28
Assalamualaikum

Ada yang kata perlu...Dan ada juga kata tak perlu...Itu bergantung kepada kondisi badan masing masing kan..

Seperti yang aku baca,keguguran itu lebih serius dari kelahiran.Keguguran itu umpama buah yang gugur sebelum masak.dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.

Angin gugur adalah angin yang menyerang selepas keguguran yang mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada masalah...

See...itu sebabnya perlu berpantang.Masa aku disahkan keguguran,takdelah rasa sakit kat mana-mana..Just masa tu pening pening kepala..Terus ajak en.husband ke klinik..Sebelum ke klinik tu pun instict kuat mengatakan baby dah takde...Yelah masa tu baru 3 bulan..Takde rasa pergerakkan lagi..Cuma orang yang mengandung je dapat rasa kehadiran baby dalam tummy kan..
sumber : google
Serius dalan hati,harapan untuk baby tu survive memang nipis sesangat,,,Bila scan,kantung baby dah tak cantik...heartbeat baby pun dah takde..Walaupun aku dah makan macam2 vitamin yg doktor bagi+ minum susu pun,still "anak aku Bukan Milik aku"...Terus Doktor swasta merujuk pada Hospital kerajaan.baru tau azabnya kena scan..kena cucuk...adoiii...Bab nie memang tak payah cerita la..Last2 doktor suruh balik berehat..Tunggu sampai baby keluar sendiri..Kalau boleh Doktor taknak D&C..sebab takut memudaratkan..

Esoknya perut memulas2..Dan dah nampak darah banyak keluar..Sampai aku pun tak tau mana satu darah,mana satu baby yang keluar...part tu dah pening sangat2...Duduk..rilekskan diri sambil menangis tak henti2..Trauma sekejap..Sampai petang,baru nampak Segumpal darah dan daging yang menyerupai baby..Dan itu aku pasti..baby keluar dah..
Petang tu jugak,Mak aku datang bawak balik kampung..bertungku sakan..Berpantang..Berstokin bagai.Memang betul2 macam berpantang.waduh..Masa tu masih bleeding lagi..Terhentak sikit dalam kereta pun darah dah banyak keluar..Gamat sih!!!
sumber :utusan

Selain bertungku,aku jugak berurut..Dan pada hari ketiga tulah,kantung baby keluar sekali dengan darah yang banyak...Bleeding cukup 5 hari...walau pun tak banyak tapi khuatir jugak..At last...Dalam masa seminggu bleeding dah stop..Dan baru nak kumpul energy balik..Tu yang cuti sampai 2 minggu .

Omaiii..Panjang sungguh cerita aku ni..Ada ke orang nk baca,...hehehe...yang penting kepentingan berpantang amat2 lah perlu untuk diri sendiri.Harap ada peluang lagi lepas nie..Insyallah..

Post a Comment

  1. sama je macam bersalin la kan ...

    ReplyDelete
  2. apa yang penting jaga diri baik2 ye...^_^

    ReplyDelete
  3. I'm sorry... :(
    Walaupun tak pernah mengandung, tapi terasa kesedihan si ibu :'(

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah ada rezeki lagi nanti, kami sentiasa mendoakan KSD diberikan peluang olehNya....

    ReplyDelete
  5. Semoga terus tabah dan kuat menerima ujian dari Allah. Sentiasa positive...Insyaallah, ada hikmahnya. Jaga kesihatan dan teruskan usaha.. :)

    ReplyDelete
  6. pernha dgr org kata kalau keguguran mst kena berpantang jg mcm berpantang lepas bersalin..
    mungkin skrg tak ada rejeki buat KSD, InshaAllah berkat kesabaran pasti ada penggantinya nnt.. take care ya =)

    ReplyDelete
  7. ya ida..keguguran lagi teruk pantangnya...takpalah takda rezeki..insyallah nanti allah bagi ganjaran untuk awak yer..takmau sedih sedih ek

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak ida, teringat masa sheila keguguran awal nikah dulu. tengok seketul darah macam bentuk hati ayam keluar. menangis, menggigil badan. Allahurabbi.. semoga Allah pelihara kandunganku ini.. Kak Ida kuatkan semangat ye yangg. In shaa Allah, ada rezeki lagi. Be positive okey. Jaga diri baik2 kak (",)

    ReplyDelete
  9. sis ida kuatkan semangat ya..jgn sedih2.baby tu pasti akan cari sis nanti di cna..dgr crita memang mcm tu la.kalau keguguran kena juga brpantang

    ReplyDelete
  10. Besar ujian mereka yg berpantang kerana keguguran. Anak tiada tapi kena berpantang.Memang sedih. Tapi itulah Allah juga yg maha mengetahui.

    Pada kakak baiklah berpantang demi menjaga kesihatan..

    ReplyDelete
  11. berpantang rasanya akan kekal sampai bila2..
    walaupn zamn dan maju tp still org amalkan berpantang nie.
    mmg kira mujarab ler berpantang nie,

    ReplyDelete
  12. singgah intai sini..salam jumaat :)

    ReplyDelete
  13. Pada pendapat saya haruslah berpantang jika keguguran. At least berehat 2 minggu untuk kita pulihkan emosi dan kesihatan.

    ReplyDelete
  14. masa preggy ni kena jaga sangat² kan..risau apa² jadi lagi untuk kali pertama..InshaAllah akan ada rezeki untuk akak lagi..fiza baca pun tumpang sedih..seram n takut pun ada.take care kak

    ReplyDelete
  15. orang kata kalo kita keguguran pantang nyer sama ngan pantang bersalin...
    kwna kuatkan semangat yer...

    ReplyDelete
  16. Sheila miscarriage ker??harap Sheila tabah menghadapi dugaan ini..mungkin ada hikmah disebaliknya..Insyallah mana tahu lepas nie dikurniakan kembar pulak.. :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. in syaa Allah, kalau dah pernah lekat, akan ada peluang lagi.. tunggu jer.. berpantang elok2 sebab untuk diri kita juga..

    ReplyDelete
  18. @Azlan Striderpembetulan...bukan sheila yg micarriage..mintak jauhkan...owner blog nie...hehehe

    ReplyDelete
  19. Saya baca sampai habis ni...hehehe...

    Keguguran pon kena pantang mcm org lpas bersalin juga. Tak per...in syaa allah ada rezeki tu nnt. Mana tau dapat kembar plak nanti.

    ReplyDelete
  20. Saya baca sampai habis ni...hehehe...

    Keguguran pon kena pantang mcm org lpas bersalin juga. Tak per...in syaa allah ada rezeki tu nnt. Mana tau dapat kembar plak nanti.

    ReplyDelete
  21. jaga diri ya kak..... in sha allah ada rezki lps ni

    ReplyDelete
  22. Mmg kna,bpntg mcm org bersalin.. Utk pulihkn tnga dlmn... Xpe lpas ni pasti de rezeki lain insha Allah...

    ReplyDelete
  23. semoga kuat dan tabah...memang perlu berpantang sebab darah tak keluar habis tu....ada makan ubat tak selepas ini?

    ReplyDelete
  24. Apa pun yg ppaling penting, kesihatan kena jaga.. semoga Allah terus kurniakan ketabahan.. aamiin.. :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top