan untuk penjahat tersebut serta diminta bukan sahaja masuk syurga tetapi ditempatkan di sisi Rasulullah saw??? Gila apa ini? Kata anak murid Habib.

Belum sempat ditanya kepada Habib kenapa doanya begitu, Habib pun pengsan. Alhamdulilah Habib berjaya dirawat dan diselamatkan serta kembali sihat. Tidak lama selepas itu, beliau ditanya oleh anak muridnya, kenapa doanya begitu untuk penjahat tersebut, adakah kerana Habib kenal penjahat tersebut.

Habib tersebut jawab, beliau pun tidak mengenali penjahat tersebut kerana di dalam gelap malam beliau cuba dirompak, tapi yang pastinya beliau tidak rela seorang umat Muhammad bertambah ke dalam neraka kerana kesilapan mereka dan beliau nampak ianya peluang untuk beliau memohon rahmat Allah swt dan syafaat Rasul untuk menambah seorang ahli syurga kerana doa beliau sebagai orang yang teraniaya adalah makbul. Dan beliau juga berharap itu akan membuatkan Rasulullah saw suka dan gembira kasih kepada beliau dan mudah-mudahan berkat apa yang dibuatnya ini, beliau akan mendapat tempat lebih baik di sisi Rasulullah saw.

Habis Habib Syech Assegaff bercerita, saya pun terdiam dan berfikir. Ya Allah, jauhnya iman aku dibandingkan dengan mereka ini, mudah-mudahan kau jadikanlah kami semua mempunyai iman yang lebih bagus seperti mereka atau lebih baik lagi kecintaan kepada Rasulullah saw. 


Sumber :Facebook

Post a Comment

  1. Ermmm..kita manusia biasa yang sering melakukan kesilapan didunia nie

    ReplyDelete
  2. Terkesima seketika buat kakak merenung diri kakak ni Eda. Rasanya tak termampu nak melakukan seluhur habib itu...

    ReplyDelete
  3. ermmm...insaf di pagi hari... thanx tuk perkongsian ni..(@_@)

    ReplyDelete
  4. boleh muhasabah diri sendiri nih tapi rasanya diri sendiri tak semulia dia..

    ReplyDelete
  5. jom la kak kite muhasabah kn diri.

    ReplyDelete
  6. Menarik.
    Ambil pengajaran dari kisah ni.

    ReplyDelete
  7. bagusnya habib tu, tak pernah terfikir macam tu.. muhasabah sekejap.

    ReplyDelete
  8. perkongsian kisah untuk muhasabah diri kita bersama..

    ReplyDelete
  9. Thanks aida. Jauhnya peribadi Habib tu dengan kita..In Shaa ALLAH terus belajar dan muhasabah diri..

    ReplyDelete
  10. menarik..1 pgajaran yg berguna...mndoakn kebaikn bt org lain..pasti dibalas baik oleh Allah.. =)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top