39
Assalamualaikum

Semalam sempat buatkan En.Husband kek kukus...Tak ler pandai sangat buat kek nie..

Tapi semalam bila godeh2 si google nie,ternampak la resepi yang ckup simple..Ini kali ke 3 aku buat kek kukus nie..tapi lebih simple kot...
Resepi kek Coklat kukus
saja-saja siram coklat denga bintang2 kat atas kek nie..nampak berseri sikit..

resepi untuk kek Coklat Kukus nie seperti di bawah ye adik-adik

Bahan A
  • 1 Cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 Cawan susu pekat
  • 1 Cawan minyak masak (xkisahlah minyak masak brand ape)
  • 1 Cawan gula (boleh kurangkan skit la..takut termanis sangat pulak kan..)
Bahan B
  • 11/4 cawan tepung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bikarbonat
Bahan C
  • 3 Biji telur korang blend jerk..
Cara-caranya mudah jerk
  • Bahan A tu korang masukkan ke dalam periuk dan korang panaskan dengan api yang sederhana. dan kacau perlahan ye, jangan biarkan dia berketul2 occay..gaul sampai sebati dan takde kesan-kesan gumpalan koko tu ye.
  • kemudian korang masukkan bahan B dalam periuk dan korang kacau dengan api yang sederhana jerk..
  • Masukkan bahan C iaitu telur yang korang dah blend tadi..gaul semua bahan tadi.sambil korang buat tu,korang panaskan lah kukus kat sebelah tu..dan sediakan loyang yang sederhana besar...muat2 untuk kek tu nanti..
  • Lepas korang tengok adunan tu sebati dan tidak berketul,korang tapis masuk ke dlam loyang..of course kena tapis sebab takut ada yang berketul-ketul masuk dalam loyang tu,tak cantik pulak..
  • Last korang kukus selama 1 jam..nak pastikan kek tu dah masak ke belum,korang cucuk ler dengan lidi.Kalau lidi tu keluar tanpa ada sebarang lekitan kat lidi tu,maknanya dah masak la kek korang tu ye..
Last sekali untuk topping dia..(terpulang kat korang nak letak ke tidak...)

Bahan-bahan untuk topping

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
Masukkan dalam periuk,kacau dan biarkan likat sikit..pastu korang boleh curah kat atas kek kukus korang tu..nak sedap lagi dan cantik lagi menarik,korang taburlah coklat rice or bijik-bijik kecil macam kek aku tu.


Simple kan...so kalau aku boleh buat..korang pun boleh buat jugak.sebab aku kalau bab2 buat kuih nie memang failed..
Cik TB kata sedap...hahahahaha..


aku nak creditkan untuk blog Husna sebab aku amik resepi nie dari dia...

Post a Comment

  1. First time tau ttg kek kukus coklat ni.. tngok sedap je..

    ReplyDelete
  2. sedapnya..sangat cantik la hehe

    ReplyDelete
  3. cx da lama tak buat :) hihi cx pon ade update entry psl moist choc cake :) hihi http://cxopportunities.blogspot.com/2013/02/moist-choc-cake-cx-jual-ke.html

    ReplyDelete
  4. aduhhh..meleleh nampaknya kak..telan air liur dah ni..

    ReplyDelete
  5. pergh mmg sedap TB da bertambah2 mkn..kak nnti ade lg bawak lg tau hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. TB paling untung sebab selalu dapat rasa apa yang akak masak kan...kan..

      Delete
  6. adehhh tetiba kenit mengidam plak...tetiba nak kak aida buatkan tuk kenit plak hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh,...jangan jangan...tak dapek nak tolong...

      Delete
  7. sedap ni.. Ros kalau coklat ni memang suka :)

    ReplyDelete
  8. aduyaii...terliur tgk..nak kene try sndrik lat umah ni..hehe..mintak izin nak cilok resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila-sila...benda yang baik...tak kisah nak ambil pun..hehehehe..

      Delete
  9. Replies
    1. amat mudah..lelaki pun boleh cuba buat untuk isteri atau gf tersayang...baru gempak...

      Delete
  10. Assalammualaikum...kisahdairy,

    kek koko berbintang2... nampak sedap lah...

    mselim3 ..yum..yum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..sebab tak jumpa choc rice..terpaksa guna bintang2 tu

      Delete
  11. wah.. nampak sedap tu kak.. aiza pernah cuba buat tapi tak menajadi gebu.. lepas ni nak cuba buat guna resipi kak pula la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gebu sangat pun tak sedap jugak..biar biasa2 dah padat...baru sedap kan...boleh try lagi

      Delete
  12. adoi kak, sedapnya la hai.. meronta nak buat.. mama bookmark dulu.. wajib cuba..

    ReplyDelete
  13. Wahh, terliur pulak nengoknya. Boleh try nanti, thanks for sharing. :)

    ReplyDelete
  14. Memang nampk sgt menarik.. nnti nak try buat jugak la.. =D

    ReplyDelete
  15. confirm sdap kak =) sbb sy pnh mkan he3

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top