12
Assalamualaikum



Dalam islam tiada istilah untuk sambut Valentines Day ni..Perayaan ini hanya di sambut oleh mereka yang bukan islam je..

Apakah Valentines Day mengikut Pemahaman sejarah

Bagaimana hukumnya pulak bila Orang Melayu menyambut perayaan itu?

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.)
Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi.
Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, 3512.)
Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Israa’ : 32)

Aku berharap sangat Orang melayu khususnya para remaja di luar sana tidak menyambut perayaan ini,kerana takut adanya pihak ketiga yang menghasut dan menghitamkan hati kita untuk berbuat sesuatu yang boleh mencalarkan maruah diri dan keluarga. Jagalah maruah diri sebaik mungkin..Kesian kat mak ayah..:)
Korang faham fahamlah pihak ketiga tu sape ye..



sumber : sini

Post a Comment

  1. haram menyambut hari kekasih ni...good sharing akak..:D

    ReplyDelete
  2. Good info. Bebudak remaja skang teruja sambut valentine dari sambut maulidur rasul.

    ReplyDelete
  3. orang Islam dilarang menyambut hari ni.....

    ReplyDelete
  4. hukum nya haram.. hari2 boleh berkasih sayang kalau dah kawin.. hehe...tak yh nk tggu 14hb

    ReplyDelete
  5. walaupun dah banyak kali diingatkan, tapi masih ada diantara masyarakat islam malaysia yang masih tak paham betapa pentingya isu ini dalam usaha membina akidah yang lebih baik...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. rosak akidah menyambut valentines day ni.saya NO to valentines day!

    ReplyDelete
  7. jelas hukumnya haram.. hari-hari boleh berkasih sayang dengan suami/isteri yang sah.. bukannya nak tunggu 14.2 je..

    ReplyDelete
  8. salam singgah. dulu masa zaman jahililah macam best ja hari valentine. tapi bila dah besar boleh pikir, takda faedah pun sebenarnya. tak payah terikut-ikut. kalau nak berkasih sayang, lepas nikah kawin 24/7/365 boleh berkasih sayang :)

    ReplyDelete
  9. Msykt kita mmg harus sedar.. mmg tak patut utk meraikannya.. nauzubillah...

    ReplyDelete
  10. tak perlu la sis..haram tu di sisi agama kita

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top