53
Assalamualaikum

Selamat pagi semua..Minggu depan aku akan bercuti selama 4 hari.Insyallah,kalau takde aral,aku sekeluarga akan ke langkawi untuk bercuti.Sebenarnya ini kali pertama kami bercuti dalam jarak yang jauh..

Selalunya kami sekeluarga akan bercuti dekat-dekat je.Tempat kegemaran kami adalah di Pantai.Paling suka bila dapat berBabeque bersama-sama..Rasanya itulah yang terbaik untuk kami sekeluarga.Disebabkan ahli keluarga kami nie semua mempunyai anak-anak yang masih kecil,terpaksalah kami bercuti ditempat yang berdekatan je...

Of course,ada antara korang yang pernah pergi ke Langkawi nie kan,tempat mana yang korang rasa seronok untuk korang lawati..Aku pun tak sure lagi kemana guide tourist tu nak bawak kitorang...hahaha..
Jangan kena jual dah..

Antara tempat menarik yang aku dah survey.Kotlah mana tau ada gi tempat-tempat ni,at least taulah aku serba sedikit tentang Tempat yang aku tuju tu...muehehehe..

Pantai Cenang
Terletak kira-kira 20 minit dari jeti kuah. Pantai yang paling digemari pengunjung kerana pantai yang cantik dan pelbagai aktiviti pantai boleh dilakukan seperti parasailing, banana boat dan mandi pantai. Terdapat banyak pilihan tempat makan, kedai kraftangan dan souvenier serta kedai bebas cukai.
pantai cenang

Pekan Kuah
Syurga membeli belah. pelbagai barangan dijual dengan harga bebas cukai seperti periuk,pinggan mangkuk,toto,rokok, pelbagai jenis coklat dan produk-produk gamat asli. Pelbagai kemudahan seperti bank, masjid, gerai-gerai makan, kedai bebas cukai, pasaraya-pasaraya,kedai runcit dan pasar malam.Aku harap dapat sangatlah pi sini..Bak kata orang,syurga membeli belah..Dah spend duit sikit nak shopping kat sana...Takut tak larat je nak bawak sebab ramai di kalangan ahli keluarga yang bawak "Hand bag" sendiri..heheh..harap korang faham ape itu handbag..

pekan kuah

Pulau Dayang Bunting (Langkawi Geopark)
Berusia 280 tahun dan pulau kedua terbesar selepas Pulau Langkawi. Mitos pulau ini mengisahkan anak kepada sepasang putera dan puteri raja mangkat sebaik sahaja dilahirkan.Oleh kerana sang puteri sangat sedih dan kecewa, beliau telah menyemadikan mayat anaknya di dalam air tasik ini. Sehingga kini dipercayai kepada wanita yang mandi dan minum air dari tasik ini nescaya dikabulkan hajat untuk menimang cahaya mata., Pakej island hoping ...hah!!..yang ni aku teringin sangat nak pergi..harap berkesempatan la gi Pulau Dayang Bunting nie..Selalu aku tengok dekat tv je...

pulau dayang bunting


Mangrove Tour Sungai Kilim(Langkawi Geopark)
Berusia 550 tahun.Ni yang aku nak tau sangat tentang sungai nie..Gila lama usia sungai ni..
sungai kilim
Pulau payar Marine Park 
Taman Marin Pulau Payar adalah salah satu dari 5 taman marin di Malaysia. Di bawah peliharaan jabatan laut dan marin,
pulau payar marine park
Kota Mahsuri (Makam Mahsuri)
Lagenda Langkawi sejak 7 keturunan. Lagenda mengisahkan mahsuri seorang perempuan melayu yang difitnah dan dibunuh di khalayak ramai kerana bersekedudukan. Sebelum dibunuh beliau bersumpah agar langkawi kering kontang tiada hasil selama 7 keturunan. Waris mahsuri tinggal di phuket telah berkahwin dan mempunyai zuriat.satu-satunya kisah sedih tentang Mahsuri yang sungguh tragis...


makam mahsuri

Oriental Village dan Cable Car (Panorama Langkawi)
Underwater World Langkawi mengalu-alukan kedatangan anda yang cintakan anugerah alam semulajadi dan ingin menyelam kehidupan sebenar di dasar laut dan belajar mengenal pelbagai spesies hidupan laut seperti jerung dan pelbagai ikan lain, terumbu karang dan penguin.
cable car langkawi

Kilang gamat
Tempat menghasilkan gamat. Pelbagai produk gamat asli dan ekstrak.Ni yang harus dibeli dari Langkawi..Aku nak tengok kilang dia dan nak rasai sendiri pengalaman pegang gamat...aiyakkk
minyak gamat langkawi


Galeria Perdana
Koleksi hadiah mantan perdana menteri ke 4. Pelbagai jenis barangan kristal, perak dan emas.

Dah google tempat ni,dalam Galeria Perdana ni sangat cantik
galeria perdana langkawi


Telaga Tujuh Langkawi dan Air terjun
Telaga tujuh dilatari dengan keindahan dan keajaiban geografi di mana air terjun yang turun berasal dari tujuh punca air terjun semulajadi yang berlainan. Hutan hijau yang merimbun mengelilingi air terjun tersebut menambahkan lagi sentuhan kedamaian kepada keindahan alam semulajadi. Khabarnya lokasi ini adalah tempat sang paripari bersiram dan bermain air. Kehadiran makhluk ini dikatakan dapat dikesan melaui bauan yang menyenangkan di seluruh kawasan sekitar.Aku tak taulah samada aku berkesempatan untuk pergi ke tempat tempat menarik yang ada diLangkawi ni.Harap -harap dapatlah pergi salah satu dua or tiga...hehe

telaga tujuh

Insyallah..aku akan update jugak entry walau sedang bercuti.hehehe..kalau ada masa terluang..
Dah asyik ingat nak bercuti je ni...

Jomlah kita #VSM2014..Of course percutian paling menarik ada di Langkawi nie,

Sape orang Langkawi,roger-roger ek...hehehe

sumber tentang langkawi dan gambar ihsan dari sini dan google

Post a Comment

  1. lya pun tringin sgt nak ke langkawi..insyallah nnt la bila ada rezki lebih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak eda. perghh bestnya. selamat bercuti ya. enjoy puas-puas tau. sheila tak pernah pergi Langkawi. hiehwiew. selalu kirim daim je kat member ~~~

    ReplyDelete
  3. Time akak gi dulu, terkilan x dpt naik cable car sebab tutup under maintenance.. :(

    ReplyDelete
  4. Beso nya minyak gamat tu...hehehe...Tak pernah gi langkawi lagi.

    ReplyDelete
  5. Mmg best... saya sgt2 suka suasana & kehidupan di langkawi.. :)

    ReplyDelete
  6. Kakak rasa tak lupa juga utk singgah beli pinggan-mangkuk yg murah di sana tu:)

    ReplyDelete
  7. Memang ada keinginan untuk ke sini tapi belum ada kesempatan..insyallah akan sampai jua satu hari nanti..huhu

    ReplyDelete
  8. boleh ler shark kirim tshirt kn kn kn...
    hehehhe..

    ReplyDelete
  9. happy vacation..saya dulu duk lama kat sana...banyak kenangan..

    ReplyDelete
  10. pernah pergi sekali..mmg best tp cuaca sana tak serasi ngn sy.huhu..pnas sngt.

    ReplyDelete
  11. kenit tak sampai lagi ke langkawi tu. Subhanallah cantiknya air laut tuuuuuuuu :D

    ReplyDelete
  12. bila lah nk smpai ke langkawi ni,..

    ReplyDelete
  13. selamat bercuti kak..jangan lupa review..
    insya'allah kalo jadi dapat la gi ujung taon ni..

    ReplyDelete
  14. boleh buat rujukan ni...tq :)

    ReplyDelete
  15. langkawi mmg tempat pelancogan yg popular mcm2 ada...jambatan gantung pun best

    ReplyDelete
  16. selamat bercuti kak ida.. aiza teringin juga nak ke langkawi, tak pernah sampai lagi..

    ReplyDelete
  17. hmm..sebenarnya saya selalu jugak ke langkawi..tapi bukan bercuti, semua atas urusan kerja. belum pernah semata2 bercuti. entri ida ni memberi saya inspirasi untuk bercuti di sini satu hari nanti. insyaAllah sebelum habis 2014! hehe..

    ReplyDelete
  18. wah nak pergi bercuti ye..selamat bercuti ye..best tu gi langkawi

    ReplyDelete
  19. dah pernah beberapa kali kesana.. memang seronok

    ReplyDelete
  20. semua tempat tu.. lama dah tak pergii!!

    ReplyDelete
  21. langkawi memang best even michelle x pernah pergi.. buktinya gambar tu dah meamndangkan permandangan yang cantik..
    hehehe ^^

    ReplyDelete
  22. Kalau pergi ke Langkawi confirm beli minyak gamat

    ReplyDelete
  23. teringin sangat nak pergi langkawi. ntah bila la nk sampai sini. sobs

    ReplyDelete
  24. heee langkawi ni mmg the best lah hehehehe <3

    ReplyDelete
  25. dah lama sangat masa haneymoon dulu....masa tu cable car pon belum terfikir nak di adakan lagi gamaknya...

    #selamat bercuti KSD

    ReplyDelete
  26. wahhh bestnyaa.. dah lama tak ke sana

    ReplyDelete
  27. kita suka gi langkawi...pantai dia best..boleh shopping lagi..sediakan duit aje...

    ReplyDelete
  28. wah menarik2..teringin nak sampai sana..

    ReplyDelete
  29. Langkawi memg byk tpt best...in shaa Allah ujung thun atau thn dpn nak gi bwk fmly

    ReplyDelete
  30. mmg plan nk g tahun ni... tp tiket x tempah lagi.... huhuhuhu

    ReplyDelete
  31. pernah pegi sini, dan teringin nak pegi lagi..:)

    ReplyDelete
  32. ade tempat yang belum jejak lagi kat langkawi ni.kene seminggu dok sana kot baru dapat jalan semua tempat..tq share kak

    ReplyDelete
  33. lamanya tak ke langkawi ! CN pernah amik gambo dekat minyak gamat beso tu, tapi sayang gambo tu dah hilang..sob..sob...

    ReplyDelete
  34. Bestnya nak g bercuti kat langkawi.. have fun okey.. =D

    ReplyDelete
  35. Bestnya nak g bercuti kat langkawi.. have fun okey.. =D

    ReplyDelete
  36. have fun ye. kami pegi last yr. sempat lg nk tambah stamina sblm daki telaga tujuh ;)

    ReplyDelete
  37. mama tak pernah sampai Langkawi kak, teringin jugak nak ke sana..

    ReplyDelete
  38. Bestnya!!! belum pernah sampai sana kak....

    ReplyDelete
  39. Jgn lupa ambil pakej island hopping... Boleh lawat ke 3 pulau berbeza dgn boat

    ReplyDelete
  40. selamat bercuti. saya pun baru balik dari bercuti kat langkawi bulan lepas. memang best kebabooom!!! :)

    ReplyDelete
  41. Selamat bercuti... mmg best dpt gi langkawi.. enjoy ur holidays...

    ReplyDelete
  42. Langkawi ni banyak kali dah pergi. tapi tak pernah puas. Memang terbaik.
    entry ini mungkin dapat membantu mereka yang ingin ke sana. Terbaik

    ReplyDelete
  43. Assalammualaikum...KSD,

    wahh.. seronok dapat bercuti bersama2 keluarga kan... percutian yang menarik.. happy holiday,happy family..

    mselim3

    ReplyDelete
  44. Subhanallah elok nian tempat ini, kapan nak singgah ke sana ya???

    Salam ziarah...

    ReplyDelete
  45. dah 26 tahun tak ke Langkawi. padahal dok di Kedah lah jugak -_-

    ReplyDelete
  46. thanks for sharing....ada yg dh sempat sampai...ada yg blom lagi...nnt mau repeat lg ke langkawi

    ReplyDelete
  47. Baru tahu kat langkawi ade tempat tempat ni. Selama ni tahu yang tempat shopping jer. yang part historic values baru tahu..
    thank you for sharing.. bertambah pengetahuan ku tentang geografi malaysia ni heheh

    ReplyDelete
  48. Best gi langkawi.gi bcuti bawa umi n walid.sy bawa mereka bcuti ke pantai cenang menginap di ab motel.time tu cuti skolah so smua full house.amik pakej island hoping.eagle feeding.tmpt air panas tu da xluas.dan akn berbayar.xbest da tmpt tu.duck boat tu ok la sbb nk merasa pengalaman.

    ReplyDelete
  49. Assalammualaikum.
    SubhanaAllah, cntiknya! Tringin nk prgi tpi tu lh tk brkesempatan.
    Oriental Village dan Cable Car (Panorama Langkawi) msti best!

    ReplyDelete
  50. Wan tringin nak ke langkawi tak lama lagi. Hopefully sampai la ke sana nanti. Hehehe...bajet kena banyak la kot.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top