18
Assalamualaikum

Mood Bersedih lagi...Semalam dapat berita sepupu meninggal..Tapi sayangnya tak dapat nak menziarahi allahyarham..

Kesian kat anak-anaknya yang kini bergelar anak yatim piatu..Bagaimanalah keadaan mereka bila ketiadaan ibu dan bapa dalam kehidupan mereka yang masih kecil.

Bapanya meninggal kira-kira 4 tahun yang lalu akibat accident,kini ibunya pula pergi meninggalkan mereka kerana paru paru berair..Sedih hati bila membayangkan kehidupan mereka selepas ini..Harap mereka boleh terima kenyataannya.Aku tau sepupu2 yang lain boleh menjaga anak-anak itu dengan baik.Insyallah.

Semalam pun mood dah kelaut...Serba salah dibuatnya...Kalau ikutkan hati rasa nak terbang je kesana...Tapi apa kan daya,banyak faktor yang tidak membolehkan aku ke sana..

Moga Allah menempatkan Kak Milah di kalangan orang orang yang beriman dan solehah..Sempat juga jumpa arwah sebelum dia meninggal...Ikutkan Hari jumaat nie,adalah hari bertandang adik dia yang bongsu.Mungkin dia nak tengok adik dia yang bongsu tu kahwin..Nauzubillah...Kuasa Allah...
Setiap yang hidup pasti akan mati..Kita tak tahu bila pula turn kita untuk menghadap illahi..

Harap hari nie boleh menulis entry seperti biasa..Sebenarnya fikiran masih lagi kearah budak2 tu..Bagaimana mereka nak menghadapi semuanya tu..Budak kecil...apalah yang mereka tahu?


Post a Comment

  1. moga mereka tabah hadapi dugaan..

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah buat arwah..mudahan rohnya ditempatkan dikalangan org yg beriman..kesian nasib budak2 yg masih kecil tanpa ibubapa

    ReplyDelete
  3. Salam Takziah..moga anak² tabah..

    al fatihah...

    ReplyDelete
  4. takziah.. sedihnya kehilangan tempat bergantung. moga mereka sentiasa dlm rahmatNya .. amin

    ReplyDelete
  5. takziah. al-fatihah buat arwah dari PG ya awak. yup, sedih bila teringatk anak-anak kan. tidak semua orang boleh jaga anak-anak org lain, evendo adik beradik seperti anak sendiri. semoga mereka-mereka yang menjaga anak arwah, di berikan kesabaran yang tinggi. inshaAllah. T_T
    awak, jangan sedih2 lagi k. yang pergi, tak akan kembali. kita kena move on. bantu anak2 arwah to move on.

    ReplyDelete
  6. sedih pagi nie....hope tabah....

    ReplyDelete
  7. Salam takziah.

    Anak-anaknya tu semua, berapa usianya ye?

    ReplyDelete
  8. innalillah....kesiannya didiey dengar..moga awk sekeluarga terus tabah...sama2 lah bantu anak2 arwah.moga mereka membesar dgn sempurna dan penuh kasih sayang.

    ReplyDelete
  9. salam takziah buat akak dan keluarga terdekat.. kene tabah menghadapinya...

    ReplyDelete
  10. takziah..al-fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  11. kesiankan anak2 kecik tu la...apa pun takziah ye..

    ReplyDelete
  12. Kesiannya,semoga Allah permudahkan segalanya.Takziah buat mereka
    New Entri updated : "Kau Bercuti kat mana ? "

    ReplyDelete
  13. kasihannya anak-anak.. al-fatihah kepada arwah dan semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

    ReplyDelete
  14. salam takziah buat keluar sepupu akak..
    semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman...

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top