photo BANNER_zpswdsz5amr.jpg
728 x 90

Facebook

Penceraian : Perlukah ianya berlaku

19:30 Siti Rohaida Yusof 20 Comments

Assalamualaikum

Apa itu Penceraian
Dalam syariah cerai atau talak adalah melepaskan ikatan perkawinan (Arab, اسم لحل قيد النكاح) atau putusnya hubungan perkawinan antara suami dan istri dalam waktu tertentu atau selamanya.

DALIL DASAR HUKUM PERCERAIAN TALAK

- QS Al-Baqarah 2:229
الطَّلاقُ مَرَّتَانِ فَإِمْزَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ وَلا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئاً إِلاّض أَنْ يَخَافَا أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلا تَعْتَدُوهَا وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ


Artinya: Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu khawatir bahwa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim.


Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talakfasakh dan khuluk atau tebus talak.

Entry ini tidak ada kena mengena dalam hubungan aku suami isteri.Mintak dijauhkan sekali..Ia terjadi kepada seseorang yang sangat akrab dengan aku..hari ni dia akan memfailkan cerai di mahkamah...Memang aku tidak setuju dengan rancangan nya itu..Tapi aku hanya boleh menasihati mereka.untuk masuk campur urusan mereka,mungkin tidak..Aku berharap agar keputusan yang dibuat mereka itu tidak mengecewakan.
Bila didalam perkahwinan tidak boleh lagi untuk bertolak ansur.keegoan masing-masing dipertahankan,maka berlakulah penceraian..

Moga selepas ini,mereka bijak untuk mengatur tentang kehidupan masing-masing agar tidak memberi efek kepada anak mereka..

Aku terbaca entry tentang 7 faktor kegagalan rumahtangga..

Kegagalan Memikul Tanggungjawab
Sama ada suami atau isteri, masing-masing mempunyai tanggungjawab bersama dan perlukan persefahaman. Jangan mempertikaikan tanggungjawab pasangan kerana setiap manusia mempunyai kekurangan diri masing-masing. Eloklah memperbaik diri dan memandang ke arah lebih positif. Namun tidak salah mengambil kira nilai negatif agar ada perubahan yang lebih baik.
2. Asas Agama Yang Rendah
Salah satunya ialah tahap kesabaran dan iman yang kuat. Pasangan perlu mempunyai pegangan agama yang tinggi. Hal ini berlaku kerana asas agama yang rendah boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat. Ia sekaligus dapat dipengaruhi oleh hasutan yang bakal meruntuhkan rumahtangga.
3. Campur Tangan Pihak Ketiga
Masalah akan menjadi bertambah rumit jika ada campur tangan daripada pihak ketiga. Tidak kiralah daripada sebelah pihak lelaki atau perempuan. Di sini suami perlu bijak mempertahankan hak rumahtangga agar tiada sesiapa berani mengeruhkan lagi keadaan.
4. Perbezaan Budaya
Ini terjadi kepada pasangan yang berbeza budaya dan agama. Pasangan sukar menerima perubahan yang mendadak terhadap rutin harian ke atas dirinya. Ia sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada individu yang mengalaminya. Tambahan pula kurang sokongan mental daripada pasangan.
5. Masalah Seksual
Mempunyai masalah terhadap hubungan intim antara suami dan isteri. Gangguan persekitaran atau ada masalah kesihatan yang boleh mengganggu keinginan untuk bersama pasangan. Pasangan perlu bersikap terbuka dalam membincangkan masalah seksual yang dialami. Sekali-sekala luangkan masa dan jauhkan daripada sebarang gangguan untuk menikmati masa bersama yang berkualiti.
6. Kewangan
Sumber kewangan yang kukuh boleh mempengaruhi kesejahteraan hidup berumahtangga. Menghadapi masalah kewangan juga boleh menjadi punca penceraian kerana pasangan tidak mampu menanggung perbelanjaan keluarga. Ini biasanya dialami oleh suami yang tidak dapat menyediakan segala keperluan serta perbelanjaan yang secukupnya. Kemungkinan berlaku jika suami tidak bekerja atau berpendapatan kurang daripada isteri.
7. Kerjaya
Perbezaan bidang kerja antara suami dan isteri dapat menjarakkan hubungan. Kesibukan dengan tugas masing-masing membataskan kemesraan antara pasangan. Kemungkinan juga suami tidak memahami bidang tugasan si isteri begitu juga sebaliknya. Pertikaian sering berlaku kerana rasa tidak puas hati dengan pasangan masing-masing.
credit : sini
** apa pun aku harap mereka melakukan yang terbaik untuk masa depan mereka..Aku hanya mampu berdoa moga mereka bahagia dengan kehidupan masing-masing...Semuanya adalah ketentuan Allah..

20 comments:

  1. mohon untuk dijauhkan.. kalau boleh perkahwinan yang dibina kekal selamanya.. in shaa allah...

    ReplyDelete
  2. rumahtangga ni, kalau tak betul nakhoda yang mengemudi kapal... hanyut kak... oleh itu, marilah sesama kita menjalankan tanggungjawab kita dan menjaga kesejahteraan bersama... together gether..

    ReplyDelete
  3. perkara-perkara macam ni la yang buat saya takut nak kahwin kak

    ReplyDelete
  4. Ika takde pengalaman berumahtangga t&pi pada ika, kalau masalah tersebut masih boleh diselesaikan dengan cara baik, rasanya tak perlu laa bercerai. Kena fikir juga kesan jangka panjang untuk anak-anak, ika ada ramai kawan yang ibu bapanya bercerai, ended up anak2 tu jadi kurang kasih sayang, kuat memberontak, pendiam dan sebagainya. Ada juga yang ok ok, tak dinafikan, tapi kalau boleh minta dijauhkan laa isu penceraian ni kan.

    ReplyDelete
  5. betul tu kak.. kalau bercerai kasihan anak-anak yang jadi mangsa.. semoga rumah tangga yang dibina diberkati Allah selalu dan kekal hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  6. Harap2 saya takkan lalui fasa ni kelak :)

    ReplyDelete
  7. mohon dijauhkan dengan benda cmni
    huhu
    moga rumahtangga kita semua hingga ke syurga

    ReplyDelete
  8. perkongsian yg baik kak..hm rsanya kalau manusia ni pgg pd iman yg kuat..bnda2 cmni xterjdi dan xde pn alasan akan keluar

    ReplyDelete
  9. kalau boleh jgn lah bercerai.. kesian anak2

    ReplyDelete
  10. Mohon petunjuk dari Allah. Semoga dijauhkan..

    ReplyDelete
  11. jangan bercerai , berdosa .NIKAH LAGI SATU, SELESAI MASALAH

    ReplyDelete
  12. Antara perkara yang perlu kita elakkan dan ianya sangat tidak di sukai Allah iaitu penceraian :)

    ReplyDelete
  13. Setiap perkahwinan pasti dapat dipertahankan jika ada persefahaman..benar Ain Diyana..kerana kasihan dan demi ank2 terpaksa berkorban walaupun hidup tak seindah mimpi..memohon pada Allah swt spya dikuatkan iman dan dipermudahkan segalanya demi ank2...

    ReplyDelete
  14. Walaupun sebelum ini saya agak kurang bersetuju dengan isu nie...
    tapi setelah mengkaji blog awak terutamanya pos nie..
    saya semakin yakin... idea awak ada benarnya... terima kasih...


    Take a look at my blog post; Rahsia Hebat Diranjang

    ReplyDelete
  15. Doa banyak banyak supaya dijauhkan.. sebab setiap pasangan kita adalah yg Allah aturkan, pastilah yang TERBAIK untuk kita.

    ReplyDelete
  16. Kawin lagi satu adalah punca penceraian dan murtad. Perempuan yang pakai akal susah nak kawin zaman sekarang ni sebab kita tak boleh terima kongsi alat sulit. Eeeee....jijik!!

    ReplyDelete
  17. @Iqbal Ilman Kawal nafsu bukan untuk perempuan saja. Kita pun ada rasa sama juga. Kalau saya laki nak kawin lain, saya bagi tetapi saya harus diceraikan lah. Kalau tak bagi juga saya mintak fasakh..kalau tak dapat juga saya akan murtad. Sorry lah saya nak kongsi kongsi alat sulit..kongsi baju pun tak sanggup. Lelaki mcm kau ada lah iblis laknatullah. Nafsu lebih pada akal dan kesabaran.

    ReplyDelete
  18. Masalah perceraian biasanya diterajui oleh dua masalah utama, WANG dan SEK*..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai