17

Assalamualaikum

Untuk renungan bersama,aku kongsikan sedikit pembacaan di wall facebook aku pagi tadi..
Seorang PENCERAMAH mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta seorang datang ke depan.

PENCERAMAH : Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda

lelaki tersebut menuliskan 10 nama,ada nama jiran,orang tua,teman kerja,sahabat anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH :Sekarang sila pilih 7 diantaranya anda ingin hidup terus bersamanya

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH : Sekarang hapuskan 2 nama lagi,sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut
PENCERAMAH : Hapus 2 nama lagi..

Maka tinggal 3 nama iaitu nama orang tua,anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening,mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata : Silakan padam 1 nama lagi!
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH :  Silakan pilih 1 nama lagi!

Lelaki tersebut menjadi bingung.kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus Nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH  itu bertanya dengan lelaki itu."kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu,tidak juga memilih anak yang darah daging sendiri,sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.


Lalu lelaki itu menjawab :
"Seiring waktu berlalu,orang tua saya akan pergi meninggalkan saya,manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin,dan juga pasti akan meninggalkan saya.Sedangkan yang benar-benar menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya.Orang tua dan anak bukan saya yang memilih,tapi Tuhan menganugerahkannya.
Sedangkan ISTERI,sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada didunia ini"


Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita di atas.Sayangilah isteri-isteri anda

Begitu Tinggi nilai sebenar seorang isteri di mata suaminya..masyallah...Moga kita tergolong dari golongan isteri yang menghormati,menjaga maruah suami dan diredhai Allah..

sumber gambar : google
sumber artikel: FB

Post a Comment

  1. Ehh sedih pulak entry ni..alaaahaii keluar air mataku

    ReplyDelete
  2. sedih lak akak baca..moga kita ni tergolong dlm isteri yg diredhai suami..inshaAllah

    ReplyDelete
  3. sedih la..jangan buat entry sedih dah ye>.eheheh

    ReplyDelete
  4. salam jumaat kak.. alangkah indah kalo smuua lelaki berpikiran begini

    ReplyDelete
  5. aduhai.... mata KA dah berair dah ni !

    ReplyDelete
  6. cerita ini agak menyentuh perasaan saya..semoga situasi macam ini tidak akan terjadi pada diri kita..amin...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Dah pernah baca kisah ni. Memang touching.

    ReplyDelete
  8. so sweet cerita ni..sampai menangis laki tu buat pilihan..

    ReplyDelete
  9. Yang mohon share citer nih kat fb ye. .

    ReplyDelete
  10. Mendalam maksud entri ni.. sgt terkesan membacanya. Thanks sharing Aida.. :)

    ReplyDelete
  11. Hasben yabg tahu menilai isterinya. Tersentuh membacanya.

    ReplyDelete
  12. ayie pernah tanya someone,sama mcm cerita ni ayie tanya,dan jawapan yg dia bg pun same,isteri..terharu btl..huhu

    ReplyDelete
  13. Nice sharing Aida...mohon share

    ReplyDelete
  14. cedihnyer....sob..sob..
    semoga kita suami jadi isteri solehah dan diredhai suami...Amin

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..sebagai suami isteri saling melengkapi :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top