15
Assalamualaikum

Siapa kat sini yang tak pandai nak makan pisang dan tak suka makan pisang..Angkat kening..
Aku rasa 99.9% yang suka makan pisang..Mungkin 1% lagi yang tak suka makan pisang ni.Pisang apa  yang korang suka makan selain pisang tanduk dan pisang Emas.
Pisang nie selalunya orang akan jadikan sebagai pencuci Mulut.Secara Amnya,kandungan yang terdapat pada pisang iaitu Potasium ini amat-amatlah disyorkan oleh doktor bagi pesakit yang kekurangan sumber itu.
google
Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus. “Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. “Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. “Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat. “Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi.So,korang boleh makan sebanyak mana yang korang nak,tapi berpada-padalah ye..
google
kalau korang nak tau,terdapat perbezaan antara psisang yang di makan macam tu sahaja dengan kerepek pisang atau goreng pisang.menurut beliau,Pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.Jadi,adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali..yelah...nak-nak bila digoreng..of courselah guna minyak...Nanti lain pulak jadinya.Pisang nie bila digoreng,kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurang.

Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.Haaa!!!nampak tak berapa bagusnya pisang tu.

Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin. “Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau. Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari. Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan. Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur. Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu. Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam
Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk. 
Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang. Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya. Laris Pisang boleh diperoleh sepanjang tahun. 
sumber :sini


 Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah.Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk. Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.

 Di negara ini, pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris.Jarang dah nampak tanaman pisang nie di mana-mana.Cuma di tempat yang tertentu sahaja...harga pisang pun mahal..
So,lepas nie harus kekalkan pengambilan pisang untuk usus yang sihat,...faham tak!!

Post a Comment

  1. @Mimi Azirahsy pun suka jugak...makan gitu je pun dah ok..

    ReplyDelete
  2. Selalu kita lihat, pemain tenis waktu rehat seketika pun sempat menjamah pisang. Memang sumber tenaga segera!

    ReplyDelete
  3. lama dah rasanya tak makan pisang..dulu selalu gak makan leps sembahyang jumaat..heheheh

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. saya suka mkn pisang..
    kalau pisang goreng suka pisang tanduk..
    bnyk kelebihan pisang sebenarnya ye.. thx share info kak..

    ReplyDelete
  5. Pisang salah satu feveret saya.. :D

    ReplyDelete
  6. kenit pun suka makan pisang, tapi sekarang susah nak cari pisang emas.

    ReplyDelete
  7. (angkat kening separuh)
    hahaa

    eiqa makan aje tp x selalu la..
    pisang elok untuk sembelit..

    ReplyDelete
  8. suka sangat dengan pisang, tak kira la buat kuih ke kerepek ke, makan camtu je ke.. sukeee^^

    ReplyDelete
  9. Mmg suka sgt mkn pisang.. Utk naikkan brat bdn mmg elok mkn pisang..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top