10
Assalamualaikum

Dah bermacam-macam spekulasi kita dengar tentang kisah ADI PUTRA nie..Nama yang makin lama makin melonjak naik nie.
Pelbagai rumusan yang dibuat oleh mereka di luar sana..Apa pun Kalau perkara ini tidak benar,Mungkin Allah ingin menduga Hambanya,Bermuhasabah diri dengan kejadian yang menimpa.Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya.


Dan kalau benar segala spekulasi itu hanyalah sekadar gosip,harap ADI Putra tabah menghadapi dugaan itu.Dan kalau benar kejadian itu,cubalah cari jalan penyelesaian yang terbaik kerana anda adalah public figure.Semua gerak geri dan apa yang anda buat adalah menjadi tumpuan..

Skandal Mesej Lucah: Adi Putra Bakal Berdepan Hukuman 5 Tahun

Laporan Harian Metro menyebut, pelakon popular tanah air bakal berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika siasatan mendapati dia bersalah terhadap dakwaan menghantar gambar alat sulitnya melalui aplikasi Whats App Mesengger (WhatsApp) kepada seorang wanita berstatus isteri orang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asissten Komisioner Ruslan Hassan berkata siasatan kes itu mengikut seksyen 509. Kanun Keseksaan. Bagaimanapun semua hanya boleh ditentukan mahkamah.
“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan juga masih belum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya”, katanya.

Pada masa sama Ruslan berkata pihaknya masih menunggu laporan analisis yang dibuat terhadap telefon bimbit milik wanita lingkungan 30-an terbabit.
“Telefon bimbit itu disita sebelum dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis bagi membantu siasatan kes ini. Kami masih menunggu hasil analisis berkenaan bagi proses selanjutnya.

Berdasarkan satu laporan polis seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita terbabit, pelakon itu kononnya di dakwa menghanar gambar berkenaan melalu WhatsApp kepada isteri pengadu.

Pengadu yang juga ahli perniagaan berusia 56 tahun mendakwa pelakon ini berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.
Suami wanita itu dikatak menemui perbualan pelakon berkenaan dengan isterinya selalin gambar terbabit sebelum melaporkannya di balai Polis Skudai. Manakala si pelakon pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa dia diugut seseorang.

Korang nak baca lebih lanjut cer klik link nie Cari





Post a Comment

  1. Bersangka baik sajalah kerana hanya orang yg terlibat dan Allah SWT sahaja yg tahu kebenarannya.

    ReplyDelete
  2. sian pulak kat adi putra.. x th cerita mn yg betul.. fiza mmg peminat mamat nie..>_<

    ReplyDelete
  3. Susah nak komen aida..nampak macam baik aje..and kita suka jugak dia berlakon..cuma bila jadi macam ni..rasa lain macam pulak..he..he

    ReplyDelete
  4. Allah dan mereka yang terlibat je yang tau cerita sebenarnya...tak habis2 kecohnya dunia artis..

    ReplyDelete
  5. ishhh macam-macam sekarang nie,, :(

    ReplyDelete
  6. mintak dijauhkan dari perkara yg tak elok.

    ReplyDelete
  7. mcm2 skrg ni..kalau bnda 2 xbtol..kcian la kt Adi Putra..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top