19
Assalamualaikum

Dalam Entry terawal tadi aku ada sebutkan ada berlaku semalam kan??
Dah terjah belum entry aku pagi tadi..Kalau terlepas korang boleh baca lagi..Ni semua pasal kembar..
Meh sini aku nak share ngan korang apa yang berlaku kat aku semalam...Bukan cerita pasal gaduh laki bini..hehehe..

Cerita nie mungkin sebab Allah nak menduga umatnya supaya bersabar dalam segala hal.
Rasa belum lagi habis satu masalah,masalah lain yang timbul.Tapi aku menghadapinya dengan penuh keredhaan walau dalam hati nie ada juga yang menyimpang ke lain...isk..isk..isk..

Ini juga berkaitan dengan penggunaan harian aku bersamanya..Tak sangka semalam dia merajuk..isk..iskk...Kenapalah kau merajuk ek..Rasa baru 2 bulan lepas aku belanja kau sampai rm700.bulan lepas Rm200,dan bulan nie,aku tak tau berapa pulak ko nak ketuk aku...
Kalau duit aku banyak,dah lama aku tukar lain...Tapi fikirkan kau banyak berjasa pada aku dan aku sayang sangat kat kau,jadi aku terpaksa jugaklah manjakan kau sekali lagi..

Korang tau apa yang aku maksudkan tu..
v
v
v
v
v
v
v
v
sumber :google


Ni hah!!!...saja je nak pau tuan dia...Lepas aku balik menziarah nenek aku di Hospital,aku singgah di Station minyak berhampiran dengan rumah.Lepas tu dengan penuh confident,En,husband masuk kereta semula dan start enjin...Tetiba bunyi meletop yang kuat sangat..Terkejut kami bila tau bunyi meletup tu datangnya dari kereta kami...Terkejut sakan kami,sehinggakan orang lain pun perasan.yelah!! dah bunyinya kuat..mamat sebelah kereta kami nie,siap tengok tayar kereta dia lagi..Ingatkan kereta dia meletup..

Rupanya kereta kami..Ni mungkin sebab licking yang banyak di biarkan sehingga minyak hitam kami habis..Aku pun tak pandai nak bercerita sangat bab kereta..Sebab aku tau bawak je..En.husband pun dah dekat sebulan tak check minyak hitam dan air kat kereta tu..

Memang dah sedar licking kat enjin dari bulan lepas,dah memang niat nak tukar baru,tapi disebabkan masatu raya cina,dan peniaga selalunya time nie nak cekik darah orang,.Sotak jadilah nak tukar...Hinggalah dah jadi macam nie..ada yang cakap head kereta kami dah meletop..entahla.tak pandai nak bagitau kat korang..Cuma orang lelaki taulah apa dia yang problemnya..yang aku dengar pasal gasket/piston/head...
Entah tak tau mana satu.Akhirnya kereta kami tersadai sahaja di Caltex.Mujur abang ipar balik,so dialah yang ambil kami.nak hantar kereta ke bengkel dah malam sangat..Lebih kurang pukul 10 lebih jugak la.

Pagi nie aku mintak abang aku yang hantarkan kerja..Ikut hati nak cuti je.tapi fikir nak cuti lagi nanti bulan 3,Terpaksalah juga kerja..
Tak taulah berapa pulak yangkena tu nanti..kalau dah kena turun enjin bagai,agak agak korang la..berapa la tu ye...Tu yang aku fikirkan semalam sampai susah nak tidur..

harap dipermudahkan segalanya...Nasib baik ada simpanan skit..tapi tak taulah cukup ke tidak kan..kalau kena ribu riban...huhu..risau risau..



Post a Comment

  1. Normally org pompuan memang tahu bawak je... yg lain2 dia tak tahu tp sy lagi terer.. dua2 tak tahu. asben sy dia tahu jugak pasal kereta & blh la jugak repair sikit2 yg benda2 kecik.. dia jenis kadang2 dia beli je sparepart kalau dia tak pandai pasang dia bawak bengkel.. kalau kat bengkel ni kadang2 caj barang tu melampau sgt.. tu sebab asben sy jenis suka cari sendiri

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam singgah sini KSD...sama macam Diana..tau pandu jer..tpi lau da ada bunyi yang lain sikit...mulalah gelisah....sabar jer KSD..setiap yang terjadi mungkin ada Rahmat yang tersembunyi...mudahan di permudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..

    ini laa masalah yg selalu dihadapi org yg bawa kenderaan..bila ada problem mmg kena keluar duit lebih..

    ReplyDelete
  4. Sabar je lah....orang yg ada keta mmg sangat faham situasi camni...klu kena masa2 yang tengah kering mmg sakit. Nak2 lagi kalau rosaknya teruk...huhu

    ReplyDelete
  5. Huhu... Si viva tu pun licking juga, tggu de rezeki juga nk g repair...

    ReplyDelete
  6. Alahai kak...kesiannya..sally pun baru betulkan kereta ibu minggu lepas..ni nak tunggu gaji nganga...

    ReplyDelete
  7. syukur tiada kejadian buruk yang berlaku.. aiza pun tahu pandu je kak.. tapi kena survive juga bab nak pergi servis atau tukar tayar ke sebab aiza takde adik beradik lelaki.. pernah rasa macam nak nangis je..

    ReplyDelete
  8. kalau part2 kereta memang kita pun tak taw sgt sis..tpi syukurla juga sis selamat..sabar jela ya sis dahla tengah2 bulan nie kan

    ReplyDelete
  9. kalau cerita bab maintenance kete ni mmg tak abis..

    ReplyDelete
  10. mau tak terkejutkan kak....apapun nana doakan semoga semuanya dipermudahkan....amin..insyaAllah...jangan risau2 ye kak...

    ReplyDelete
  11. hana minat kereta. tapi tak tahu pasal kereta. mcm mana tu? haha btw semoga dipermudahkan segala urusan. :)

    #thnx follow. hana follow sini jugak :)

    ReplyDelete
  12. Risau pulak dengar cerita ni.kita ni pun jenis yang pandai bawa kereta ja..yang lain tu semua dibuat oleh services centre...kena hantar services..dah terlebih waktu cuma penggunananya masih belum cecah waktu yang sepatutnya..Apa-apa pun Alhamdulillah kena kat station minyakkan..dan tak ada apa-apa yang berlaku...

    ReplyDelete
  13. nasib baik tak ada kejadian buruk berlaku kan sis..biasanya kita orang perempuan memang tahu bawak je, tapi kadang kala kena juga belajar bab bab servis servis ni kan :)

    ReplyDelete
  14. Terung terang cakap, siap sedialah 2~3 ribu. Kalau kereta Jepun/tempatan murah sikit tapi kalau jenama lain...bersedialah. Semoga kerosakannya tidak teruk dan kosnya kurang. Amat memahami keadaan seperti ini...sabarlah, semoga Allah permudahkan urusan anda.

    ReplyDelete
  15. sama macam sy,tau bawak je yg lain tak amik tau..tp mujur en suami jenis alert n jaga segala hal berkenaan kereta walaupun beliau jarang bawak..

    harap dipermudahkanlah.bawak bersabar ye..Insyaallah ada jalan.

    ReplyDelete
  16. kalau kereta yang rosak memang sakit poket....kena ada back up tu.....

    ReplyDelete
  17. kereta tu nk bermanje ngn tuan dia.. hehe.. biasela kak bila dah pakai kereta.. peruntukan tuk kereta tu kene siap awal2.. baru selamat

    ReplyDelete
  18. semoga dipermudahkan urusan akak n husband ye.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top