29
Assalamualaikum

Bila hari nie masuk kerja,macam macam cerita yang aku dengar..Tu baru sehari..Tapi kes nie kes yang aku rasa paling besar.Bila kena dekat korang pun,mesti korang menggelabah gila..
Apa korang akan buat bila Kereta korang yang elok parking tiba-tiba hilang,..mau terkejut beruk korang kan..

Itulah yang berlaku pada Staff di Company aku ni,semalam satu lagi kes yang berlaku kat company aku ni,kereta hilang lagi..Masuk nie rasa dah 3 atau 4 biji kereta yang dah hilang sejak company nie ditubuhkan..Ada juga motor yang hilang..

Yang peliknya company nie takde buat action ape2 pun pasal kes kehilangan tu.By the way,company aku nie hired foreigner untuk jadi pak guard..Pak guard pun asyik duduk je dalam reban dia tu..Apa pun tak boleh

sumber : google
Bila dah jadi kes seperti ini,of courselah nak kerja pun tak senang hati.Risau kan kereta punya pasal kan..
Terpaksalah ambil inisiatif sendiri untuk check sendiri keadaan kereta yang di parking kat luar tu..

Sakit hati bila guard tu dah nampak ada orang yang datang berhampiran kereta tu,tapi sibuk nak cari owner kereta punya pasal,last last buat buat lupa nak inform dengan management.Tak boleh pakai betul guard tu..

Dah buat report polis semalam,tapi macam xde benda yang diorang buat..Siasat atau ronda-ronda di sekitar nie pun takde..bab tu aku no komen la.Kang nanti dikatakan kerja diorang ,taulah diorang buat,walaupun rasa tak puas hati je..Dahlah ..tutup cerita pasal polis tu..

Company  aku ni lagi la sengal ubi,buat dono je bila kes macam nie terjadi,Tak pulak kena pada kereta management,nak tengok sejauh mana diorang akan buat pemantaun kes ini.

Lebih berhati hati sekarang nie,kereta tu dicuri di tempat parking kereta yang selalu aku Park..Staff yang kehilangan kereta tu,selalunya bawak motor je,entah kenapa tiba-tiba semalam bawak kereta pulak..Parking tempat aku selalu parking,sebab semalam aku tak datang kerja..kalau semalam aku datang kerja,..Tak dapat bayangkan macam mana kereta aku..huhu..





Post a Comment

  1. Mesti la hati-hati. Ramai orang tak baik :(

    ReplyDelete
  2. lain juga company tu sis..tak ada inisiatif bagi keja pak guard mkn gaji buta..masalah klau mcm tu..hati2 kereta sis tu

    ReplyDelete
  3. ayooo bahaya tuuuuu... pak guard pun kena kerja kuat sikit menjaga dan men"guard" kawasan.. ni duduk je dlm reban mmg seronok la para perompak tu..

    pls be extra carefull ya sis

    ReplyDelete
  4. sepatutnya company tu kena bertindak la kak.. tukar je pak guard tu, buat rugi je bayar gaji diaorang kalau kerja tak buat.. ada hikmah juga semalam kak bercuti ya.. semoga dilindungi oleh Allah selalu..

    ReplyDelete
  5. giler tak susah hati.. kes berat ni KSD.. harta benda kita mesti lah kita ralat kalau hilang.. company pun kena buat something sbnrnya.. bukan sekali dua baru hilang.. *emopulak* ;P

    ReplyDelete
  6. kena letak guard utk jaga parking nihh..klu dibiarkan takde tindakan parah jugak..

    ReplyDelete
  7. tak boleh jadi ni kak, kena buat aduan pada yang berkenaan. Company tu pun sepatutnya mengambil langkah2 berjaga2, tapi betul la kak aida cakap tu, sengal ubi!

    ReplyDelete
  8. ..mungkin pencuri tu pilih kereta yg mahal ajer, nasiblah kepada pemilik yg nampak mewah tu..btw , sy tetap simpati dgn korang semua dapat pengurusan keselamatan yg tak pentingkan kebajikan pekerja mereka.

    ReplyDelete
  9. takde org complain dkat org atasan ke? mitak diorang tambahkan bilangan pak guard ke.. bahaya kalau dibiarkan gejala begini berleluasa.

    ReplyDelete
  10. takde org complain dkat org atasan ke? mitak diorang tambahkan bilangan pak guard ke.. bahaya kalau dibiarkan gejala begini berleluasa.

    ReplyDelete
  11. Memang tak senang duduk kalau jadi lagu ni...

    ReplyDelete
  12. Tu la. Kalau saya pun bengang. Takda buat apa² better takyah report. Barang hilang takpa lagi, kalau benda lain yang pencuri berani buat macam mana pula la kan.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  13. Tu la. Kalau saya pun bengang. Takda buat apa² better takyah report. Barang hilang takpa lagi, kalau benda lain yang pencuri berani buat macam mana pula la kan.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  14. Scarynya. Pak guard pon tak boleh pakai. Cer keta orang penting yg hilang, mesti on the spot dorang take action kan.

    ReplyDelete
  15. kena lebih berhati2 laa kn..jgn tinggalkn barang2 berharga dlm kereta.

    klu kete boss yg kena baru nak ambil berat kot kn..

    ReplyDelete
  16. kalau dah byk kes kecurian macam ni kena ambik tindakan lah, tgk apa yg perlu, x kan nk biarkan terus !

    ReplyDelete
  17. sepatutnya company tu pun kena ambil tindakan kan sis...kalau tidak makin berleluasa la kes jenayah camni

    ReplyDelete
  18. dah tentu ler menangis kalau kena kat kereta sendiri....yang pak guard ini pun tak guna jugak...makan gaji buta ker apa....mahu aku lesing pak guard macam tuh......

    ReplyDelete
  19. kesiannya kereta ke curi.. sedang kan kereta kena pecah pun dah tak tentu arah..apa lagi kalau lenyap dengan kereta2 terus.. management la ni kena ambil tindakan...

    ReplyDelete
  20. Ikss... bahaya betol la..! camne bole curi keta dalam kwsn company ni? menunjukkan sistem pengawasan tidak berkesan.. Management pun sengal ubi gak kalau dah kejadian berulangkali terjadi dan terus terjadi.. employees kena buat surat bantahan, hantar kat management suruh perketatkan sistem security.. hati2 ea

    ReplyDelete
  21. memang tak selamat la kak macam tu..
    ape ke pelik benar management tak amik kisah??
    rasanya kena kat dorang baru ada respon kot..
    len kali kena beringat la kak..

    ReplyDelete
  22. Mana2 parking kereta memang bahaya..x kisah la kat mana pun....

    ReplyDelete
  23. Memang xsenang hati nak kerja kalau macam ni. Asyik teringat kerete ajer la...Suruh mgmt pasang CCTV pulak lah

    ReplyDelete
  24. Mesti risau, naik public la, smtra keadaan okay..huhu

    ReplyDelete
  25. Saya pernah tau satu kes seorang kawan yg keretanya kena pecah sewaktu parking di satu kawasan di kl. Habis radio & speaker berserta lcd habis lesap. Bila disiasat, lama kelamaan pecah cerita yg guard di situ bersubahat dgn penyamun.. bnyk yg terjadi. Tp apakan daya, dah siasat pun barang2 tu bukan boleh dpt balik. Mahal2 pulak, tp syukur kereta tak hilang... mmg merisaukan..

    ReplyDelete
  26. alamak..nasib akk xdtg keja.kalau x, akak lah yg meraung2 ti.kesian kat staff tu eh.

    company xpsg cctv ke?

    ReplyDelete
  27. Eeee.. bahaya ny !!! Xpatot laa cmpny lepas tgn cmtuu.. kena consider laa.. kn tu staff. Nnti kalo staff xda kenderaan p keja, kan tu mggu prestasi staff dan juga cmpny. Patot ny management kena cr inisiatif jg pasal kes mcm ni.. huhu.

    ReplyDelete
  28. risau betul kalau kes macam ni berlaku..dahlah bukan senang nak beli kereta or motor kan..orang sng² je curi.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top