Saturday, June 29, 2013

Perlawanan Piala AKhir FA JDT vs KELANTAN

Saturday, June 29, 2013 6 Comments
Assalamualaikum


Tentunya peminat-peminat Bolasepak Malaysia ternanti-nanti perlawanan akhir JDT vs KELANTAN malam nie kan.Ada penyokong-penyokong yang sudah membeli tiket sejurus selepas tiket dikeluarkan.Mereka sanggup berasak-asak untuk membeli tiket Bola..Mendapat sambutan yang hangat.

Malam nie,semuanya akan terjawab.Siapakah yang bakal menjulang Piala FA musim ini.Xtaulah ada musim sebelum nie.Suka memandai-mandai..haha.

Mybe ada yang sekarang nie sudahpun bertolak Ke Stadium Bukit Jalil.Maklumlah kelantan ke Kuala Lumpur tu bukannya dekat.Tak kurang juga Johor.

Aku pun tak sabar nak melihat siarang langsung malam nie.nak tengok,siapalah juara malam nie.
Disebabkan aku anak jati Johor,Of course lah aku sokong Johor.Harap Pasukan Johor dapat memberi komitmen yang terbaik untuk Negerinya.

kalau Johor tak menang malam nie,takpelah.Rezeki masing-masing.Cuma harapan aku,xdelah berlaku apa-apa yang tak diingini.kepada para penonton,jaga perlakuan anda.Janganlah terlalu mengikut perasaan ketidakpuashatian tentang apa jua yang berlaku.
Malaysia negara yang aman,So tunjukkan keamanan tu dengan sikap yang bertolak ansur.

johor

vs

kelantan


malam nie xkan ada aktiviti luar..En.husband dah bagi warning awal-awal..Nak tengok Bola Katanya.
layan....



erk...Cik Nuffnang.Dha lama tak kasi BE

Nota Dairy : 2 minggu lagi segmen akan dilancarkan buat pertama kalinya...Insyallah..

Friday, June 28, 2013

GIVEAWAY BY:SAIDAH&IKHWAN YUSUFF

Friday, June 28, 2013 9 Comments
Assalamualaikum w.b.t


Saidah dan ikhwan yusuff sedang mencari pemenang untuk menerima 1st giveaway By:Saidah&ikhwan yusuff.Syarat yang dikenakan cukup mudah dan senang.Klik banner untuk join.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1)Buat satu post yang bertajuk Giveaway by Saidah dan ikhwan yusuff
2)Wajib follow blog Saidah dan Ikhwan yusuff
3)Wajib Add circle google plus Saidah dan Ikhwan yusuff
4)Lastly tinggalkan komen korang kat kotok comment-Sini
5)Giveaway berakhir pada 30/OGOS/2013

HADIAH YANG MENANTI PEMENANG:
#-3 orang pemenang akan mendapat Fridge magnet&postcard daripada saidah(Diimport khas dari      Scotland)
#-2 orang pemenang bertuah akan mendapat topup RM5 setiap orang
#-4 pemenang bertuah akan direview oleh Blog ikhwan yusuff(2) dan Saidah(2)
#-4 orang pemenang akan tersenarai dalam bloglist.

Tunggu apa lagi jom join ramai-ramai.Mungkin anda yang bertuah.Click Banner for joining us!

Lelaki Yang Di Gelar Suami

Friday, June 28, 2013 11 Comments
Assalamualaikum

Salam Jumaat untuk korang.nak share sikit tentang apa yang aku baca di facebook hari ini.
nukilan ini sekadar satu perkongsian sahaja.Tiada unsur-unsur yang melibatkan mana-mana pihak.Takut juga disalah tafsir..
Lelaki yang Di gelar Suami yang terbaik adalah :-
  • Seorang suami yang selalu memuliakan isterinya
  • Seorang suami yang selalu menampakkan senyum di depan isterinya
  • Seorang suami yang menjadi Qawwam(pemimpin dan pelindung) bagi keluarganya.
  • Seorang Suami yang begitu tangguh dalam berjuang mencari nafkah yang halal untuk isteri dan anak-anaknya
  • Seorang suami yang tak pernha lelah untuk bersikap lemah lembut.
  • Seorang suami yang menjadi seorang nakhoda dalam keluarga untuk mengharungi samudera kehidupan agar selamat menuju pelabuhan hakiki iaitu syurga.Insyallah
  • Dan ia selalu berpegang teguh kepada firman Allah s.w.t:-
            " Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari (siksa) api neraka..(q.sAt-Tahrim 6)

Semoga masih banyak kaum lelaki yang punya komitmen demikian bagi isteri dan anak-anaknya.Kerana lelaki itu lah yang akan menjadi pemimpin dalam keluarganya.Yang akan menjadikan rumahtangganya sebagai Syurga bagi isteri dan anak-anaknya.
Amin...





Thursday, June 27, 2013

Kisah Seorang Pakcik Tua

Thursday, June 27, 2013 15 Comments
Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama bersarang dalam kepala otak aku nie untuk buat entry tentang pakcik tua tu.
Setiap kali nampak dia memang hati aku nie sebak dan kadang kala beribu persoalan timbul di benak aku ni.

Untuk menaip setiap perkataan untuk melambangkan pakcik nie juga,aku rasa seribu kesedihan singgah di naluri kewanitaan aku nie.

Sebelum tu aku nak tanya kat korang,Apa perasaan korang apabila melihat seorang pakcik tua yang dalam linkungan 70-80 tahun berbasikal mendaki bukit,kemudian menolak basikal tuanya itu untuk melintas laluan jalan yang begitu sibuk?

persoalan yang timbul dalam fikiran aku
  • Pakcik nie duduk mana?
  • Dia takde anak ke sampai kena kerja sejauh ni
  • Pakcik nie kerja kat mana?
  • Kenapa pakcik nie kena bekerja di usia sekarang nie

banyak lagi lah yang aku fikir..
Perjalanan pergi dan balik menaiki basikal sejauh 7.1 km.agak-agak lah.Apa yang korang rasa.

Kekadang aku macam nak turun dari kereta then nak tanya pakcik tu kenapa pakcik keje..pakcik kan dah tua.Mana anak2 pakcik...tapi apa orang tua tu akan kata kan.."giler ke apa budak nie"

Bila melihat orang tua tu,aku terus teringat orang tua aku di kampung.Alhamdulillah.mereka tidak perlu bekerja teruk seperti pakcik nie.Walaupun pekerjaan ayah agak berat,tapi sedikit sebanyak mak boleh tolong meringankan bebanan ayah kerana mak penerokawati.Alhamdulillah..walaupun kami tidak kaya tapi cukup makan dan pakai..
Tapi pakcik tu...hanya Allah swt.sahaja yang tau.
Setiap kali aku berselisih dengan pakcik tu,aku akan melihat muka pakcik tu,dan aku selalu berdoa  moga pakcik tu sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.hanya itu yang mampu aku tolong untuk beliau. Bila aku tak nampak pakcik tu,mesti aku tertanya -tanya..sihat kah pakcik tu? kenapa dia xde hari nie..macam mana keadaan pakcik tu.
ihsan dari pakcik google

sesiapa yang duduk jb pasti korang tau betapa jauhnya berbasikal dari taman kota masai pasir gudang hinggalah port pasir gudang.kalau korang naik kereta mungkin tak terasa jauh kot..

Insyallah..kalau berkesempatan aku akan curi2 ambil gambar ye..

Nota Dairy : segmen aku akan dilancarkan tak lama lagi...tungguu...

Wednesday, June 26, 2013

Projek 100 bloggers -Bro Framestone

Wednesday, June 26, 2013 20 Comments
Assalamualaikum

Mencuba itu  tidak ada salahnya.Walaupun blog ini tidak mencapai trafik yang tinggi,tetapi ada sedikit kateria-kateria yang ada dalam list "Projek 100 bloggers" nie.


Projek 100 bloggers ini dikendalikan oleh blogger Bro Framestone dalam mengumpulkan 100 blogger Malaysia yang mampu diketengahkan kepada beberapa syarikat yang sudi mengiklan di 100 blog yang terpilih.

Kriteria yang di cari adalah :-

1.Mempuyai trafik sehari dalam 500 UV(sekurang-kurangnya)

2.Setiap blog post mendapat 5-10 komen dari pembaca ( sekurang-kurangnya)

3.Bukan blog copy paste,politik atau menyentuh isu-isu sensitif dan keterlaluan.

4.Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.

5. Blog diupdate sekurang-kurangnya seminggu 4 kali.

6. Duduk di Malaysia dan Warganegara Malaysia.

7. Sanggup memberi komitmen kepada 100 bloggers

8. Lebih diberi keutamaan kepada blogger ber'niche ,kekeluargaan,remaja perempuan(personal),remaja lelaki(personal),teknologi,keusahawanan,makanan.



Kita hanya mampu untuk mencuba dan mencuba jika mahu terus berjaya.
kalau korang nak mencuba jugak jom klik link bawah nie ye




Moh ramai-ramai mencuba nasib..

Hujan Oh Hujan

Wednesday, June 26, 2013 8 Comments
Assalamualaikum

Sememangnya ramai rakyat Malysia yang memohon agar hujan turun semalam.
Alhamdulillah,Doa-Doa mereka ini dimakbulkan..Allah Mendengar segala rintihan umatnya.
Sedikit sebanyak mengurangkan jerebu yang sekarang ini melanda Negara kita.
Segala musibah yang berlaku di negara kita ini,semuanya Ujian dari Allah s.w.t mengingatkan pada umatnya agar terus memohon dan berdoa kepadanya.Mungkin kekadang kita lupa untuk mengucap syukur atas segala kurniaan Nya.

Purata di Facebook semalam menyatakan nikmat syukur apabila hujan menyimbah bumi Allah ini..
Segala kekalutan yang mereka alami ini berakhir dengan penuh kesyukuran.

Mungkin dari jerebu,aku kena sakit kepala.maklum lah terpaksa meneruskan juga pekerjaan harian.So terpaksa menghadapi jerebu tu.Walaupun aku dah pakai mask,tetapi kesan itu tetap ada.

Kepada mereka yang masih lagi terkena jerebu tu,perlulah berhati-hati dan menjaga kesihatan,kerana takut memudaratkan pulak ye.Kurangkan aktiviti luar kalau boleh.










Notes: xberapa hari lagi segmen pertama aku akan dilancarkan...

Tuesday, June 25, 2013

Attention Please

Tuesday, June 25, 2013 8 Comments
Assalamualaikum
Dah 2 hari sakit kepala tak hilang-hilang.Puas dah berurut,lumur minyak kapak satu kepala.
En.husband memang xkasi makan panadol.Tapi disebabkan tak tahan sangat dengan sakit kepala nie,Aku telan jugak panadol tu...Oh TIDAK!!!!




Eh korang..aku bakal membuat 1st segmen bulan depan bersamaan dengan 1st puasa..harap-harap kroang support aku ek..Hadiah taklah banyak mana..Semuanya sponsor by diri sendiri..Nie 1st time aku buat sejak bergelar blogger 3 tahun lepas..

So kalau dapat sambutan boleh la buat lagi..tunggu eh..Dalam kepayahan hari nie,aku buat jugak entry supaya korang tak lupa akan kewujudan Blog kisah Si Dairy nie yerk..

bakal menyusul sikit hari lagi..cewah..dah macam filem pulak..


sorry kat korang hari nie,xdpt nak bw kt blog korang..insyallah,kalau dah sihat boleh bw..mata tak boleh nak tgk screen komputer lama sangat..

Monday, June 24, 2013

Sehari Bersantai Di Tanjung Balau Resort

Monday, June 24, 2013 17 Comments
Niat nak balik kampung minggu ni terpaksa di batalkan disebabkan aku ada kelas hari Ahad.Tapi bila pepagi buta dapat mesej kelas tu dibatalkan rasa macam sedih gila.Sedih bukan sebab kelas dibatalkan,sedih kalau tau xde kelas,hari sabtu tu aku dah balik dah.Boleh la bermalam satu hari kat rumah Mak..

Tapi nasib baik En.husband cekap membaca fikiran aku nie,Terus Dia cakap "Kelas cancel eh" Jom Balik air tawar"..hehehe..apa lagi..dah bagi greenlight..Call mak,pastikan dia ada kat rumah..kot-kot lah dia berjalan,Sia-sia aku balik..

Lepas makan tengahari dirumah,dok sedang berbual,timbul idea nak pergi mandi-manda kat kolam renang di Tanjung balau..Kalau dari rumah aku xsampai setengah jam pun..Dekat sangat.lagipun mak dah biasa bawak cucu-cucu dia ke sana..
Aku 1st time pergi ni..Teruja jugaklah sebab sebelum nie dengar cerita jerk.Boleh la takat nak lepaskan tension bekerja..Nak pi jauh-jauh nak kena ambil cuti pulak kan..So,ambil yang terdekat jerk.
Okalh tu..


pinjam dari Blog yana Halim

budak kecik nie tak takut air..puas pakngah ngan makngah dia jaga..tapi seronok dapat pinjam kejap anak orang..heheh

Ni aku ambil dari jauh..


sengetkan kepala korang sikit ye...jangan sampai teleng pulak..hehehe

Mak long ngan atuk dok cari ape la tu kan..hehe..makanan dah berlambak atas meja tu.

Ape ape pun seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam nie..nasib baik la ada adik beradik yang duduk dekat2 nie jerk.kalau balik rumah mak,mesti aku dok pakat dengan yang lain supaya ikut balik..barulah meriah rumah mak aku tu.
Dekat situ ada chalet kalau korang nak bermalam...kalau korang nak tau lebih lanjut,jangan segan-segan untuk meng"google ye...hehehe..




Saturday, June 22, 2013

Segmen Topup 3 Hari Bersama AkuBahrain

Saturday, June 22, 2013 11 Comments


http://www.akubahrain.com/2013/06/segmen-topup-3-hari-bersama-akubahrain.html


Jom join Segmen Topup dari akubahrain.com kali ke-2
Segmen ini akan berlangsung selama 3 hari sahaja mulai pada jam ini.
TAMAT pada pukul 11.59 malam bertarikh 22 Jun 2013. 

 SYARAT-SYARAT :
(SILA BACA DENGAN TELITI!)

(1) Follow blog akubahrain.com termasuk Google +
(2) Buat entry bertajuk "Segmen Topup 3 Hari Bersama akubahrain"
(3) Wajib Copy dan paste Code html Yang telah  disediakan Oleh akubahrain.com pada entry korang 

Tutorial Copy paste kod html




(4) Wajib klik di sini [jujur] --> SINISINI dan SINI
(5) Letakkan url entry korang di blog ini --> akubahrain.com 


HADIAH : 
Cabutan Bertuah
RM5 x 6

SELAMAT MENYERTAI SEGMEN!

"1st Mini GA by Random Rainbow"

Saturday, June 22, 2013 9 Comments
Assalamualaikum


SYARAT2 PENYERTAAN :

1. Bloggers yang ada alamat tetap di Malaysia.
2. Follow blog ni & like fanpage INI ( Kalau dah sila abaikan )
3. Klik  SATU , DUA , TIGA , EMPAT , LIMA 
[ Jujur ye, & tunggu sampai habis loading, Tuhan nampak tau :) ]
4. Last but not least, buat satu entry bertajuk "1st Mini GA by Random Rainbow"
 Tempekkan banner di atas tu pada entry anda, backlinkkan ke sini. Pengisian entry terpulang.
 Sebaiknya tag 2 / 3 orang blogger lain, tapi tu pon terpulang juga.
5. Hantar link entry tersebut pada ruangan comment di entry ini sahaja.

Haa senang jee kan syarat2 nyee? Ok meh tengok hadiah pulak:

HADIAH

# Coupon RM 30 Domino's Pizza x1 ( Top Referral )

Lucky Draw:

# Coupon RM 15 Domino's Pizza x1
# Coupon RM 3 Domino's Pizza x1
# Topup RM 5 x2
# Review Blog x3

Tarikh Mula : 21 / 6 / 2013 ( Jumaat )
Tarikh Tamat : 23 / 6 / 2013 ( Ahad, 11:59pm )
*sebarang perubahan akan diupdate kemudian

Blog Under Service

Saturday, June 22, 2013 12 Comments
Assalamualaikum


Wah...Tenang rasanya bila dapat tengok dan menaip entry hari nie.Setelah beberapa hari Blog nie Under Service..Perbetulkan apa yang patut.

Kalau dlu suram je kan...sekarang dah nampak keceriaan blog.Cer korang komen sikit.
Pastu tepuk tangan tanda terima kasih kat Deno.Budak kecik tu lah yang telah mencantikkan blog aku yang dulunya suram je..Sekarang dah ada warna warni...comel kan...

Thanks kat Deno yang sudi melayan karenah akak ni yang super cerewet.ngada nak cantik bagai...Tapi Traffik tak tinggi mana pun..

Mungkin ada kawan-kawan yang tuari nak blogwalking kat blog yang super x famous nie,xboleh nak masukkan..Sebab Deno dah privatekan blog nie untuk orang2 VVIP sahaja..hahaha...Untuk tugas menservice la kononnya...
Dan sekarang Hasilnya...Alhamdulillah...

Perbezaan banyak tau...Tang HEader tu.

Dulu

Sekarang

Siap ada banner lagi...




                                                 
                                                        

Comeyy tak Kak Ton

okalh...dah nak start buat keje...sat gi nak bw kat blog kengkawan pulak...


Wednesday, June 19, 2013

Follow Us @aida_yusof81