14

Assalamualaikum

Semalam bila tak sempat nak update tentang Afiyah , banyak jugaklah cerita yang nak diceritakan.

Semalam Awfiyah ada appointment dengan doktor di Hospital Aminah Johor Bahru.
Awfiyah kena check sound pendengarannya.Doktor kata kena buat bagi memastikan Awfiyah takde masalah tentang pendengaran.alhamdulillah..semua settle.Awfiyah xde masalah tentang tu.Lepas pada balik dari hospital, terus settlekan hal surat beranak Awfiyah dan sedikit dokumen yang kena buat untuk proses yang aku sebutkan dulu.

Lepas settle semua, sempat jugaklah berehat dekat rumah mak di kota Tinggi.
Petang tu jugak dah balik ke Pasir Gudang.Mak aku pun dah pesan, bila bawak budak kecil ni, jangan balik malam malM buta..tak bagus..Itu aku kena akur..Memang betulkan, kadang kadang pantang larang orang tua tua ni kita tak boleh abaikan.Apa yang mereka cakap tu, ada kebenarannya tersendiri.

Esok Awfiyah kena bawak pi klinik lagi, Harap harap biarlah lepas ni dia dah xde lagi rawatan susulan.kesian pulak tengok bila setiap kali pergi, xpernah missed ambil darah.

Sesambil Awfiyah tidur ni, boleh la buat apa yang patut.sekejap lagi dah kena buat susu untuk fiyah.sekarang nie dah kerap menyusu, muka pun dah semakin tembam aku tengok...yang penting aku happy bila ada dia...sejuta rahmat untuk aku dikurniakan dia dalam hidup..insyallah..mudah mudahan..

Post a Comment

  1. Assalamualaikum kak . . ohh kita baru tahu . kalau ada budak kecik tak boleh balik memal:)am . . okay okay .. kita pun nak kena akur juga lepas dah ada baby nanti . . in shaa Allah . moga moga tak lupa lah . .

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak.... Alhamdulillah.... Moga Nur Awfiyah sihat sentiasa....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Semoga Awfiyah akan menjadi solehah yang sihat. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  4. geramnya tengok dya.. sedap je tido.. pntang tengok budak kecik tido mula la nak kacau..:p

    ReplyDelete
  5. comel fiyah tidur..semoga Allah permudahkan segala urusan akak ye :)

    ReplyDelete
  6. dah makin tembam..cepatnya kan sis

    ReplyDelete
  7. Seronoknya bila dapat anak sendiri. Seribu Rahmat dari-Nya

    ReplyDelete
  8. alololo comei awfiyah tido, alhamdulillah semuanya berjalan lancar ye kak.

    Seronok tengok kehidupan kak dah berubah dan bertambah ceria dengan kehadiran awfiyah, alhamdulillah (^_^)

    ReplyDelete
  9. abah saya pun selalu pesa, jangan balik lewat malam..

    ReplyDelete
  10. Comelnya baby titon hehee.. mmg klu boleh elakkan perjalanan lewat mlm, takut nnti baby nangis tak sudah sbb gangguan.. Salam ceria Aida.. :)

    ReplyDelete
  11. Eeee...geramnya tengok dia, tidur lena! Nak cubit2 jer.. :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah semuanya ok.Geram tgk baby tdo

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top