16
Assalamualaikum


penceraian
sumber :fb
Dalam kita menjalin hubungan suami isteri.Apakah elemen yang penting yang harus ada dalam hubungan itu..
Adakah ianya sekadar hanya di bilik tidur tanpa memikirkan aspek yang lain?

Dalam setiap hubungan aspek yang harus ada adalah Percaya,bersikap terbuka ,komunikasi dan yang paling penting kejujuran.

Perkara di bawah  ini menjadi tunggak kekuatan setiap perhubungan.

Kepercayaan.
Perkara yang wajib dalam setiap hubungan.Setiap pasangan perlu mempercayai setiap tindak tanduk pasangan samada ianya diluar dan di dalam.Sikap tidak mempercayai pasangan boleh membawa kepincangan dalam hubungan itu.contohnya...Jika si suami tidak mempercayai setiap tindak tanduk isterinya bekerja atau tidak percaya untuk berkongsi apa saja yang dimiliki seperti harta dan masalah.

Bersikap Terbuka.
Perlu juga...Hubungan suami isteri perlu bersikap terbuka,menerima kelebihan dan kekurangan pasangan dalam apa jua bentuk.Berkongsi apa sahaja masalah,suka dan duka dalam kehidupan dalam pasangan.Jika sikap itu tidak ada dalam diri..Apalah gunanya pasangan itu dijadikan sebagai isteri atau suami.

Kejujuran
yuppp...Kejujuran atau jujur bermaksud benar, sesuatu perkara, pernyataan, kata-kata atau perbuatan yang benar, kebenaran, tiada penipuan atau dalam erti kata lain yang lebih mudah adalah tidak menipu, tiada penipuan berlaku samada di dalam perbuatan, tingkah laku , pernyataan atau tutur kata...itulah yang perlu ada dalam setiap perhubungan

komunikasi
Komunikasi juga satu perkara penting yang perlu juga dititik beratkan.Dalam apa juga masalah yang timbul dalam hubungan,komunikasi itu perlu bagi mengelakkan salah faham antara satu sama lain.

7 faktor penceraian

1. Kegagalan Memikul Tanggungjawab
Sama ada suami atau isteri, masing-masing mempunyai tanggungjawab bersama dan perlukan persefahaman. Jangan mempertikaikan tanggungjawab pasangan kerana setiap manusia mempunyai kekurangan diri masing-masing. Eloklah memperbaik diri dan memandang ke arah lebih positif. Namun tidak salah mengambil kira nilai negatif agar ada perubahan yang lebih baik.
2. Asas Agama Yang Rendah
Salah satunya ialah tahap kesabaran dan iman yang kuat. Pasangan perlu mempunyai pegangan agama yang tinggi. Hal ini berlaku kerana asas agama yang rendah boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat. Ia sekaligus dapat dipengaruhi oleh hasutan yang bakal meruntuhkan rumahtangga.
3. Campur Tangan Pihak Ketiga
Masalah akan menjadi bertambah rumit jika ada campur tangan daripada pihak ketiga. Tidak kiralah daripada sebelah pihak lelaki atau perempuan. Di sini suami perlu bijak mempertahankan hak rumahtangga agar tiada sesiapa berani mengeruhkan lagi keadaan.
4. Perbezaan Budaya
Ini terjadi kepada pasangan yang berbeza budaya dan agama. Pasangan sukar menerima perubahan yang mendadak terhadap rutin harian ke atas dirinya. Ia sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada individu yang mengalaminya. Tambahan pula kurang sokongan mental daripada pasangan.
5. Masalah Seksual
Mempunyai masalah terhadap hubungan intim antara suami dan isteri. Gangguan persekitaran atau ada masalah kesihatan yang boleh mengganggu keinginan untuk bersama pasangan. Pasangan perlu bersikap terbuka dalam membincangkan masalah seksual yang dialami. Sekali-sekala luangkan masa dan jauhkan daripada sebarang gangguan untuk menikmati masa bersama yang berkualiti.
6. Kewangan
Sumber kewangan yang kukuh boleh mempengaruhi kesejahteraan hidup berumahtangga. Menghadapi masalah kewangan juga boleh menjadi punca penceraian kerana pasangan tidak mampu menanggung perbelanjaan keluarga. Ini biasanya dialami oleh suami yang tidak dapat menyediakan segala keperluan serta perbelanjaan yang secukupnya. Kemungkinan berlaku jika suami tidak bekerja atau berpendapatan kurang daripada isteri.
7. Kerjaya
Perbezaan bidang kerja antara suami dan isteri dapat menjarakkan hubungan. Kesibukan dengan tugas masing-masing membataskan kemesraan antara pasangan. Kemungkinan juga suami tidak memahami bidang tugasan si isteri begitu juga sebaliknya. Pertikaian sering berlaku kerana rasa tidak puas hati dengan pasangan masing-masing.


PUNCA PERCERAIAN.

Mengikut analisis yang dibuat antara punca kes perceraian adalah, di pihak suami tiada persefahaman mencakupi 43.33 peratus, masalah tidak bertanggungjawab 32.93 peratus, masalah akhlak atau sosial 12.03 peratus dan campur tangan pihak ketiga 5.54 peratus sementara ekonomi 2.62 peratus.

Sementara isteri pula memberi sebab bercerai kerana tiada persefahaman 69.44 peratus dengan alasan mereka tidak mahu memanjangkan cerita selain 17.68 peratus disebabkan tidak bertanggungjawab dan masalah akhlak atau sosial 5.84 peratus. ( berita utusan Malaysia, 30/12/2010 ).



"Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya." [An Nisa':19]

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sahabatku, mahukah kamu aku khabarkan satu amalan yang lebih besar fadilatnya berbanding puasa (sunat), sedekah (sunat) dan solat (sunat)?” Maka Abu Darda’ menjawab: “Ya, Rasulullah.” Baginda membalas: “Itulah mendamaikan perbalahan dalam keluarga dan masyarakat.” (Riwayat Al-Tirmidhi Abu Daud) Rasulullah turut menyatakan bahawasanya: “Kerosakan dalam hubungan rumah tangga, kaum kerabat dan organisasi masyarakat akan menghakis (ketaatan dalam agama).” (Riwayat Ahmad dan Tirmidhi: Hadis Hasan) Apabila wanita sudah bekerja dan berpendapatan sendiri, mereka tiada lagi punyai masalah untuk bercerai, hasilnya berdasarkan kajian, ‘trend’ perceraian bagi tempoh 1998-2002 menunjukkan hampir 70 peratus kes perceraian di Kelantan, Johor dan Terengganu dipohon oleh wanita (isteri).


sumber: sini , sini

Post a Comment

  1. apa yg sy faham dgn sikap pasangan terutamanya isteri ialah..jangan sampai hilang percaya...sekali kantol pasti tersemat dalam hatinya...

    fikir2 lah wahai suami , isteri pun begitu juga saling menjaga kridebiliti masing2..insyaallah.

    ReplyDelete
  2. paling ketara masalah kewangan dalam berumahtangga.....

    ReplyDelete
  3. Saling percaya dan terima seadanya pasangan masing2....in sha Allah, bahagia :D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  5. terima kasih peringatannya kak ^_^

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
  6. Sentiasa muhasabah dan re check diri dan pasangan. Mana yg kurang dibaiki dan tambah ilmu dunia akhirat. Bahagia selamanya hingga ke syurga...insya Allah.

    ReplyDelete
  7. setuju ! hehe..mcm syira da kawin je :P

    ReplyDelete
  8. saling percaya antara satu sama lain itu penting

    ReplyDelete
  9. kepercayaan dan kejujuran. faktor penting.. :D

    ReplyDelete
  10. Nice sharing... Letakkn asas agama dan khwin kerana Allah.. Insha Allah selamat dunia akhirat...

    ReplyDelete
  11. haha... oppss maaf komen.. saya tak kawin lagi..:P

    ReplyDelete
  12. Kejujuran dan kepercayaan antara satu sama lain tonggak utama hubungan bagi nad hee

    ReplyDelete
  13. Itu semua sangat penting dalam hubungan. bukan sahaja untuk suami isteri dalam persahabatan juga begitu. ;)

    ReplyDelete
  14. dua-dua perlu main perana dalam mengekalkan kebahagiaan rumah tangga dan sokongan keluarga pun perlu

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top