10

Assalamualaikum
Bila dah jadi parents ni, semua kena ambil tahu walaupun hal yang remeh kan.
Masa tuari aku ada bagitau kat blog yang aku akan membawa Nur Awfiyah ke Hospital untuk lakukan testing pendengarannya.
Apa yang aku tau, bayi tak cukup bulan ni akan melakukan proses perkembangan pendengaran.

Kat sini aku share sikit CARTA PEEKEMBANGAN PENDENGARAN bagi Bayi mengikut umur

0-6 Bulan
▪Respon pada bunyi persekitaran
▪Senyum apabila mendengar suara ibu
▪Menggerakkan mata  dan kepala ke arah bunyi

6-12 Bulan
Suka permainan swpeeti " peek a boo"
▪Mencari arah bunyi

1-2 Tahun
Mengenali anggota badan
▪Mengikuti arahan mudah dan memahami soalan mudah

2-3 Tahun
▪Faham perbezaan makna seperti "pergi berhenti", atau "atas-bawah","luar-dalam"
▪Berminat mendengar cerita

3-4 Tahun
Faham soalan "apa", "bila", "mana" & "bagaimana"
▪Mendengar  apabila dipanggil daripada bilik yang berlainan,
▪Mendengar televisyen/ radio pada tahap kekuatan yang sama seperti ahli keluarga yang lain.

4-5 Tahun
▪Memahami cerita pendek dan boleh menjawab soalan yang berkaitan
▪Faham arahan kompleks.

Apa itu Audiologi
Audiologi adalah profesional bertauliah dalam mengenalpasti , mencegah, menilai dan menguruskan masalah yang berkaitan dengan pendengaran sertabmemberikan perkhidmatan rehabilitasi/pemulihan pendengaran terhadap bayi/kanak-kanak , orang dewasa dan warga emas.

Berperanan dalam mengenalpasti masalah keseimbangan badan, finnitus ( bunyi dalam telinga) dan penilaian alat bantu pendengaran.


Sumber:ppukm

Post a Comment

  1. thx for sharing :3 i dont kow abt this b4 XDD

    ReplyDelete
  2. baru tahu pasal ni.maklumlah takde pengalaman lagi kan.

    ReplyDelete
  3. Irfan hampir 2 thn, mmg boleh dengar arahan, tp perlu kesabaran yang sangat tinggi utk mengarah dia ! hehe

    ReplyDelete
  4. Thanks sharing info Aida.. :)

    ReplyDelete
  5. Nice sharing... Mmg kna uji termsuk.bby yg cukup bln..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top