Tuesday, December 31, 2013

Hari Terakhir di Tahun 2013

Tuesday, December 31, 2013 21 Comments
Assalamualaikum

Happy New Year!
sumber :google


Hari nie adalah hari terakhir kita di tahun 2013.. Segala kenangan pahit dan manis di tahun 2013 akan dikenang di tahun hadapan..

2013 meninggalkan segala suka dan duka kehidupan kita.Segala azam telahpun tertunai untuk tahun 2013 nie.Mungkin ada juga yang belum terlaksana...
Aku seperti biasa azam tahun nie,Alhamdulillah tercapai...Cuma impian untuk mendapatkan sesuatu itu masih samar-samar..Insyallah. Dengan izin Allah,Impian aku akan tercapai tahun hadapan...

Ada yang cuti ke esok? sempena menyambut kedatangan 2014 nie? Aku esok bekerja..Company tak ambil pun cuti awal tahun..So,kerja la...

Kepada mereka yang bercuti esok,selamat  bercuti...

Hari nie dah boleh buat azam baru untuk tahun 2014...Apa azam korang...cer cite sikit...boleh share kat sini..


Monday, December 30, 2013

Review Produk : HER HYGIENE CLEANSER

Monday, December 30, 2013 17 Comments
Assalamualaikum

Hari nie aku nak ambil kesempatan untuk up satu entry tentang produk yang aku dapat dari Hishop.
Ramai wanita yang kadang kadang mempunyai masalah dengan Miss V nie..
Kekadang mereka tercari cari produk yang terbaik khusus untuk Miss V mereka nie..Kadang kala juga kita mempunyai masalah dengan ketiak dan kaki yang berbau ...

Segala masalah di atas boleh di atasi dengan penggunaan HER HYGIENE CLEANSER nie.
Ianya sesuai untuk peringkat umur.Di formulakan dari tumbuh tumbuhan.Tanpa bahan kimia seperti SLS,SLES,Paraben dan bahan pengawet.Ia juga membunuh bakteria yang tidak baik.HER HYGIENE CLEANSER  boleh mengekalkan persekitaran dan pertumbuhan kuman yang baik dan mengihilangkan bau busuk serta meninggalkan haruman yang wangi dan menyegarkan selepas pembersihan pada Miss V dan juga Ketiak.

Apa yang aku suka tentang nie adalah ia melegakan kegatalan dan bersifat berangin/sejuk..memang puas hati memakainnya..Aku amat mengsyorkan pada wanita-wanita di sana untuk mencuba ini.
Untuk korang yang ingin mendapatkan produk nie.Boleh la klik  sini >HER HYGIENE CLEANSER

produk ini berharga RM 69.00 (200ml)
Promosi sekarang beli 2 percuma 1..



Bahan Semulajadi 
Deionised water,Lauryl Glucoside, Peg-150 Disterate,Sodium Myreth Sulfate,Cocoamidopropyl Betaine,Lactic Acid,Ppg-1 Trideceth-13,Diazolidiny Urea,Eucalyptus Oil, Aloe Vera Extract,Menthol CI 16035.

Sesuai untuk

  • Ketiak
  • Kaki
  • Belakang bahu
  • Miss V(lelaki/Perempuan)
Dan ia tidak sesuai untuk digunakan pada muka..

Cara menggunakannya
  • Basahkan Badan
  • Picitkan pencuci di tangan
  • Sapu di sekeliling Miss V
  • Bilas dengan Air
Mencuci semasa mandian










‘Like’ us on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy

Follow us on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my

Subscribe to HiShop for exclusive updates: http://www.hishop.my/subscribe


Entry Warm Up!!

Monday, December 30, 2013 18 Comments
Assalamualaikum

Rasanya dah 3 hari tak online..Tak up entry dan terpaksa abaikan blog untuk masa yang lama la jugak..
Start dari hari jumaat aku bercuti..Keadaan badan yang tidak menentu...Itu yang membuatkan aku bercuti..Di tambah pula dengan MIL yang kurang sihat...

Memang seronok bila bercuti nie,tapi kalau keadaan fizikal dan mental sihat...Kalau mental dan fizikal tak sihat..memang melepek ajelah kat rumah.. Emmm...barulah faham dan rasa macam mana orang  mengandung nie..
Semuanya serba tak kena...Nak tidur malam pun susah...Tapi itulah moment yang paling indah bila suatu hari nanti kita kenang,apabila melihat anak-anak yang dilahirkan membesar..

Entry nie hanya untuk refreshkan minda supaya lebih sihat..Datang kerja check emel yang berlambak-lambak...Nak delete mana yang perlu.. nak settlekan dokumen-dokumen yang pending..Semua nak kena buat dulu pepagi nie.Walaupun kurang berselera pagi nie..Dan rasa macam senoneng kepala nie.Terpaksalah juga menggagahinya...
sumber : google

Tunggu next entry petang sikit ye..

Salam isnin...

Thursday, December 26, 2013

Hadiah Ephyra Sudah Dapat

Thursday, December 26, 2013 40 Comments
Assalamualaikum

Hadiah yang ditunggu-tunggu dah sampai..Alhamdulillah..Sebenarnya teruja sangat nak mencuba produk nie..yelah...Kalau nak beli confirm la mahal kan..At least dapat yang trial oklah..nanti bila dah tengok keberkesanannya,barulah tak rugi untuk membeli..betul tak..


Hadiah nie dapat masa menang Contest Ephyra..

aku dapat 30 sachet ephyra...Terpilih 10 pemenang yang diorang pilih...alhamdulillah


Tapi
v
v
v
v
v
v
Confirmlah aku tak boleh nak mencuba lagi sebabnya,orang pregnant tak di galakkan untuk ambil kan...Demi kebaikkan baby kat dalam nie,Aku simpan dulu..sayang nak bagi orang...nak dapatkan payah pulak kan...hihihihi...teruk ke aku nie,.,,hoh...harap tidaklah kan..

Keterujaan aku untuk mencuba produk nie adalah kerana testimoni2 yang berjaya untuk membuat kulit wajah lebih baik...Aku bukannya nak try sebab bertukar jadi princess,cukuplah sekadar nak hapuskan bekas-bekas jerawat ratakan kulit muka nie...hehehe...






Di sebabkan testimoni-testimoni ni lah aku teringin nak mencubanya...hehehe..
Tapi terpaksa berkorban...Menunggu hujung tahun depan baru boleh try...wah..lamanya tu..boleh simpan lama ke nie...huhu...



Hari Terakhir Percutian Panjang

Thursday, December 26, 2013 24 Comments
Assalamualaikum


Tajuk entry nie,bukan kerana aku sedang bercuti.tetapi pada mereka -mereka yang menghabiskan baki cuti tahunan..Mungkin masa nie masa yang sesuai untuk menhabiskan cuti tahun..Yelah Kadang-kadang tak boleh nak "Bring forward" cuti -cuti nie..jadi terpaksalah menghabiskan baki cuti tu..

Tapi bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak,pastinya masa nie adalah masa yang sesuai untuk mempersiapkan kelengkapan sekolah anak-anak yang bakal tiba sikit hari lagi..Rasanya lagi seminggu je anak-anak nak naik sekolah..

Di mana-mana pergi pun ramai orang,macam semalam,walau ada yang cuti satu hari pun ,di kompleks membeli belah di penuhi orang ramai..Tempat yang paling ramai orang of course lah kedai-kedai atau pasaraya yang membekalkan alat keperluan sekolah kan..

Seronok juga tengok..Pelbagai ragam dan aksi kanak-kanak memilih baju,kasut dan beg sekolah mereka kan..Anak-anak yang dah ke sekolah menengah selalunya demanding sikit memilih dan membeli alatan sekolah mereka...Siapa setuju apa yang aku kata nie.Bercakap dari pengalaman....confirm la kan..

Percutian aku??? emmm...rasanya tak kemana...Cuti pun takde...mybe adalah dalam 1 je annual leave..Tu pun sekejap je dah habis...Biasalah,company nie...

Pada mereka yang sdang bercuti,selamat bercuti,yang bekerja selamat bekerja...Sejak dah berbadan dua nie,paling malas nak pi kerja...



Wednesday, December 25, 2013

Tuesday, December 24, 2013

Dia Yang Memahami

Tuesday, December 24, 2013 23 Comments
Assalamualaikum


Minat yang sama dengan pasangan merupakan sesuatu yang menarik..betul tak...macam lah aku yang meminati gadget dan IT nie..walaupun tak semua perkara tentang IT nie aku tahu,At least aku banyak belajar dari En.hsuband..

Bersyukur kerana mendapat jodoh yang mempunyai minat yang sama...Selalu memberi dorongan kepada wife dia..yelah..Dia tau yang minat wife dia adalah berblog..Of courselah bila ada Jualan yang melibatkan gadget nie dia lebih suka..lagi la Jualan Akhir tahun..Mestilah mereka menawarkan Jualan smartphone dan Jualan tentang IT nie lebih murah dan mampu untuk semua orang memilikinya kan..

Macam tahun lepas,Aku dapat membeli Tablet samsung dengan harga murah sempena harga Jualan akhir tahun..Bila dah ada tablet nie,senang sikit aku nak up entry bila bila masa dan di mana sahaja..
sumber: google

Tak payah la nak bawak lappy ke sana sini untuk aku update entry kan..Tablet nie senang sikit...Ringan dan mudah untuk dibawa..

Bersyukur sebab ada seseorang yang memahami untuk aku terus berblogging...Thanks to you En.Husband..





Monday, December 23, 2013

Mood BerBlogging Dah Hilang???

Monday, December 23, 2013 33 Comments
Assalamualaikum

Ku gagahi juga menaip entry walau beberapa perenggan,..

Mood untuk menaip entry dah hilang..Blogwalking pun dah takde...Apatah lagi nak check emel dan blog.
Status kat blog pun dah malas...

sumber


Ni semua kerja orang dalam yang nak duduk selesa dalam perut ibu dia..
sumber:emoticon

Tunggu mood dalam keadaan selesa baru boleh blogwalking...Semua dah tak kena...nak cari posisi untuk duduk dengan betull..Mengah rasanya..

Sunday, December 22, 2013

Saturday, December 21, 2013

Maaf Boss!! Saya Bercuti.

Saturday, December 21, 2013 18 Comments

Assalamualaikum

Lambat bersiaran hari ni.Hari nie tak kerja.Dari semalam kereta buat hal.Tu mesti kes tuari langgar lubang.Dah nak kena tukar tayar kereta.Mybe tayar kereta dah bengkak.Lagipun dah lama tak tukar.Last tukar pun rasanya tahun lepas.second hand pulak tu.Ni tukar tayar baru.Puas hati dan terjamin.Walaupun terasa melayangnya duit, Tapi demi keselamatan.kena tukarj uga.

Mood nak datang kerja pun hari ni kurang, so kira cutilah hari nie...yahoooo....habislah leave kena tolak..Dah takde dah balance utk annual leave.Confirm sekali lagi cuti terpaksa potong gaji.

Tak dapat nak blogwalking hari ni sebab banyak benda kena  settlekan.Plus kadar kesihatan kurang memuaskan lately nie.Tekak asyik terasa payau je.Pening pening lalat.. APAKAH?????????
Masih didalam tanda tanya.Sebenarnya mengharapkan sesuatu yang baik...AMIN!!!!!!

Doakan ye...oklah..ada masa up entry lagi..

Friday, December 20, 2013

Menunggu Jawapan yang Tak pasti

Friday, December 20, 2013 53 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah....kenyang sudah...baru hari nie keluar lunch...Selalunya jumaat baru dapat makan luar..hari biasa jarang nak keluar...hehehe...memang dah lama tak keluar pun..Aku pun tak pasti kenapa hari jumaat baru kitorang nie nak keluar makan..Padahal waktu rehat takde bezanya..Bezanya pada kaum adam jelah..
Mereka boleh masuk pukul 3 petang..Tapi..itupun kena tolak gaji..Siapa yang taknak kena tolak gaji,kenalah masuk seawal yang mungkin...

Walaupun hari nie kepala tingtong,aku gagahi jugak keluar sebab dari pagi memang tak makan,tipu....bukan tak makan terus,adalah makan biskut cecah air nescafe...Kira untuk alas perut je..Memang ikutkan hati tak nak keluar,Tapi dah lapar...Memang rasa macam tak confident nak drive,Tetapi ku gagahkan juga drive...Sebab ada officemate yang tak ikut..Tu yang kena drive..Yang sorang nie mmg ler tak boleh nak bawak  kereta...

Start tahun hadapan dah start cuti jumaat sabtu..Tapi itu hanyalah untuk orang gomen je..Tapi bukan orang swasta macam kami ni..Company nie mana nak ikut..Banyak sangat songeh dan alasan yang rasa tak boleh masuk akal..Tak tahulah macam mana kalau nak balik kampung nanti..En.Husband confirm lah ahad kena kerja..Berlainan cuti dengan wife nie memang lah susah kan..
Hari tu staff company aku minta jasa baik dari company menukar hari cuti kami pada hari sabtu dan Ahad.Maksudnya hari sabtu kami tak bekerja..Hari biasa di panjangkan lagi setengah jam untuk cover hari sabtu bercuti..Tapi macam tak confident je diorang akan terima...Hmmmmmmm...Payah la macam nie.
ihsan :google
Apa agaknya jawapan diorang pada permintaan kami tu yerk...Tengah menunggu dengan kesabaran nie..Rasa nak protes je ramai-ramai...Dah la takde kenaikan gaji tahun nie..Boss asyik tukar2 kereta jerk..
Kitorang nie nak tukar baju pun payah..

Menunggu jawapan yang tak pasti..

Thursday, December 19, 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com

Thursday, December 19, 2013 45 Comments
Assalamualaikum


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Puting Beliung melanda Johor Bahru Petang Semalam

Thursday, December 19, 2013 18 Comments
Assalamualaikum

Aku tak pasti ini kali keberapa puting beliung melanda Johor bahru.Semalam petang juga warga Johor telah menyaksikan keadaan itu di sekitar bandaraya Johor..

Fenomena ini haruslah menakutkan untuk warga Johor..Risau perkara yang tidak diingini berlaku.Tetapi dikatakan pembentukkan Puting Beliung itu tidaklah lengkap kerana tidak mencecah ke bumi...Alhamdulillah...Yelah korang bayangkanlah kalau Puting beliung tu cecah bumi,pastinya banyak benda awam serta orang awam tercedera kan...nauzubillah..

Beberapa gambar telah diambil orang awam untuk dikongsi di facebook .
gambar yang dikongsikan di Facebook oleh persatuan bangsa johor

credit to : tengoktvonline

Harap tiada perkara buruk yang berlaku di Johor,insyallah..Hujan dah mula turun sejak petang semalam beserta angin yang kuat..Mungkinkah ada gelombang kedua nanti?
Sama-samalah kita berdoa semoga kita sentiasa di dalam lindungannya...


Wednesday, December 18, 2013

Tuesday, December 17, 2013

Azean irdawati -perginya seorang seniwati

Tuesday, December 17, 2013 14 Comments

Assalamualaikum

Dikejutkan dengan  berita kematian seorang seniwati berbakat iaitu Azean Irdawaty hari ni amat terkesan di hati peminat dan keluarga.
Azean Irdawaty , 63 tahun telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 7.29 malam tadi di Hospital Universiti, Petaling jaya.

Allahyarhamah Sebelum ini menghidap tumor dan lympadhema selama 5 tahun.
Aku memang suka watak watak yang dilakonkan oleh allahyarhamah.Paling aku minati kalau beliau memgang watak watak lucu.Korang mesti ingat lakonan beliau dalam cerita 50 sen tu kan...

Sesungguhnya, pasti kita merindui lakonan2 beliau...ucapan takziah untuk keluarga allahyarhamah azean Irdawaty.Moga di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan solehah.Dipeemudahkan segala urusannya di sana..insyallah..
Marilah sama sama kita sedekahkan al fatihah untu beliau..

ALfatihah...

Sumber dari awani

Tutorial Make up Acne??

Tuesday, December 17, 2013 34 Comments
Assalamualaikum


Lately nie suka sangat melayan youtube.Apa yang aku tengok kat youtube?
Sebenarnya terpengaruh sangat dgn seseorang kerana mencari tutorial make up..Siapa kat sini yang suka make up??? Rasanya semua suka make up kan...Even budak sekolah pun kalau keluar ke mana mana pun bermake up...Ini yang aku nampak..Adik sendiri pun suka bermake up..Huh!! teruk.Zaman aku dulu pakai bedak 3A je tau..Dengan bedak sejuk..
sumber: hani

sumber :bluesriders
sumber: sini
Bedak bedak nielah yang aku guna dulu zaman sekolah..zaman sekarang bedak  compact mesti punya...paling murah pun pakai pixy.tu belum eyeliner bagai..

And,ada satu youtube yang aku tengok,muka dia memang teruk dengan jerawat yang gelembung2 punya...tu pun sebab aku cari cara makeup untuk tidak menampakkan kesan jerawat..
Tapi berani lagi dia memakai makeup yang tebal seperti itu..

Sedangkan aku jerawat yang seketul dua nie pun,tak berani nak pakai makeup tebal-tebal...
kalau korang nak tengok klik (Link)..Memang lah aku tak sanggup..Tapi ini bukan yang berlaku di malaysia la..

Aku harap sesiapa yang mempunyai muka yang teruk dengan jerawat tu,hati hatilah bermakeup dan pastikan cuci muka sebersih-bersihnya selesai sahaja menggunakan make up..kulit muka kita nie terlalu sensitif,that's why kena jaga betul betul..
Nak mencari pencuci muka pun kenalah juga cari yang betul2 sesuai dan elakkan dari bahan-bahan kimia ye..

kalau korang nak mencari product yang tidak sama sekali mempunyai chemical ,aku suggestkan korang lawati page nie...FCUMiracle


Monday, December 16, 2013

House Of Mini Cup Cake

Monday, December 16, 2013 31 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah..petang ni dapat rezeki terpijak...Tapi bukan untuk dipijak pijak occay..
Thanks kat supplier tu coz delivery kan kami kami nie box of mini cupcake..Aku memang suka sebab comel la sangat mini cup cakes nie..Pelbagai jenis dan perasa..Yang penting sodap!!

Actually dapat kotak kecik je..Tapi alhamdulillah..rezeki orang nak bagi..Dalam kotak kecik tu ada 12 biji cup cake mini..
pernah beli dekat Nusajaya tuari..Kalau kotak kecil harga dia rm10 je..dalamnya ada 12 biji mini cupcake...Kalau korang singgah kedai nie.confirm korang rambang mata nak pilih yang mana satu..
kotak dia pun cun...pink 

12 biji mini cupcake yang sangat comel untuk di makan..

kalau korang nak tau lebih lanjut atau nak mengetahui kat mana nak dapatkan cupcake mini nie boleh lalayari laman web ni >> http://houseofmini.com/

House of Mini - Malaysia

Dah pun selamat aku telan cupcakes tu...kenyang alhamdulillah...

Aktiviti Hujung Minggu

Monday, December 16, 2013 19 Comments
Assalamualaikum

Selamat pagi semua...harap hari ini lebih baik dari semalam kan...Bercerita pasal semalam,takdelah sangat aktivitinya...Bila dah takde aktiviti ni,selalunya aku ,en.husband and MIL lepak kat rumah kami yang belum 100% siap tu...Hoh..tak taulah bila nak siapnya...Budget tak mencukupi lagi...Tapi aktiviti untuk mengeluarkan peluh selalunya di lakukan dalam rumah itu..Yelah,bila dah lama tinggal,rumah akan jadi berhabuk...Confirm ada cop tapak kaki bila keluar dari rumah tu...Dari situlah aktiviti menyental dan mengemop dilakukan..ececeh...tapi semalam tak buat pun..lately badan rasa tak bermaya nak lakukan kerja...Kalau boleh nak baring je..Pantang nampak tempat yang boleh baring...Confirm baring je..
Tahap kesihatan tidak mengizinkan aku untuk melakukan aktiviti 2 itu..pregnant ke??Wallahualam...Malas nak ambil port..


Lepas dah melepak kat rumah tu,petang sikit aktiviti untuk menyimpan stock lauk pauk dirumah...Beli mana yang patut,pastu cakap kat en.husband dah tak larat nak jalan...sakit pinggang...

Tapi balik boleh la lagi mengeteh di stall mamak...hehehe..macm menjadi kewajipan pulak singgah di situ..
mungkin ada sesetengah korang yang tak suka kedai mamak kan..ada tempat2 je yang aku suka untuk singgah..sebab kadang2 bila tengok kebersihan tu ok..

klah..tak larat dok merapu...tu jelah kot aktiviti aku semalam..sebab non hado poket tebal...kalau tidak dah lama pi jusco...hehehe...

nasib baik hari nie tak monday blues sangat...

Sunday, December 15, 2013

Apakah reaksi korang?

Sunday, December 15, 2013 20 Comments

Assalamualaikum

Apakah perkara spontan yang korang lakukan apabila korang melihat wajah ini...

Tersentuh hati walau belum lagi membaca kisahnya...

Selalulah bersyukur atas nikmat yang diberikan...

Terlalu mudah airmata ini menitis melihat wajah anak ini..

Sumber dari facebook..

Saturday, December 14, 2013

Pengorbanan Besar Seorang Ibu

Saturday, December 14, 2013 27 Comments
Assalamualaikum

Syurga di bawah telapak kaki ibu!!...selalu dengar ungkapan nie kan...Adalah kadang2 sesetengah pihak yang bertelagah dengan ibunya.Tapi sejahat manapun ibu tu,dia juga telah mengandungkan dan melahirkan kita...bersyukurlah hendaknya..

Tak pernah bersungut semasa kita dalam kandungan..Selalu dibelai perutnya tanda sayang dia kepada kita..
Terbaca dan terlihat sesuatu di facebook pagi tadi...Nak share dengan korang tentang satu ni..

Korang rasa betul ke mak korang macam nie...
cdt :Fb

Cer komen!!!

Friday, December 13, 2013

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

Friday, December 13, 2013 18 Comments
Assalamualaikum


As-Salam


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Jumaat kembali lagi

Friday, December 13, 2013 14 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah...jumaat sudah....salam hari jumaat untuk semua...selamat menunaikan solat jumaat  bagi kaum adam.,.

Moga setiap sudut masjid dan surau di penuhi dengan kaum adam...Tahun depan Johor dah pun bertukar cuti rehat kepada Jumaat dan sabtu..tapi itu cumalah untuk kakitangan awam..Tidak pula bagi orang2 swasta..Dsini rasa sedikit terkilan kerana tidak diselaraskan berikutan sumbangan orang swasta untuk ke masjid pada hari jumaat adalah sedikit kerana mereka yang bekerja swasta susah nak keluar untuk solat jumaat.Tu pun kadang kadang kena bertukar tukar..Tapi nak buat macam mana..dah ditetapkan begitu..
lagi satu kalau bab cuti memanglah payah kalau ada pasangan bekerja swasta dan kerajaan..macam manalah agaknya..

Hari jumaat nie apa kata kita berzikir

Moga Allah memberi kita Rahmat di hari jumaat ini...Dipermudahkan segala urusan dan diperluaskan rezeki kita semua...Diberi kesihatan yang  baik untuk meneruskan kehidupan kita insyallah...amin


Thursday, December 12, 2013

Repost Entry :Shake & Take

Thursday, December 12, 2013 30 Comments
Assalamualaikum

Entry nie saja nak share dengan korang tentang satu blander juice yang pernah aku beli dengan MyDeal nie..
kalau ikut harga sebenar dalam Mydeal nie memang mahal sikit..Masa aku beli dulu harga dia rm58 tak silap aku..

Kenapa aku beli Blander nie?Sebabnya sekarang nie aku lebih suka buat juice dekat rumah..Kadang kadang bila beli apple hijau,memang aku confirm tak makan lah sebab rasa masam tu yang membuatkan aku tak boleh nak gigit buah tu..Tapi bila aku blend buah apple hijau nie,barulah aku boleh minum...Untuk menyedapkan lagi rasa apple tu,aku blend sekali apple tu dengan ice dan susu..baru mengancam...Kalau letak yougurt lagi sedap.

Memang aku suggestkan korang beli sebab sekarang ni tengah murah..Korang tau tak,Kalau harga kat luar nie,adalah dalam RM70 ke atas..Aku pernah la riki2 benda nie.Sebab teringin nak beli kan..

So,bila dah ada harga murah nie,sayang pulak kan tak beli...Cik Telinga Bulat kita baru beli...hehehehe..
Harganya??? Rm25 sahaja..Free postage tau...Korang jangan risau ,xkan kena tipu punya sebab aku pernah beli dengan Mydeal nie..Aku buat entry nie pun bukan Mydeal bayar tau..Saja nak promote kat korang yang berminat..Dah alang2 aku rasa berguna,apa salahnya share kan

So kalau korang berminat.Aku bagi link nie,Then korang boleh beli.Tinggal 4 hari lagi sebelum tawaran harga tu ditutup..Klik SINI

Disebabkan dengan keterujaan aku,aku sampai lupa nak baca sampai habis..hahaha..mohon maaf kat korang ye..betul kata Cheq Em.

Get your smoothie fix right at home with today's DEAL -  Shake N’ Take Mini Blender, the quintessential kitchen helper. Choose from the following options:-
  • Quality Shake N' Take Mini Blender & 2 Travel Bottles for RM58 instead of RM99
  • 1 unit travel bottle only for RM25 instead of RM59

Pembetulan pada entry di atas...tapi bagi aku masih lagi berbaloi kalau nak dibandingkan dari yang dijual di kedai luar atau di facebook kan..Thanks ye Cheq Em...Perbetulkan kesilapan pada entry saya...

Wednesday, December 11, 2013

Earning Nuffnang Semakin Banyak

Wednesday, December 11, 2013 38 Comments
Assalamualaikum

nuffnang
Yang pastinya ramai di kalangan blogger yang menjadikan blog sebagai satu punca pendapatan sampingan..Tak ramai blogger sekarang yang kata blog sekadar suka suka...

Begitu juga aku,Tetapi bila earning yang dikumpul tidak meningkat,mulalah rasa putus asa.
Nak up entry dan blogwalking pun seperti dah malas nak buat.
google
Tetapi lebih banyak kita up Entry dan blogwalking,lebih banyak backlink atau pageviews yang kita dapat.Siapa kata senang nak senang...Of courselah kena usaha lebih untuk mendapatkannya...

Dan aku akui taklah susah sangat nak jadi blogger kalau kita tau apa itu blog dan blogger tu.kalau nak menjadikan blog sebagai punca pendapatan sampingan,kenalah usaha sikit..Takkan nak harap orang untuk datang ke blog kita tanpa ada sesuatu yang menarik perhatian mereka kan...Of courselah ada entry yang sedap untuk kita baca dan lihat...

Semua yang aku bebelkan tu memang ada kena mengena dengan aku..Saja nak up entry nie untuk menambah keyakinan diri aku untuk berblogging..Tapi niat asal berblog tidak dilupakan...
Mencuba untuk tidak menjadi blogger yang bukan copy paste..Tapi aku hanya copy paste yang aku rasa perlu untuk entry aku je..

Bila melihat mereka yang berjaya seperti Ben ashaari,bro Framstone dan ramai lagi,disitulah rasa nak jadi blogger sepenuh masa..Tapi aku perlu fikirkan juga untuk menjadi blogger sepenuh masa nie banyak yang perlu dipelajari...Perlu ada ilmu jugak.
google

Apa perasaan korang bila ada blogger yang up entry tentang jumlah pendapatan mereka melalui berblog..Ada tak rasa cemburu???..
Cemburu tu memang ada pada semua manusia...orang gila pun cemburu..Cemburu itu perlu untuk meningkatkan lagi cara dan semangat kita untuk berblogging..betul tak..Kalau takde challenge..memang lah tak best..Aku cemburu wehhh!!!..Dan kerana cemburu itu jugak aku nekad untuk usaha lebih lagi...Bukan untuk tutup periuk nasi orang...Oh tidak!!!
success
google

Untuk tahun 2014 nie,nak pertingkatkan lagi blog aku nie...harap keyakinan terus membara untuk berblog...


Pernikahan Che Ta dan Zain Saidin 11.12.13

Wednesday, December 11, 2013 15 Comments
Assalamualaikum

Aku pasti peminat peminat Che Ta atau Zain Saidin menunggu saat-saat ini untuk melihat pasangan ini bernikah..Terdengar tadi Di HotFm,Ramai yang mendoakan dan menujukan lagu khas buat Pasangan ini..
waauuuu...kau HADO!!! heheh

Perkahwinan yang dikatakan mencecah 1.21 Juta ini pastinya dinantikan oleh orang ramai dan juga aku nie..Nak tengok la bagaimana gahnya pernikahan dan persandingan mereka yang mendapat tajaan berjuta ringgit tu...Kalau orang biasa takdenya orang nak Taja kau Deknon..untung jadi artis kan..
rozita che wan
Zain Saidin & Che Ta Pilih Bali Untuk Foto Pra Perkahwinan
Gambar pra perkahwinan(credit to BeautifulNara)

Majlis persandingan dan resepsi akan diadakan pada 13 Disember di Setia City Convention Centre (SCCC) di Bandar Setia Alam. Agak-agak diorang nie jemput tak peminat peminat diorang ek??
majlis berinai Che Ta dan Zain Saidin
majlis berinai Che Ta dan Zain Saidin


majlis berinai Che Ta dan Zain Saidin


majlis berinai Che Ta dan Zain Saidin
credti to Mstar


Cantik dan comel mereka berdua nie...

Memang ramai yang telah memperkatakan perkara yang buruk dan baik tentang perkahwinan mereka..
Tapi bagi aku,Allah telah menentukan jodoh setiap pasangan tu..Apa yang penting kita sebagai umat islam,mendoakan yang terbaik untuk rumahtangga yang dibina.Cinta tidak mengenal Usia,pangkat dan darjat seseorang kalau itulah Ketentuan yang Allah beri untuk kehidupannya..betul tak...


Tuesday, December 10, 2013

Kebaikkan Buah Kembang Semangkuk

Tuesday, December 10, 2013 40 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah...panas dalam badan nie berkurangan sedikit dari semalam..Sebenarnya badan ni dah tak sihat  rasanya dah 2-3 hari..Tapi  malas nak melayan sangat...Biasalah,kena hujan sikit pun dah boleh demam sekarang nie..
Hujan sekarang nie hujan berpenyakit,so elakkanlah dari terkena hujan..Selalunya anak-anak buah kalau balik kampung,kalau hujan,suka sangat bermain hujan.Sekarang nie,nenek diorang ni dah tak kasi nak mandi hujan..Kata nenek musim musim macam nie tak elok mandi hujan...Muka frust masing masing sebab tak dapat nak lepaskan hajat...hahaha...

Berbalik pula pada kebaikkan kembang semangkuk nie,kalau orang dulu-dulu mana ada panadol,solubel,ke air cap badak ke..ape 2 jenis ubatlah yang ada kat pasaran nie.
Untuk melegakan demam atau panas dalam adalah dengan menggunakan Buah kembang Semangkuk nie.

Buah Kembang Semangkuk nie berkhasiat untuk menyejukkan badan dan sekaligus menghindari deman panas..Haaaa...Complete kan..Kalau amalkan insyallah,redha lah demam tu..

Begitu juga en.husband yang tidak langsung menyukai panadol.Memang kalau boleh en.husband  tak kasi wife di menggunakan panadol untuk sakit kepala atau demam.Solution nya adalah dia rendamkan buah semangkuk nie + gula batu..Mula-mula memang tak suka...sbb takut juga pahit..Dah minum baru tau rasanya SEDAPPPP!!!..

tulah..tak cuba tak tahu kan..So badan rasa kurang sikit kepanasan globalnya...Kalau tak memang fikir nak mc je..
kembang semangkuk

Cara penyediaannya mudah je
Ambil 2-3 biji buah kembang semangkuk dan rendamkan dengan air masak..bukan air panas occay.
lepas tu campur dengan gula batu 2-3 ketul..ikutlah korang..tapi jangan manis sangat...buat rasa-rasa jek.Biarkan selama 4 jam.Dah nampak buah tu kembang macam kat bawah nie,dah boleh minum la..minum tak kisah bila bila pun boleh..Minum sehingga badan sejuk..





simber :sini sumber gambar : sini

KONTES U-BLOGGER

Tuesday, December 10, 2013 12 Comments
PELANCARAN | KONTES U-BLOGGER | Assalamualaikum, seperti yang di war-warkan sebelum ini, maka hari ini bermulalah Kontes U-Blogger yang bertujuan membuka ruang kepada rakan-rakan Blogger yang sudah mempunyai brand dan service mereka sendiri untuk sama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

BANNER U-BLOGGER

Syarat-syarat Penyertaan

1. Mestilah Blogger yang berwarganegara Malaysia.
2. Follow blog www.mawardiyunus.com [klik]
3. Buat entri bertajuk KONTES U-BLOGGER
      *sila copy coding berikut dan paste di ruangan HTML
4. Sila backlink banner U-blogger ke entri ini.
5. Jawab 1 soalan berkaitan dengan penaja Kontes U-Blogger dan Tinggalkan URL entry dan jawapan anda ke dalam ruangan komen entri ini. * awas jangan jawab dan letakkan jawapan soalan kontes di dalam entry anda untuk mengelakkan peserta lain "copy & paste".


  SOALAN : SIAPAKAH PEMILIK MYWIFE CLOSET?


6. Follow blog, Like fanpage penaja dan Follow Google+ penaja.


Senarai Blog U-Blogger

U-Blogger Mk Syahir ~ fuh.my [klik]
U-Blogger Dik Bee ~ www.dikbee.com [klik]
U-Blogger Hafizzy Aziz ~ www.fizgraphic.com [klik]
U-Blogger Sue Izza ~ myputeri21.blogspot.com [klik]
U-Blogger Qaseh Dalia ~ www.qasehdalia.com [klik]
U-Blogger Nurramizah Fadzil ~ supersihat.com [klik]
U-Blogger Pari Pari Putih ~ www.paripariputih.com [klik]
U-Blogger Marqis Careno ~ marqiscareno.blogspot.com [klik]
U-Blogger Korakora Art ~ korakoraartdesign.blogspot.com [klik]
U-Blogger Zulhilmi Tempoyak ~ www.zulhilmitempoyak.blogspot.com [klik]
dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari [klik]



Senarai Fanpage U-Blogger
 




Cerita Semalam

Tuesday, December 10, 2013 18 Comments
Assalamualaikum

Mood Bersedih lagi...Semalam dapat berita sepupu meninggal..Tapi sayangnya tak dapat nak menziarahi allahyarham..

Kesian kat anak-anaknya yang kini bergelar anak yatim piatu..Bagaimanalah keadaan mereka bila ketiadaan ibu dan bapa dalam kehidupan mereka yang masih kecil.

Bapanya meninggal kira-kira 4 tahun yang lalu akibat accident,kini ibunya pula pergi meninggalkan mereka kerana paru paru berair..Sedih hati bila membayangkan kehidupan mereka selepas ini..Harap mereka boleh terima kenyataannya.Aku tau sepupu2 yang lain boleh menjaga anak-anak itu dengan baik.Insyallah.

Semalam pun mood dah kelaut...Serba salah dibuatnya...Kalau ikutkan hati rasa nak terbang je kesana...Tapi apa kan daya,banyak faktor yang tidak membolehkan aku ke sana..

Moga Allah menempatkan Kak Milah di kalangan orang orang yang beriman dan solehah..Sempat juga jumpa arwah sebelum dia meninggal...Ikutkan Hari jumaat nie,adalah hari bertandang adik dia yang bongsu.Mungkin dia nak tengok adik dia yang bongsu tu kahwin..Nauzubillah...Kuasa Allah...
Setiap yang hidup pasti akan mati..Kita tak tahu bila pula turn kita untuk menghadap illahi..

Harap hari nie boleh menulis entry seperti biasa..Sebenarnya fikiran masih lagi kearah budak2 tu..Bagaimana mereka nak menghadapi semuanya tu..Budak kecil...apalah yang mereka tahu?


Follow Us @aida_yusof81