9
Assalamualaikum

Migrain nie memang dah sinonim dengan tubuh badan aku..Nak kata kerap tu taklah sangat.Tapi bila Migrain ni datang,Makan dua tiga hari jugak nak baik..Sebelum keluar rehat ni,aku dah rasa sakit kepala mencucuk-cucuk ni...Tak tau lah boleh OT ke tak ni...huhu..
migrain
google
Apa itu Migrain?

Migrain nie sejenis sakit kepala yang kronik(ha!!!,...kronik sangat ke)Mangsa Migrain mungkin tidak dapat melakukan tugas seperti biasa ,tidak boleh makan ,minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika ianya menyerang.Migrain nie selalu akan rasa kepala berdenyut-denyut disebelah bahagian kepala..
kalau ada yang kronik tu,migrain boleh menyebabkan rasa pening,muntah,cirit birit dan juga sensitif pada cahaya dan bunyi..
Pinjam google jap..Ubat nilah aku gunakan sejak bertahun-tahun selain minyak kapak..Memang standby dalam beg je...

Hah!! korang dah tau dah!.Bila migrain ni,aku memang tak boleh nak melakukan tugas dengan sempurna..
Aku jugak tak boleh nak memandang screen komputer ni sangat sebab cahaya nya tu boleh membuatkan kepala aku terus berdenyut-denyut..Aku rasa dekat 10 tahun lebih dah migrain ni..Ubat macam biasalah..Telan macam mana pun,lambat jugak nak baik..
Selalu apa yang aku buat bila migrain,Aku akan ambil panadol atau ubat migrain yang warna kuning tu,pastu aku ambil minyak kapak dan aku akan sapu seluruh bahagian kepala dengan banyaknya..Perhhh..Skema ayat aku ni.Then,barulah aku baring or tido..Lepas tido,aku kena mandi dan siramkan air banyak-banyak kat kepala aku ni

Terbaca sebab sebab gaya hidup yang menjadi punca migrain ni,

-  Tidak cukup atau terlebih tidur, atau tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain
-  Pemakanan yang tidak seimbang 
 Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu)
 Bunyi dan bau kuat.
-  Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama.
-  Tekanan emosi atau stres
-  Merokok  
-  Jantina (3 – 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki)
-  Ketidakseimbangan hormon ketika datang haid (bagi wanita). 

ada jugak yang aku baca puncanya seperti ini

Punca2 / Sebab2 Sakit Kepala

1. Kekeringan atau Penyahhidratan - Biasanya di musim panas perkara seumpama ini lebih kerap terjadi kerana kekurangan air atau cecair didalam badan.
2. Perokok Pasif- Asap dari rokok dengan mudah mencetuskan migrain dan sakit kepala
3. Stress - Tekanan emosi merupakan faktor psikologi yang menyebabkan sakit kepala Salah satu penyebab umumnya adalah lama di depan komputer tanpa rehat
4. Emosi - Fikiran yang bercelaru atau tak menentu
5. Penyakit - Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi, kemurungan
6. keadaan setempat - Duduk bertentangan dengan cahaya terang, Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.

Namun begitu, punca sebenar penyakit ini masih belum dipastikan sehingga kini.

So aku dpat google cara mengatasi masalah migrain ni selain aku sentiasa minum air limau suam..


Cara mengatasi tanpa menggunalan ubat :
1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh - kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata - tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata ...rilekskan otot mata punca sakit kepala

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas - Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah

4. Picit/ Urutan kepala - Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur - Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Insyallah..harap dapat sedikit sebanyak rakan-rakan yang ada migrain macam aku ni...Kalut kalau kena migrain nie..
segala info didapati disini dan sini

Post a Comment

  1. lya migrain alhamdulillah tak ada..sakit kepala yg masuk angin tu biasa juga berlaku

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, saya takde migrain...tapi ramai juga kawan2 yang ada....jaga diri baik2 ye...

    ReplyDelete
  3. suami sy mmg pnghidap migrain... mmg hari2 migrain...

    ReplyDelete
  4. saya kalo migrain, kena tido sambil urut2 atas kening, kpala dgn blkg tengkuk. lega sikit

    ReplyDelete
  5. Walaupn shark x kena..
    Tp mmg perit rasanya bila tgk org kna migrain.
    Kesian pn ada.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. saya tak de migrain, tp mmg kesian tngok kawan yg slalu migrain ni.. satu keje pun tak dpt nk buat...

    ReplyDelete
  7. Nasib baik jaa takde migrain... syukur alhamdulullah ...

    ReplyDelete
  8. lama jugak nak baik ye migrain ni..take care kak

    ReplyDelete
  9. Salam semua,
    boleh cuba cari solusi migrain di sini ya.
    http://bit.ly/1jXkuGx

    Terima kasih

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top