Friday, May 31, 2013

masa untuk blog bercuti

Friday, May 31, 2013

Assalamualaikum

Hari ni last bekerja.memandangkan esok cuti, aku sambung lagi cuti hari isnin dan selasa.Balik melaka.sekarang nie dah ondway untuk balik kampung.Doakan perjalan kami ke Melaka selamat ye..

Blogger blogger melaka yang berdekatan aku di merlimau tu, roger2 la..mana tau boleh dating..hehe...
Lokasi tempat, berdekatan denan politeknik merlimau dan serkam pantai..

We chat ye...: siti_rohaida81

Bye..ingatkan syallah..ada masa nti aku update blog..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree

Friday, May 31, 2013




Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013





KISAH PENGAJARAN DARI SEBIJI TEMBIKAI

Friday, May 31, 2013
Assalamualaikum

Tertarik baca cerita nie.mungkin ada pengajaran untuk kita bersama
Ada cerita yang tersirat di sebalik tembikai ini

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya : “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu ?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya : “Ada pun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah di tentukan oleh Allah SW.

sumber:Diari hati

Wednesday, May 29, 2013

Entry Khas untuk Ayah-Selamat Hari Jadi Ayah

Wednesday, May 29, 2013
Assalamualaikum

Entry hari nie aku tujukan khas untuk ayahku..
Selamat hari jadi ayah..menyambut ulangtahun hari lahir yang ke 64 tahun..Dah semakin tua ayah..
Walaupun dia hanya ayah tiri aku,tapi aku menyayangi beliau seperti ayah ku sendiri..Dia menjadi ayahku sejak aku berumur 8 tahun..
Sudah tua ayah,Tapi masih membanting tulang 4 keratnya untuk memelihara anaknya yang kini masih belajar.Aku ada 5 orang adik tiri.Semuanya ku anggap seperti adik ku sendiri kerana lahir dari kandungan ibuku jugak..mungkin ada yang kata mereka bukan istilah tiri..
4 orang adik2 aku yang masih belajar,2 orang dahpun ke universiti,seorang tahun akhir di UITM Terengganu dan seorang lagi di UTP Perak.masih lagi menyambung degree di sana..Masih memerlukan perbelanjaan yang banyak.Alhamdulillah...ada jugak antara kami yang berjaya ke sana.al-maklumlah..dulu kehidupan kami susah,sekarang nie senang skit..boleh la berikan pelajaran yang selesa untuk adik-adik.
Ayah,masih lagi bekerja walaupun punya penyakit semput.ubat gas sentiasa di bawak ke hulu ke hilir.Semputnya datang tak kira masa.Ayah adalah driver lori pasir..
Setiap pagi ayah akan bangun pukul 4 pagi untuk pergi kerja..Sedapnya tengok anak-anak lain tido kan.
balik pulak tak tentu masa,kekadang pukul 10 malam..kekadang pukul 1 pagi pun ada.Paling awal pukul 8 malam..Keesokkan harinya akan bangun pukul 4 pagi..begitulah rutin harian ayah..sehingga hari sabtu..hari ahad hari untuk ayah berehat.Tapi masih kuat bekerja.Aku pernah ikut ayah pergi kerja.dan tengok bagaimana ayah melakukan kerja-kerjanya.Masyallah..Peluh ayah mencurah-curah ke bumi.Sesekali ayah menyedut gas semputnya.

Dah suruh ayah berhenti kerja,tapi dia kata adik2 masih perlukan duit yang banyak..Nak tengok anak berjaya.Alhamdulillah..insyallah..bakal tercapai nanti.
Sebagai anak aku hanya mampu gembirakan dia bila kami berkumpul beramai-ramai setiap minggu..Aku hanya balik 2 minggu sekali.Maklumlah dah menjadi hak orang..Masa perlu dibahagikan.

Dan hari ini,Ayah menginjak ke satu lagi angka usianya.Pepagi lagi aku da call beliau untuk mengucapkan selamat hari jadi dalam keadaan sendu.Ceria dia mengucapkan terima kasih.moga Allah sentiasa melindungi ayah dari sebarang kecelakaan.Dimurahkan rezeki.Di berikan kesihatan.insyallah walau kami tak boleh nak melonggokkan kekayaan di sisi ayah,tapi kami akan longgokkan kasih sayang untuk ayah sepanjang hayat kami.terima kasih kerana terus sabar melayan karenah kami dari kami kecil hingga dewasa.terima kasih kerana meminjamkan bahu tatkala aku bersedih..Kami amat menyanyangimu AYAH.

Tuesday, May 28, 2013

Hadiah Dari PCL Dah Sampai

Tuesday, May 28, 2013
Assalamualaikum

Selamat Tengahari kat korang semua..

Alhamdulillah.Dah terima hadiah dari PCL.Teruja sangat nak bukak...hehe..Kalau korang nak tau hadiah nie untuk apa..Sila Klik Sini ..

Thanks untuk PCL coz bagi hadiah nie.Hadiah sehelai Tshirt,sebatang pen dan surat penghargaan dari beliau..amat bermakna...ceewahhh...Moga Pageviews PCL akan meningkat...


Sehelai Tshirt,Sebatang Pen

 Jom Ke Blog PCL...www.nazlee.com

Monday, May 27, 2013

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2

Monday, May 27, 2013
Assalamualaikum






Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.





.

Stok makanan sebulan

Monday, May 27, 2013

Assalamualaikum

Selamat pagi.selamat bekrja..selamat bermonday blues pada korang yang kerja hari nie.Termasuklah aku...
Semalam dan semalmnya aku dok shopping makanan untuk aku simpan dalam office..Benda ni memang wajib aku buat tiap tiap bulan.SebBab tempat Ku ni xde kantin, so, terpaksalh aku beli stock.Lagi satu aku x suka beli dengan apek yang bawak lori tu..selekeh l?.hehehe..
Oklah..nak sambung keje..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, May 26, 2013

undangan perkahwinan di minggu cuti sekolah

Sunday, May 26, 2013

Assalamualaikum

Hari nie sebenarnya menerima 3-4 kenduri kahwin.Tapi tak dapat memenuhi semua undangan tu kerana tempat yang terlalu jauh..jauh la jugak walapun masih dalam kawasan johor.

Terpaksa memilih undangan perkahwinan officemate la dulu..rugi xdtg..yelah kawan satu office ka.Of course la nk tengok dia bersanding.Dalam pukul 1.15 keluar dari rumah..Keluar rumah pun dah lambat sebab hujan.
Tunggu "the rest of mentrade people"..sangat lambat.nasib baik ade jumpa sorang..
Bila tengok orang kahwin, memang seronok.rase macam nak duduk atas pelamin lagi..hehe.
Perkahwinan antara yurliani da Danial yang ala-ala giyowmi tu..sweet sangat..nak bergambar pun terpaksa buat giyowmi gak..haha..sweet kan..

Sila abaikan pic yang gila2 tu..

See you ols soon..

Bye..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, May 25, 2013

shopping di UO

Saturday, May 25, 2013

Assalamualaikum,

Lepas balik keeja tadi, kakak ipar ajak pergi beli barang dapur di UO.Actually, UO ade sale dalam minggu nie.So, balik kerja terus ke pusat bandar..Ada apankat pusat bandar tu.Kat pusat bandar pasir gudang tulah terletaknya UO.
Sampai di UO, punyalah ramai orang.pastu ada event ape entahlah..yang penting ada dekat 3 hingga 4 ratus kereta alza disekitar tu..mybe club2 alza kot.sebabnya pelbagai plat number yang aku nampak.

Masuk UO, punyalah ramai orang pi belanja kat situ.selalunya mereka akan buat sale ikut hari dengan sale barangan terpilih jerk..so, korang kenalah ambil pamplet yang disediakan disitu.Jadi korang tahu item apa yang tengah sale hari tu..Siapa yang rajin belanja kat UO nie mesti tau..haha

Aku pun baru berjinak-jinak berbelanja kat situ.selalunya kipmart jerk..satu tempat lagi senang..
Dan aku telah pun menambah koleksi card...
Korang tengok atas nie la...heheh

Published with Blogger-droid v2.0.10

Cara Mendapatkan CPUV dari Nuffnang

Saturday, May 25, 2013
Assalamualaikum


Selamat pagi sabtu..Kali nie aku nak mengajar korang cara untuk mendapatkan CPUV dari Nuffnang..

Haha..kelaskan tajuk tu..pandailah sangat aku nie nak mengajar orang tentang Nuffnang nie.
takat dekat akaun Nuffnang adelah dalam 20 hengget..Berani ekau nak mengajar mereka-mereka yang dah otai..dush sekali kat muka..

Sebenarnya aku teringin jugak nak Cashout beratus,beribu riban dari Nuffnang ni,Tapi tanpa usaha dan kerja keras takkan ler Nuffnang tu nak bagi duit bertimbun-timbun kat aku..kalau la tiap-tiap bulan Nuffnang bagi aku duit..sure aku berhenti kerja..Dok rumah goyang kaki,gerak-gerak jari jer kat keyboard nie..Tiap-tiap bulan duit masyuk..

Tu cuma angan-angan okeh..Ade ke kerja yang hanya dengan komputer hari-hari boleh buat duit..
Tuari ada seseorang yang call aku untuk invite aku join satu benda nie..Dia just cakap dengan berinternet hari-hari boleh buat income yang menarik..

Smart Media Technology..Ade korang kat sini yang tau pasal nie..Ade ke yang dah ade pengalaman dapat income yg masyuk lepas join benda nie..Dia bagi aku website nie..Dia kata cuba akak baca tentang benda nie(tak tau ke aku malas baca)
Kalau korang ada pengalaman tentang benda nie,please let me know hokey..

Lari tajuk pasal Nuffnang nie..En. Nuffnang..Bila aku nak dapat CPUV beribu riban nie..Nak beli banglo la...haha...angan-angan suda...oklah nak stop merepek..Abaikan Tajuk entry aku yang macam Otai tu...

Kerja OH Kerja-Sabtu Day

Saturday, May 25, 2013
Assalamualaikum


Selamat pagi sabtu semua..Alhamdulillah..jumpa sabtu.Hujan renyai di pagi hari nie,membuatkan aku malas untuk pergi kerja..Dahlah semalam tak amik wesak day,Hari nie pun kena kerja jugak.Company aku nie meang tak amik cuti wesak..Terpaksa lah bekerja kerana rezeki aku kat sini..Alhamdulillah..
Tentu korang tengah bermalas-malasan di rumah kan..Sedangkan aku da sampai ke tempat kerja..
Nasib baiklah sabtu kerja halfday.Taklah terasa sangat...Hari nie dan Esok memenuhi aktiviti  pergi kerja kahwin..Maklumlah,cuti sekolah nie,Ramai yang ambil kesempatan untuk buat kerja kahwin..


oklah korang,kena sambung kerja skit...

Friday, May 24, 2013

MEGA GIVEAWAY : ' Suprise & Awesome Giveaway by SN

Friday, May 24, 2013
                                                                             
MEGA GIVEAWAY 
" SUPRISE & AWESOME GIVEAWAY BY SN " 


CLICK BANNER !


PRIZES :
 Peplum Lace Kurung, Jubah Dress, CTAC bag, Tudung/shawl ,Baucer discount, top up
cash, button bagde, Sabun GLuta 3 layer, jam moustache, anak tudung bawal berwarna
keychain felt craft, brooch felt,  shiseido black mask, broochquilling bookmark, Dress Labuh,
 Blouse, keychain Domokun, etude house styling eyeliner & tomatox, Gift dari Utara ,
1 unit mug PUTIH bercetak BERNILai RM27 (Sem)/RM32 (sbh/srwk), bookmark , coklat oreo



SAYA TAG : 







Thursday, May 23, 2013

Dinner Kami Hari Ini

Thursday, May 23, 2013

Assalamualaikum
Dinner kami hari ini.Al maklum bila balik lambat memang xsempat nak kasak..Lagipun hari nie gov.da gaji.So, en.husband kena lah belanja..
Niat hati nak makan steambot..tapi en.husband da offer nak makan sini..apa lagi..bedal jerk.

Published with Blogger-droid v2.0.10

3rd Annivesary GA Blog by Emas Putih

Thursday, May 23, 2013

PCL buat Kejutan

Thursday, May 23, 2013
Assalamualaikum


Mesti korang tau kan blog PCL dah mencecah ke satu juta Pageviews..WOWWWwwwww..
Blog aku pun takde sampi ke tahap tu..Rasenya xsampai seratus orang yang singgah ke blog aku nie dalam sehari..Apa nak buat..
Nak di jadikan cerita masa aku menyinggah di blog  PCL dua-tiga hari lepas(yee ker).Ada entry PCL yang nak countdown ke No 99999...yeker nie,Dia ada bgtau nak printscreen no cantik tu.

Heh!! keterujaan itu membuatkan aku sekali teruja nak ,menanti detik tu..So, petang semalam,dok sembang-sembang dengan officemate nie,dok bercerita la dengan Diorang,cerita Pasal PCL nak printscreen no nie.(nampak sangat ada ular besar kat office ni)So tengok kat counter widget tu da 99951..Wah..excited sey nak tunggu ke 99 angka belakang tu,.tiba da angka 70 lebih,automatik refresh balik,then no tu balik pada 40 lebih kot..haha..aku bukak  page PCL banyak..Sama-sama ngan officemate dok countdown benda nie..
Then tibalah masanya angka tu keluar...tadaaa
Yeeeayyyy..berjaya...claps yur hand darls.

terus menerus emel kat PCL..haha..
siap bagi printscreen angka 1 million lagi
kalaulah blog aku macam nie..

tapi aku xtaulah aku orang pertama or tak..just mencuba nasib sambil menolong blogger..

Tapi dapat tau Syuhada Salleh yang menang..So, aku pun taklah berapa nak harap sebab da ada pemenang dan blogger yang pantas dari aku..hehe

tadi baru dapat baca emel dari PCL yg aku adalah peserta yang sama tarikh ngan Syuhada..eh.Ye ke...
Tersenarai ke..Tahniah untuk aku..Satu kejutan rupanya...hehe...
So korang boleh la ke entry nie...Siti Rohaida Yusof tu..AKu lah Tuan pada nama tu okeh!!
Baca Entry nie.

jom  jengah lagi blog aku nie..singgah la selalu..nak printscreen jugak..ajer perasan sorang2..

'Terima Perubahan Saya Secara Perlahan-Lahan' - Lisdawati

Thursday, May 23, 2013
Assalamualaikum

Lisdawati memberitahu memakai tudung adalah salah satu proses dalam menjadi seorang insan yang baik.
KUALA LUMPUR: Aktres Lisdawati berharap peminat tidak terlalu mengharap dia akan terus menjadi seorang muslimah yang sejati selepas mengambil keputusan untuk memakai tudung kira-kira tiga minggu lalu.
Lisdawati berkata, sebagai manusia biasa masih banyak perkara yang perlu diperbaikinya dan menutup aurat adalah salah satu proses peralihan dalam hidupnya.
"Tidak bererti apabila saya sudah memakai tudung saya seorang yang baik dalam semua perkara tetapi ini adalah satu proses penghijrahan yang mempunyai perjalanan yang masih panjang.
"Terimalah perubahan yang saya lakukan ini dengan perlahan-lahan dan jangan terus menghukum saya sekiranya saya ada melakukan kesalahan kerana perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna itu bukan mudah dan masih panjang," katanya.
Lisdawati ditemui pada majlis Amazing Red di The Weld di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Lisdawati berkata, dia sudah berhasrat untuk memakai tudung sejak dua tahun lalu apabila pulang daripada mengerjakan ibadah Umrah.
Bagaimanapun kata Lisdawati, hasrat itu dipendam kerana tidak mahu terburu-buru tetapi mula melakukan perubahan dengan lebih berhati-hati memilih pakaian yang lebih tertutup dan berlengan panjang.
"Saya sudah merancang untuk memakai tudung sejak dua tahun lalu selepas pulang daripada mengerjakan Umrah tetapi hasrat itu dipendamkan dan tidak mahu terburu-buru melakukan perubahan.
"Bagaimanapun sejak itu saya mula berubah secara perlahan-lahan dengan memilih baju berlengan panjang selain memilih fesyen yang lebih sesuai.
"Alhamdulillah pada 1 Rejab lalu saya terus terbuka hati untuk bertudung namun saya tidak dapat berkongsi apakah sebabnya saya berbuat demikian pada tarikh berkenaan kerana ia adalah rahsia Allah," jelasnya.
Tambah Lisda, walaupun suaminya, pelakon Fauzi Nawawi agak terkejut dengan keputusan itu namun tetap gembira dan memberi sokongan dalam perubahannya itu.
Sementara itu, Lisdawati berkata, dia akan terus berlakon seperti biasa dan bersyukur kerana dia masih mendapat tawaran daripada syarikat produksi.
"Saya tidak percaya dengan menutup aurat rezeki berlakon akan hilang kerana percaya rezeki itu ditangan Allah. Selagi kita berusaha Insya Allah ia pasti milik kita," katanya.
Dia memberitahu baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama berjudulDari Asar Ke Maghrib lakonan bersama Maimun Mutalib.
P/s Alhamdulillah,da semakin ramai artis wanita yang berhijab..Moga perubahan yang di lakukan oleh lisdawati diberkati.Kepada peminat-peminat lisdawati tu,berikanlah sokongan moral untuk mereka yang memerlukan,jangan di kutuk dan dihina apabila timbul sesuatu masalah yang disengajakan atau tidak.Itu semua ujian dan dugaan oleh Allah pada umatnya,Untuk melihat sejauh mana umatnya memerlukan Nya..Insyallah

KITA DICIPTA SALING MENYEMPURNAKAN

Thursday, May 23, 2013
Assalamualaikum


Bila kamu telah bertemu dengan seorang INSAN,Yang bagimu telah pasti boleh membawa kebaikan kepada dirimu menyayangimu mengasihimu dan mencintaimu…Mengapa kamu berlengah lagi?..Cuba membandingkannya dengan yang lain?
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN,Kelak dia akan berjauh hati dan kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain,Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi karena dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu dan ketika itu tiba tiada guna lagi ruang dalam hatinya buat kamu…
 
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…
 
kita akan BAHAGIA,BAHAGIA dan terus BAHAGIA…itu lebih BERMAKNA!!
kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yang sempurna sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini… Setiap yang bernama manusia itu mempunyai kelemahan…
Mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya berubah dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN…itulah PASANGAN saling melengkapi…
Apa yang utama ialah mencintai ILAHI dengan mencintai Ilahi…pasti ALLAH akan temui kamu dengan seseorang yang mencintai-NYA…
Mencari yang sempurna…SEMPURNAKAH dirimu??.. Tepuk dada tanyalah IMAN
Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati apa yang pasti kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan… Cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya…
Hargailah kekurangannya untuk MENGGAPAI bahagia dan cintailah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai RedhaNya.. Ingatlah…Kesempurnaan Hanya Milik Allah.


sumber: Diari Hati 

Wednesday, May 22, 2013

Perlawanan Bola Sepak Antara Johor dan Kelantan

Wednesday, May 22, 2013

Assalamualaikum

Wah, hari nie gamat lagilah nampaknya stadium Larkin.Hari nie perlawanan bola sepak antara 2 buah negeri iaitu Johor dan Kelantan.Semangat hari ni budak office balik cepat, semata-mata nak tengok perlawanan tu..

Sebenarnya bola nie kurang minat sangatlah, tapi dah en.husband awal-awal lagi da bukak channel Arena Astro, so, terpaksalah join jugak tengok.

Bagi aku kedua-dua negeri nie memang kuatlah..Kelantan terkenal dengan gol keepernya iaitu apek.Johor pulak siapa tak kenal safie sahli..hehe, tak taulah eja betul ke tak.
Kita tengok jelah siapa yang akan menang..

Aku, mestilah sokong JOhor..tanah tumpah darah beb...heheh..korang pulak sokong mana..berapA pulak score yg korang jangka..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, May 21, 2013

Menang segmen "Segmen Ke 2 Bloglist 24 Jam Oleh Akupenghibur.com"

Tuesday, May 21, 2013
Assalamualaikum

Alhamdulillah..tuari aku merajinkan diri untuk join segmen acik nie...tapi tak sangka pulak dapat masuk bloglist acik..cer tengok Entri Ni..

Actually ada 16 blog yang berjaya untuk masuk ke dalam bloglist acik nie



2. Syuhadah Salleh 




3.Celoteh Si Gadis Kidal




4.Coretan Hati Kathy 



5. Dunia Kecil 



 6. Lorong Cinta aka Ambak 





7. Timi Zero



8.Duniabawahtempurung



9. Diarionlinenurul




10. Blog Hakim




11.Kisah Si Dairy




12.Atie Eryati 




13.Ayue Jean



14.Khairil Mazri 

  



15. Pensel Buruk





16.IhaZaliza




oklah...tu je aku nak share..hehe...bangga jap..so jom la kita singgah menyinggah bagi backlink skit kat diorang nie.

DIGI MENANG BESAR CONTEST

Tuesday, May 21, 2013
Assalamualaikum


klik sini

Snap up a big, super stash of cash!
Reload a minimum of RM10 into your DiGi Prepaid™ account and stand a chance to become one of the big winners to take home up to RM1,000,000 in cash and prizes! Want to know how? Just scroll down to find out.
Promotion Period: 6 May - 23 June 2013







Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI

Tuesday, May 21, 2013
Assalamualaikum



ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 2.30 Petang pada hari Isnin - 20 Mei 2013 hingga pukul 2.30 Petang Rabu 22 Mei 2013.. 2 Hari!

DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org.. Manakala SEORANG blogger akan direview blognya juga pemilihan melalui Mr. Random.org..
Syarat : -
  1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  2. Buat tajuk entri Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI..
  3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..