Wednesday, April 30, 2014

Carta Perkembangan Pendengaran Bayi

Wednesday, April 30, 2014 10 Comments

Assalamualaikum
Bila dah jadi parents ni, semua kena ambil tahu walaupun hal yang remeh kan.
Masa tuari aku ada bagitau kat blog yang aku akan membawa Nur Awfiyah ke Hospital untuk lakukan testing pendengarannya.
Apa yang aku tau, bayi tak cukup bulan ni akan melakukan proses perkembangan pendengaran.

Kat sini aku share sikit CARTA PEEKEMBANGAN PENDENGARAN bagi Bayi mengikut umur

0-6 Bulan
▪Respon pada bunyi persekitaran
▪Senyum apabila mendengar suara ibu
▪Menggerakkan mata  dan kepala ke arah bunyi

6-12 Bulan
Suka permainan swpeeti " peek a boo"
▪Mencari arah bunyi

1-2 Tahun
Mengenali anggota badan
▪Mengikuti arahan mudah dan memahami soalan mudah

2-3 Tahun
▪Faham perbezaan makna seperti "pergi berhenti", atau "atas-bawah","luar-dalam"
▪Berminat mendengar cerita

3-4 Tahun
Faham soalan "apa", "bila", "mana" & "bagaimana"
▪Mendengar  apabila dipanggil daripada bilik yang berlainan,
▪Mendengar televisyen/ radio pada tahap kekuatan yang sama seperti ahli keluarga yang lain.

4-5 Tahun
▪Memahami cerita pendek dan boleh menjawab soalan yang berkaitan
▪Faham arahan kompleks.

Apa itu Audiologi
Audiologi adalah profesional bertauliah dalam mengenalpasti , mencegah, menilai dan menguruskan masalah yang berkaitan dengan pendengaran sertabmemberikan perkhidmatan rehabilitasi/pemulihan pendengaran terhadap bayi/kanak-kanak , orang dewasa dan warga emas.

Berperanan dalam mengenalpasti masalah keseimbangan badan, finnitus ( bunyi dalam telinga) dan penilaian alat bantu pendengaran.


Sumber:ppukm

Rumah Kena Pecah Masuk

Wednesday, April 30, 2014 18 Comments

Assalamualaikum

Sesungguhnya kami redha jika bukan itu rezeki kami.Sebenarnya dah 3 hari juga aku tak update pasal ni.

Kalau korang mengikuti perkembangan diri aku ni, pasti korang tau yang aku sekarang ni tengah buat renovation rumah.

Tak taulah pulak bila rumah aku tu dipecah masuk, tapi yang pastinya pencuri tu masuk malam malam buta.Sebab ikutkan hari hari en.husband meninjau, keadaan rumah.
Pagi masa tukang rumah nak beli mosaic untuk rumah tu, dia perasan yang yang barang barang dia hilang.Habislah segala jenis mesin di rembat si pencuri tu.
Kipas dapur dan juga sinki yang baru aku beli pun lesap sekali.Anggaran yang hilang untuk sinki dan kipas dapur tu adalah dalam rm400.Tu belum masuk mesin tukang buat rumah tu.
Tapi bernasib baik si tukang buat rumah nak tanggung segala kos kerugian aku tu.Yelah, ada salahnya tukang buat rumah tu kerana kecuaian dan lambat melakukan tugas tugas yang diberikan.

Separuh dari upah aku dah bagi kat dia, tapi rumah still lagi belum 70% siap.Nak membebel banyak banyak kang  lari pulak...

Nak buat macam mana, dah nak jadi..terpaksalah terima.Harap lepas ni ada lagi rezeki untuk kami.

Senang je kan mereka cari duit...moga allah memberikan petunjuk kepada pencuri pencuri ni..buka mata bagaimana susahnya kami ni nak dapatkan sesuatu..

Oklah..dan nak bawak Nur Awfiyah ke klinik...
Nanti sambung lagi..

Tuesday, April 29, 2014

Bawa Nur Awfiyah ke Unit Audiologi

Tuesday, April 29, 2014 14 Comments

Assalamualaikum

Semalam bila tak sempat nak update tentang Afiyah , banyak jugaklah cerita yang nak diceritakan.

Semalam Awfiyah ada appointment dengan doktor di Hospital Aminah Johor Bahru.
Awfiyah kena check sound pendengarannya.Doktor kata kena buat bagi memastikan Awfiyah takde masalah tentang pendengaran.alhamdulillah..semua settle.Awfiyah xde masalah tentang tu.Lepas pada balik dari hospital, terus settlekan hal surat beranak Awfiyah dan sedikit dokumen yang kena buat untuk proses yang aku sebutkan dulu.

Lepas settle semua, sempat jugaklah berehat dekat rumah mak di kota Tinggi.
Petang tu jugak dah balik ke Pasir Gudang.Mak aku pun dah pesan, bila bawak budak kecil ni, jangan balik malam malM buta..tak bagus..Itu aku kena akur..Memang betulkan, kadang kadang pantang larang orang tua tua ni kita tak boleh abaikan.Apa yang mereka cakap tu, ada kebenarannya tersendiri.

Esok Awfiyah kena bawak pi klinik lagi, Harap harap biarlah lepas ni dia dah xde lagi rawatan susulan.kesian pulak tengok bila setiap kali pergi, xpernah missed ambil darah.

Sesambil Awfiyah tidur ni, boleh la buat apa yang patut.sekejap lagi dah kena buat susu untuk fiyah.sekarang nie dah kerap menyusu, muka pun dah semakin tembam aku tengok...yang penting aku happy bila ada dia...sejuta rahmat untuk aku dikurniakan dia dalam hidup..insyallah..mudah mudahan..

CPUV: Darlie Expert Fresh

Tuesday, April 29, 2014 14 Comments

Assalamualaikum

Waktu waktu macam nie, paling seronok blogwalking.Membaca cerita cerita rakan blogger.Rindu pulak saat tu..Join segmen..semuanyalah.

Sebolehnya aku akan update entry supay bog ni tidak kesunyian.

Alhamdulillah, aku berpeluang dapat satu lagi CPUV baru dari Nuffnang.

Kali nie datangnya dari Darlie Expert Fresh.aku pun belum berkesempatan nak tengok
Lagi iklan tu menari nari dalam blog.


Harap lepas ni boleh la dapat lagi kan..Thanks kat korang yang rajin menyinggah kat blog aku ye..

Monday, April 28, 2014

CPUV KFC Zinger reloaded

Monday, April 28, 2014 19 Comments

Assalamualaikum

Baru sempat update blog.seharian hari ni urusan di luar.
Sekarang pun hanya dapat update blog bila di rumah sahaja.Rumah dah ada wifi, senang sikit..Sambil baring baring dengan Fiyah pun still boleh update blog..

Esok dah kena tinggalkan fiyah sementara.Ada nak settlekan skit kerja di office.
Nanti aku cerita ek..

Yeah!!! Ni nak cerita apa yang terbaru dengan blog ni.Yeay!! Dapat CPUV lagi..Alhamdulillah. .rezeki dari NUFFNANG.

CPUV kali ni datangnya dari KFC ZINGER RELOADED yang skrg nie tengah promosi di semua cawangan KFC.Maklumat lanjut korang boleh lawati fanpage KFC MALAYSIA.


Korang boleh like fanpqge ni untuk mensapatkanninfo terkini dari KFC

Saturday, April 26, 2014

Nur Awfiyah bertukar susu

Saturday, April 26, 2014 22 Comments

Assalamualaikum

Dah 3 hari Nur Awfiyah bertukar susu.Sejak lahir dia dah didedahkan dengan susu formula.Kesian kat dia.Tapi nak buat mcm manakan.Aku tengah berusaha untuk mendapatkan susu aku sendiri untuk fiyah.Kalau boleh aku nak jadikan dia ibu susuan dia sebelum umur dia dua tahun.

1st aku bagi dia S26.Tapi tak taulah ianya sesuai ke tidak sebab dia sembelit bila gunakan susu S26 tu.Bilai klinik aku minta saranan dari doktor.

Doktor sarankan aku SIMILAC RUMUSAN KHAS fiyah.
So, dengan sample yang doktor bagi, aku bagi dekat fiyah.alhamdulillah, fiyah dah boleh buang air besar dengan baik.Itulah yang aku risau kalau dia sakit ke ape.Ada satu malam tu, dia tak tidur.Bila dia tak tidur, satu rumah turut sekali tak tidur.

Kesian dia, dah la sembelit, kembung pulak tu..tapi alhamdulillah..aku dapat mengatasinya.
Harap harap hari hari mendatang akan dapat aku tangani dengan sabar dan tabah

Kalau susu ni bagus, aku kena teruskan lah, supaya fiyah boleh minum tanpa ada masalah.

Cerita pasal baby Nur Awfiyah

Saturday, April 26, 2014 18 Comments

Assalamualaikum

Sekarang ni dah dok berceeita pasal baby la pulak kan..hehe..dah nak jadi blogger yqng akan berceritakan pasal anak kesayangan, tentang parenting selain menjadi lifestyle blogger..haha
Lifestyle la sangat kan.

Sejak ada Fiyah, kehidupan bertukar kepada 360 darjah kho!!!! Apa taknya setiap masa berkepit dengan  dia.Yelah baby baru lahir ni, memerlukan perhatian yang xtra.Nak kena jaga timing susuan dia, diapers dia,.Tu semua kena jaga.Kalau ikut buku yang aku baca, bayi baru lahir ni menyusu tiga jam sekali.Tapi aku lom sampai 3 jam dah bagi.Sebab kadang kadang  Fiyah dah berjaga.

Sejak ada baby nie, banyaklah website yang berkisar pasal penjagaan anak kecil nie.
Banyak jugak rujukan dari rakan rakan blogger.

Bila fiyah tidur ni, dapatlah blogwalking dan up entry.Lama sangat tinggal, berhabuk pulak rasanya.Ranking Alexa pun dah ke mana..huhu.

Friday, April 25, 2014

Baby kuning

Friday, April 25, 2014 18 Comments

Assalamualaikum

Dah 3 kali rasanya dok ulang alik klinik minggu ni.baby  NUR AWFIYAH, kena kuning start dari hari jumaat tuari.Kuning yang agak tinggi menyebabkan aku mengambil inisiatif menggunakan cara tradisional untuk mengurangkan kuningnya tu.

Dengan bantuan mak dan MIL, alhamdulillah kuningnya berkurangan dari 13 ke 10 sahaja.Memang dah risau jugak, bila terpaksa ulang alik ke klinik.Doktor pun dah bagitahu, kalau kurangnya tak redha, kemungkinan baby Nur Awfiyah akan dirujuk ke Hospital.

Dengan menggunakan petua lama, alhamdulilla, berkurangan.Aku mengamalkan mandian air daun Belimbing Buluh.Selain dari menjemurkan baby ke matahari pagi, tu yang aku buat sekarang ni.Harap kuningya akan hilang, Kesian, bila setiap kali ke klinik, Pasti kena ambil darah.Walaupun Nur Awfiyah tak meragam, tapi sebagai ibu, aku sangat sangat kesian.

Harap kuningnya akan cepat redha...
Korang tau apa lagi petua petua yang korang amalkan untuk kuning ni...?
Kongsi sikit.

Thursday, April 24, 2014

Permata Hati Kami

Thursday, April 24, 2014 35 Comments
Assalamualaikum
Cukup seminggu rasanya tak menyentuh blog kesayangan.Blogwalking pun tak.Apatah lagi nak menjoinkan diri dalam sebarang GA atau segmen.
Sejak ada kehadiran orang baru dalam hidup kami, terlalu banyak perubahan yang berlaku.
Tambah lagi satu title dalam hidup kami.Umi dan babah.Rezeki yang tidak disangka itu, kami sambut dengan baik.Allah memilih kami untuk memberikan dia sepenuh kasih sayang dan tanggungjawab menjaga dan mendidiknya.Insyallah...
Kehidupan menjadi seorang ibu sangat mengasyikkan sehingga aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja.bukannya apa, dia lahir tak cukup bulan, penjagaan bayi tak cukup bulan ni, orang kata kena extra penjagaannya.
Takpelah, , insyallah dia dah besar sikit barulah aku kerja.Buat masa ni, lebih kepada dia.
Inilah anak kami...
Buat masa ni aktiviti blogging akan bberkurangan sehingga aku dapat biasakan diri dengan keadaan baru.Insyallah..


Sunday, April 20, 2014

Dapat Hadiah Dari Blogger

Sunday, April 20, 2014 42 Comments

Assalamualaikum

Dapat hadiah top 10 komentar di blog yumida .Sebentuk keychain dari  Indonesia.Boleh tambah koleksi yang ada..Rasa dah banyak keychain yang aku dapat darai blogger.Ada yang aku pakai, dan ada jugak yang aku simpan dalam kotak khas..heheh

Thanks kat yumida atas pemberian ini ye..

Bersiap siap untuk ke Hospital.adik dah boleh keluar hari ni.Boleh la peluk peluk baby aku nanti..seronoknya..

Aku tak sempat nak blogwalking hari ni.Cuma sempat tido lepas breakfast pagi tadi.Lepas makan ubat selsema, terus rasa ngantuk..Tu yang bantai tido je.alhamdulillah..semakin lega dan kebah demam ni.Cuma suara je sengau sikit..


Tada....cantik kan...
Thanks sekali lagi kat yumida...
Rajin rajinlah singgah blog yumida ni ye.

Bersarapan bersama berhari minggu

Sunday, April 20, 2014 25 Comments

Assalamualaikum

Barulah rasa berhujung minggu bersama en.husband.Itupun dia bercuti hari ni.Temankan wife dia hari ni.

Kurang sihat sekarang ni.aku pun tak tahu kenapa lately ni,dah gi jumpa doktor, sedihnya doktor cakap, demam berlanjutan disebabkan problem jantung lama aku tu.Hadoiii..berita tulah yang aku tak nak dengar.

Kalau korang nak tau, aku dlu masa kecik kecik memang ada jantung berlubang.tahun 1996 aku operation.tapi dalam tahun 2002 gaknya aku dah tak follow checkup kat pakar...

Harap harap xdelah masalah lagi..


Lepas dah bersarapan, tm call untuk upgrade kelajuan kt umah aku ni...sebelum ni internet kt rumah ni tak sampai pun 512...so ni nak upgrade ke 1mb..
Nanti aku cerita...

Friday, April 18, 2014

Dentiste Premium & Natural White Toothpaste

Friday, April 18, 2014 26 Comments
Assalamualaikum


Gigi yang kuning of courselah akan mencacatkan sedikit senyuman kan..Nak-nak bagi mereka yang sentiasa menjaga penampilan diri di hadapan supplier dan customers.Selain dari senyuman yang menarik,gigi pun salah satu kena jaga dik non!!..Mungkin ada sesetengah orang cakap,memang ada pattern gigi yang berwarna kekuningan..Ok!! aku setuju jugak tu..Tapi bila dah terlampau kekuningannya tu,rasanya sebab gigi jugak ke tu..

hehehe..

Sekarang nie,dengan adanya product terbaru di pasaran iaitu Dentiste Premium & Natural White Toothpaste akan menyelesaikan masalah korang.Disamping memutihkan gigi,ianya juga bertindak untuk membunuh bakteria yang menyebabkan bau Mulut...eewwww...mesti koran taknak kan.

Dengan Nano-HAp Premium & Natural White formula Dentiste 'menjadikannya berkesan bukan sahaja untuk menghapuskan dan mencegah noda pemendapan tetapi juga mengembalikan gloss semulajadi enamel gigi dan menyebabkan selamat, gigi asli dan putih

Hishop hanya menjual produk ini dengan berharga RM11.13 setelah offer 30%.so cepat dapatkan sekarang ye

Untuk mendapatkan Dentiste Premium & Natural White Toothpaste nie,korang just klik dekat link atas ni

Dapatkan jugak Dentist Toothbrush dengan harga Rm6.93 sahaja.



Korang akan rasakan kesegaran apabila memakainya..

 penggunaan yang teratur, Dentiste Premium White akan: 

- memutihkan Gigi

- Menyegarkan nafas 

- Keluarkan kesan yang sukar 

- memberi perlindungan kepada gigi 

- Melawan kaviti 

- Melawan plak 

- Melawan gingivitis


‘Like’ us on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy

Follow us on Twitter: http://www.twitter.com/hishopmy

Subscribe to HiShop for exclusive updates: http://www.hishop.my/subscribe


Thursday, April 17, 2014

Bermula Renovation Rumah Part 2

Thursday, April 17, 2014 32 Comments
Assalamualaikum


Alhamdulillah...terbengkalai lama pasal kisah renovation rumah ni kan..mana taknya,Sibuk sangat dengan urusan itu dan ini di samping nak mengumpulkan dana untuk renovation rumah,

Maklumlah,Kami yang bergaji sederhana nie,terpaksalah menunggu juga untuk cukupkan wang.Bukan senang kalau dah ada rumah ni.Beban hutang bertambah.Kalau tak berhutang,memang takkan la dapat harta kan..

Ingat tak kisah entry pembelian rumah yang pernah aku ceritakan disini,

KEmbalikan semangat...ho yeh!!

Memang dah lama pun kerja-kerja Renovation rumah ni terbengkalai.Nasib baiklah kami nie tidak menyewa.Kalau menyewa parah jugak..Alhamdulillah...
Nampak tak husband and my mom tu...arkitek tak berbayar kat situ..hehehe..


Untuk kerja-kerja Renovation ni,aku mulakan dengan bahagian dapur rumah.Tak banyak yang aku buat..just nak besarkan sikit dapur tu..Kemudian tukar mozek dapur tu dan baru buat kabinet..

Semua kos untuk renovation nie rm3500.phewww!!...berlengas jugak la nak keluar modal.Takpelah,sikit-sikit..Kalau boleh nak pindah secepat mungkin..tapi tengoklah dulu macam mana..Semua nie sebab mak ngan MIL dah bising,beli rumah tapi taknak duduk.

Bukan xnak duduk,kalau boleh aku nak kumpul sikit-sikit dan buat renovation sikit-sikit sampai full dengan barang2 hasil titik peluh kami berdua..Walaupun gaji kami tak la besar mana,insyallah,nak jugak merealisasikan impian kitorang..Tapi...huhu..terpaksa jugak pindah...Dah penat naik turun tangga.

nanti aku update lagi ea pasal rumah ni...


Khasiat Makan Pisang

Thursday, April 17, 2014 15 Comments
Assalamualaikum

Siapa kat sini yang tak pandai nak makan pisang dan tak suka makan pisang..Angkat kening..
Aku rasa 99.9% yang suka makan pisang..Mungkin 1% lagi yang tak suka makan pisang ni.Pisang apa  yang korang suka makan selain pisang tanduk dan pisang Emas.
Pisang nie selalunya orang akan jadikan sebagai pencuci Mulut.Secara Amnya,kandungan yang terdapat pada pisang iaitu Potasium ini amat-amatlah disyorkan oleh doktor bagi pesakit yang kekurangan sumber itu.
google
Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus. “Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. “Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. “Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat. “Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi.So,korang boleh makan sebanyak mana yang korang nak,tapi berpada-padalah ye..
google
kalau korang nak tau,terdapat perbezaan antara psisang yang di makan macam tu sahaja dengan kerepek pisang atau goreng pisang.menurut beliau,Pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.Jadi,adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali..yelah...nak-nak bila digoreng..of courselah guna minyak...Nanti lain pulak jadinya.Pisang nie bila digoreng,kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurang.

Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.Haaa!!!nampak tak berapa bagusnya pisang tu.

Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin. “Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau. Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari. Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan. Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur. Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu. Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam
Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk. 
Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang. Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya. Laris Pisang boleh diperoleh sepanjang tahun. 
sumber :sini


 Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah.Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk. Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.

 Di negara ini, pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris.Jarang dah nampak tanaman pisang nie di mana-mana.Cuma di tempat yang tertentu sahaja...harga pisang pun mahal..
So,lepas nie harus kekalkan pengambilan pisang untuk usus yang sihat,...faham tak!!

Dek kerana Kekalutan

Thursday, April 17, 2014 22 Comments
Assalamualaikum

Selamat pagi semua...Alhamdulillah...hari nie diberikan kesihatan yang baik...

Cerita kekalutan aku semalam memang buat aku gelak sorang-sorang...Nasib baik ada Payroll yang baik hati,tolong aku adjust sedikit masa scan aku.
Cerita macam nie.Pukul 3.30 petang semala  aku start meeting untuk handover kerja supervisor aku yang bakal berhenti minggu depan.Alhamdulillah...Kenaikkan pangkat dari seorang clerk kepada Assistant Supervisor bukanlah menjadi sandarannya..Tetapi kenaikkan gaji tu,adalah satu perkara yang penting untuk aku.Allah memberikan rezeki kat aku bukan 1,malah dua..Kehadiran orang baru dalam hidup kami pun,aku sangat -sangat bersyukur..Moga aku menjadi isteri dan seorang ibu yang baik...insyallah..
google

Bila dah dalam bilik meeting tu,aku memang kalut sebab nak balik cepat..Fikiran aku nie,entah kemana agaknya..mungkin sebab fikirkan kesihatan adik dan babynya.Insyallah,aku akan menjaga babynya macam anak aku sendiri...Insyallah jugak,aku akan delete entry nie untuk tidak meninggalkan kesan akan datang..
Siapa yang faham tu,baguslah...yang tak faham abaikan

Dengan tak melihat jam,keluar dari bilik meeting,masuk bilik,kemas barang dan terus punch out .Senang kan..Walhal waktu tu aku tak tau belum lagi masa untuk  balik..

Ada jugak orang menegur aku sebab balik awal,tapi aku memang tak syak apa-apa pun..kerja gila sudah!!

Sampai pagi nie,ada orang tanya aku,kenapa keluar awal..dengan nada yang biasa-biasa je,aku kata kat dia,mana ada keluar awal,standard je..Dia ingatkan aku ada emergency.
Dan dia cakap kat aku,aku punch out pada jam 4.35petang...OMG...sepatutnya aku scan 4.45petang.
of courselah dekat system keluar tanda merah...
google
Rupanya aku keluar awal semalam...ambik kau...tu la..lain kali tengok JAM!!!..Fuhhhh!! nasib baik management tak tau...Aku mintak tolong ngan HR,settlekan hal nie..nasib baik dia bermurah hati..kalau tak,potong gaji la nampaknya...

Moral of the story,jangan kelam kabut,jangan kalut,

Wednesday, April 16, 2014

CPUV Nuffnang : Clinique

Wednesday, April 16, 2014 24 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah...Terima kasih tak terhingga diatas sokongan kalian..Terlalu berat untuk keluarga kami menerima dugaan yang maha hebat ini.Tetapi bila menatap wajah sikecil,terubat segala kesedihan kami sekeluarga.Walaupun ibunya tidak dapat lagi melihat anaknya,sekurang-kurangnya dia tahu,anaknya sihat...
Kuasa Allah melebihi segala-galanya.Amin

Alhamdulillah...dapat lagi BE/CPUV dari Nuffnang..Rezeki tak putus-putus diberikan...
walaupun tidaklah terlalu banyak,jika dikumpul,ia akan menjadi lebih banyak jugak satu hari nanti..

BE/CPUV kali nie datangnya dari jenama yang terkenal juga..

clinique
Clinique memperkenalkan produk baru mereka iaitu Even Better Essence Lotion
Banyak lagi product terbaru yang dilancarkan oleh Clinique nie..So korang boleh click banner tu ye




Tuesday, April 15, 2014

MOHON DOA KALIAN

Tuesday, April 15, 2014 31 Comments

Assalamualaikum

Tak sempat nak update entry hari ni.Terpaksa emergency leave hari ini, disebabkan adik operation hari ni.
Adik aku adalah pesakit buah pinggang.Masa awal kandungan memang teruklah bila penyakitnya datang kembali.Sehingga baby dah mencecah 33 minggu, adik aku terpaksa bersalin awal atas nasihat dari doktor.Ditambah pula dengan gula dalam darah terlalu tinggi dan darah tinggi yang naik terlalu mendadak.

Bayi seberat 2.3kg telah selamat dilahirkan pada jam 6 pagi tadi . Subhanallah. sungguh tersentuh hati aku melihatnya...

Sebaik adik aku dimasukkan ke wad biasa, bacaan darah tingginya naik lagi sehingga terpaksa dipindahkan ke ICU.Melihat keadaannya, kembali tersentuh hati ini.Doktor dah minta mak aku sign satu borang untuk operation buah pinggang..Kemungkinan dialisis akan dikenakan pada adik aku.

Bagaimana pula dengan sikecil tu..Perlukan kasih sayang disaat saat dia melihat dunia.Pelukan seorang ibu pun belum sempat dirasainya..Adik aku masih didalam pemantauan doktor.Kalau darah tingginya normal, operation bila bila masa akan berlaku.Moga ALLAH swt permudahkan urusan adik aku.insyallah..amin..


Monday, April 14, 2014

Percutian ke Langkawi -Part 3

Monday, April 14, 2014 28 Comments
Assalamualaikum

Heh!! masih terhegeh-hegeh nak buat part 3.Bukannya apa,akibat kesibukkan melanda,terpaksa on hold dulu aktiviti men"draft" entri percutian nie.
Kesibukkan nie bukan disengajakan occay...hehe..Preparation untuk membuka sebuah kedai masih dijalankan..Nak topup barang ke dalam kedai dan mencari pelbagai material dari supplier.AMAT menyusahkan...Huh!! baru aku tau,nak bukak kedai bukannya senang..

Oppss..tu nanti aku cerita..Nie aku ceritakan pulak kisah percutian aku tu ye.

Occay...Hari kedua di Langkawi..Masa untuk pusing-pusing di seluruh tempat-tempat menarik di Langkawi.
Walaupun tak banyak tempat aku lawati,tapi aku masih berpuas hati..Cumanya tak sempat la nak snap gambar terlalu banyak kan..
langkawi


Dah keluar dari bilik hotel tepat pukul 8 pagi..Dan menjamu selera di Hotel ni jugak..Juadahnya biasa-biasa je bagi aku...Takde yang menarik..Meehoon goreng,Keatiew goreng,dan jugak roti bakar,..Itu sahaja,..
Nampak tak breakfast yang biasa-biasa je..hehehe.

Sempat lagi bersnap bagai kan..tak kisah la..janji happy


Lepas breakfast,kami tunggu di Lobi hotel tu.Sementara nak tunggu bus yang membawa kami nie melawat di sekitar sempat bersnap lagi...Glamour jap Helang tu..

Tempat pertama kami pergi adalah Menaiki Bot untuk meninjau Pulau-pulau Di Langkawi.Aku memang sangat teruja naik bot nie coz 1st time naik..Gila!!..rasa macam nak terjun je..Tamo naik bot..menggigil kaki aku masa nak naik bot..aku peluk sape2 je yang ada kat sebelah aku nie..Of course la my mom..masa driver nie bawak laju,rasa macam nak jerit sruh bawak pelan-pelan..ajer giler kena darah tinggi nanti..tempat yang pertama aku pergi adalah tempat melihat ikan-ikan yang menarik perhatian aku...yang paling menarik bila ada seekor pari yang bernama Timah tak salah aku..hehehe...Sempat jugaklah aku merasa ikan hidup...ngerri iolss...heheh
#vym2014-langkawi

Tempat kedualah ialah tempat helang tu terbang2...mak aiii..besar sungguh Helang-helang kat situ...Bernasib baik la sebab dapat tengok banyak Helang yang berterbangan di situ kutip makanan...

Tempat yang ketiga pulak adalah gua kelawar...Kalau masuk tempat ni kena senyap..Golap!!kena pakai lampu picit...Tetiba terkejut tengok ribuan kelawar atas kepala...aiyyakkk...takut sangat,....dah macam cerita Misteri nusantara pulak..Bau dan jugak keselesaan sungguh la out..hadoii....

Lepas dah meninjau-ninjau pulau yang ada di Langkawi.Masa untuk bersiar-siar tamat
So sempatlah mengabadikan gambar kami sekeluarga..hehe

Lepas tu kitorang pergi ke Galeria perdana
Langkawi

Sedikit koleksi gambar dari aku dan pakcik google

oklah takat nie dulu...next entry pulak...bz skit hari nie.tak sempat nak blogwalking sangat..




CPUV:Nuffnang YES 4G World Cup

Monday, April 14, 2014 26 Comments
Assalamualaikum

Update CPUV/BE yang aku dapat hari nie...Timbul satu hari nie...syukran.Dah macam nak tangkap ikan pun ye jugak kan..

Apa-pun aku bersyukur,Nuffnang terus memberikan aku CPUV/BE  untuk bulan nie..Ingat tak dapat dah..

YES 4G World Cup
YES 4G ada membuat satu contest yang memberikan hadiah lumayan
untuk maklumat lanjut korang klik sini https://game.yes.my/yestorio/facebooklike
Siapa yang minat dengan World Cup,boleh menyertai contest nie..




Thanks to http://www.nuffnang.com.my/Nuffnang and korang ye..

Saturday, April 12, 2014

Hari Sabtu!!

Saturday, April 12, 2014 23 Comments
Assalamualaikum

Selamat pagi semua...Alhamdulillah..pagi yang mendamaikan..Dari malam tadi hujan..masa nak pi kerja tadi,hujan dah berhenti..Tapi nie masih nampak mendung..



ihsan google

Biarlah hujan pun,lagipun kesian sangat pada mereka yang terkena catuan air tu..Dapat juga merasakan betapa payahnya mereka bila air takde ni.

Harap catuan air nie tidak akan lama,dengan kehadiran hujan ni.
Tempat korang macam mana pulak...Hujan or tak?

Semalam on leave..Melawat adik sakit..Actually,she's pregnant..tapi dengan penyakit buah pinggang yang di hadapi,terlalu banyak komplikasi terhadap dia.Darah timggi sehingga mencecah 200.Sangat kasihan..Baby terlalu kecil di dalam..antara boleh survive atau tak je..Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.

till meet again...bye

Thursday, April 10, 2014

Cara Menggunakan komputer Dengan Betul

Thursday, April 10, 2014 37 Comments
Assalamualaikum

Bila dah hari-hari mengadap komputer,kita perlu ambil tahu jugak cara bagaimana menggunakan  komputer dengan betul.Bila salah penggunaannya,takut pulak kan ada effect pape kat anggota badan kita.

Jom kita tengok cara bagaimana menggunakan komputer dengan betul ye anak-anak

Cara Menggunakan komputer Dengan Betul
Cara kita duduk didepan komputer.Paras kedudukan keyboard yang betul perlu diambil kira untuk memastikan posture badan kita tidak terlalu membongkok.


Cara menggunakan mouse pun kita kena ambil tahu supaya jari dan urat-urat dalaman kita tak rosak..
hehehe.Jangan letak mouse terlalu jauh dari keyboard..itu pun mengikut keselesaan tangan kita..

Tengok perbezaan cara kedudukan jari kita diatas keyboard tu..Please...jangan siksa jari tangan korang..muahaha

Cara Menggunakan komputer Dengan Betul
Paras mata denga screen komputer tidak terlalu dekat..Cahaya dari komputer tu kalau kita tengok dekat-dekat sakit jugak kan.So elakkan tengok dekat-dekat .ada jugak yang akan tambah power cermin mata

Kedudukan lampu dengan komputer.janganlah terlalu dekat ye..Selalunya kat opis jarang ada lampu tu kan..
so,terselamat..

Cara Menggunakan komputer Dengan Betul
Bila dah terlalu lama mengadap komputer,lakukan la sedikit regangan atau senaman untuk merehatkan otot-otot korang..satgi kalau jammed satu badan payah pulak

Kerusi pun memainkan peranan penting jugak.Carilah kerusi yang selesa untuk kita duduk bila.Pastikan posisi badan tidak melengkung..So,kenalah duduk tegak-tegak

Aku suka letak bantal belakang kerusi ni,tambah sikit keselesaan,takut sakit pinggang nanti..maklumlah..kerja 8 jam sehari..sakit badan kalau duduk je..aku bukan nak mengajar korang mengular,tapi sedikit sebanyak,korang kenalah berjalan-jalan jugak..

sedikit perkongsian dari aku untuk korang..harap-harap dapatlah membantu korang kan..


Sumber gambar: sini








3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney

Thursday, April 10, 2014 29 Comments
Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik. Tanggal 8 April 2014 maka genaplah tiga tahun. Bersempena birthday blog yang ke tiga tahun ini, I dengan sukacitanya menjemput anda dan anda untuk memeriahkan lagi giveaway ini. 


Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

1.    Follow SINI, Like SINI dan Add To Google+ SINI.
2. Buat satu entri yang bertajuk 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney.
3.   Copy code yang disediakan dan paste di ruangan HTML.
4.   Tinggalkan URL Penyertaan di ruangan anda di ruangan komen. 

Untuk hadiah-hadiah yang ditawarkan, uolls boleh lihat di SINI. Dan InsyaAllah, hadiah-hadiah tersebut mungkin akan bertambah. 

Tarikh Tutup : 11 May 2014 (11.59 malam)

Perlu ke Charge 50sen?

Thursday, April 10, 2014 33 Comments
Assalamualaikum

Sebagai pengguna,of courselah kita selalu menceritakan ketidak puashatian terhadap service ataupun harga yang dikenakan pada kita.Bukan nak berkira untuk membeli sesuatu,tapi dari sudut lain,kita perlu ambil tahu tentang charge yang dikenakan pada apa yang kita ambil.
Contohnya yang aku boleh bagi adalah,penjualan kad topup yang dikenakan extra charge sebanyak 50 sen.
Mungkin bagi orang lain,apalah nak dikira sangat dengan charge yang dikenakan..Tapi bila fikir balik,kalau 10 atau 20 orang yang membeli,dan dikenakan charge sebanyak itu,of courselah penjual dapat untung kan..

Tuari masa balik kampung,aku beli topup u mobile.Harga untuk topup rm10 itu di campurkan dengan 50 sen .Jumlah semuanya rm10.50.Aku tanya dia,kenapa mesti ada charge 50 sen tu..Dia tak tau kenapa,tokey kata sebab tak ramai orang pakai...Agak-agak ayat dia tu macam nak kena penampar sulung tak.

Boleh tak korang terangkan pada aku,kenapa segelintir peniaga menjual topup dan dikenakan charge seperti ituMungkinlah aku tak tau sebab apa..hihi

Bukan ke diorang dah dapat keuntungan dari pembelian topup kan..So berniagalah secara adil dan saksama..

oklah...layan dulu ketidakpuashatian aku ni...


Wednesday, April 09, 2014

Sensual Plus Serum merawat kulit muka Anda

Wednesday, April 09, 2014 21 Comments
Assalamualaikum

Apa itu Sensual Plus Serum

Cairan yang mengandungi formula aktif yang berguna untuk memperbaiki struktur kulit.Mempunyai molekul yang sangat kecil dan mampu meresap dengan mudah kedalam kulit.Konsentrasi serum adalah 10x ganda daripada KRIM.
 Disamping itu juga serum mudah utk di apply ke muka.Tapi seperti yang kita sendiri sedia maklum serum biasa digunakan di salun kecantikan rawatan muka.Digunakan sebelum atau selepas melakukan rawatan muka.Ia juga sesuai digunakan kepada yang gemar menggunakan make up.
serum sensual
serum sensual


15 jenis serum sensual plus serum :

1.Hydrating - melembabkan kulit dan utk keseimbangan kulit.sesuai utk kulit kering atau berminyak


2.Eye care - menghilangkan eye bag, lingkaran mata hitam


3.Collagen -kolagen supplement utk kulit yg lebih anjal


4.Soothing -utk kulit sensitif


5.Purifying -utk kulit berminyak & jerawat


6.Scar - menhilangkan parut jerawat


7.Oxygenating -pembekal oxygen terus ke epidermis kulit


8.Tigthening - mengecilkan pori2


9.Vit c -supplement utk mencerahkan kulit


10.Ligthening - mencerahkan kulit


11.Regenerating -cell renewal


12.Anti-wrinkle - mengurangkan kedut


13.Beauty Lifting - untuk kulit yg lebih tegang dan mengurangkan kedut


14.Shine Care-mencerahkan kulit


15.Bust Care -untuk ketegangan breast
 

Antara Testimonial Pengguna

testimoni serum



serum


kesan sensual serum






Cara guna penggunaannya
Just  titiskan beberapa drops di tangan dan sapu diseluruh muka slps pakai toner atau slps cuci muka.
Boleh digunakan 2-3 kali sehari.
Jika ada beberapa jenis serum, guna dlm masa berlainan, cnth pg pakai vit c, mlm pakai ligthening


untuk Mendapatkan Sensual Plus Serum nie,

whatsapp:018-77197897
instagram:sensualserumshoppe


Follow Us @aida_yusof81