17
Assalamualaikum

Entry nie berkaitan dengan Nur Awfiyah malam tadi.Memang dari malam semalam macam dah perasan Fiyah rasa tak selesa bila kerap merengek..Selalunya Fiyah merengek bila nak susu dan pampers dah basah je.
bayi kembung
Buat masa nie bila petang,aku memang tak mandikan dia.Just lap-lap je badan.Yang penting setiap kali mandi atau lap badan,aku akan urut-urut badan fiyah dengan minyak Telon.Aku tak guna minyak uyi tu sebab rasa tak selesa bila aku sendiri terasa panas menggunakannya.

Bila dah malam pun fiyah merengek,aku dah mula rasa tak sedap bila ketuk perut,rupanya fiyah kembung,
Bila dah mula dengan rengekan,maka bersambunglah dengan suara tangisan,makin lama makin teruk.Mungkin sebab terlalu banyak menyusu.Fiyah memang kuat menyusu.Kadang kadang sejam sekali,mesti nak susu,kekadang tu,setengah jam dah mintak susu...Risau jugak bila dah banyak sangat menyusu,perut pun naik kembung.

aku share info kat bawah nie untuk renungan kita bersama...hehe...

1. Cara Kenalpasti Bayi Kena Kembung Perut 

Bayi anda menangis sepanjang hari 
tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutanselama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembungperut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulihapabila bayi mencapai umur 3 bulan. 

2. Punca Sebab atau Penyebab Perut Bayi Kembung 

Beberapa kemungkinan anda mengalami kembung perut Alahan terhadap laktosa. Alergi susu lembu. 
Ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda menyebabkanpencernaan karbohidrat tidak sempurna.Ini menyebabkan kembung denganangin perut yang berlebihan. 

Sendawa dengan betul selepas bayi 
menyusu badan atau bayi menyusu 
botol Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandungatau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untukkembung perut. 

Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaanbayi.0Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitifkepada faktor persekitaran. 

3. Cara Mengatasi dan Merawat Perut Kembung Bayi 
Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Rawatan khusus untuk perut 
kembung tidak khusus. 

Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor anda mungkin akan memberi ubat dimethicone mengurangkan simptom kembung. 

Langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi di rumah. Usapbahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda denganlemah lembut . Kurangkan bunyi bising 

Bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat dan cuba sedaya upaya untuk elakan masalah kembung perut bayi

Petua untuk mengatasi perut kembung nie pulak 
  • Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya..sebaik-baiknya dukunglah dia..untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi..Biarkan dan tepuk belakang badan bayi.
  • Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita..”BURPING” adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang.
  • Satu lagi petua ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, masukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya.. Ini adalah petua kampung yang saya perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda..Selamat Mencuba..!!!<sumber>
  • Sapu sedikit minyak angin, minyak Mestika Bayini (minyak telon), minyak Telon pada perut, tapak kaki, betis dan bahagian belakang bayi. Gosok perlahan-lahan sambil meniarapkan bayi. Bayi akan kentut atau pun sendawa. Setelah angin keluar, bengkung bayi spt biasa dan jauhkan drp kipas yang dipasang laju atau pun air-cond atau bersiar di tempat yang anginnya dingin atau anginnya kuat.
  • Anda juga boleh bengkungkan perutnya shj dan bukan seluruh tubuhnya. Pastikan bayi tak berpeluh kuat atau terlalu panas (overheat) dgn banyak pakaian atau pakaian terlalu tebal.
  • Apabila basuh baju bayi, jangan rendam dgn air paip, tapi terus basuh dgn sabun, bilas dan sidai hingga kering di bawah matahari. Jika anda rendam dgn air sejuk, fibre meresap hawa sejuk. Bila bayi pakai pakaian yang telah direndam, maka bayi akan mengalami kembung perut. Sebelum anda pakaikan bayi bajunya, pastikan bajunya itu berasa suam atau benar-benar kering, bukan lembab atau berasa sejuk.
  • Bila bayi anda menangis kerana lapar atau kencing/berak, jangan biarkan ia menangis terlalu lama kerana lagi lama ia menangis, lagi banyak udara ia menelan, dan ia akan jadi lagi kembung.
  • Anda juga boleh dakap bayi pada badan anda, tutupkan badan bayi dgn kain nipis atau selimut ringan dan biar ia merasa panas hawa badan anda sambil mengurut betis & tapak kakinya – dgn cara begini bayi akan kurang kembung dan lebih selesa. <sumber>

Post a Comment

  1. seronok ada baby ni kan kak, tapi kena jaga jangan sampai kembung.. kesian dia..

    ReplyDelete
  2. Sapu minyak di ubun-ubun, belakang betis dan tapak kaki serta sentiasa berstokin dan berbarut...

    ReplyDelete
  3. siannya dia.. smga cpat baik ye sayang.
    sis, gna minyak apa?
    cer try minyak telon anugerah.
    alhamdulillah la tgk anak akak tmpat kja hri tu.dia nangis, saya sapu urut tapak kaki, blkang, alhamdulillah x lama lps tu dia kentut..

    yg bab baju tu baru tahu. take noted :)

    tenkiu sis berkongai.tambah ilmu memalam.ni :)

    psstt:)tima kasih tau doakan utk saya. smga semunya dipermudahkan oleh Allah nnti aamiin :)

    ReplyDelete
  4. kembong perut baby ni, sbb masuk angin kan..sha kalau jaga anak buah lps ja mndi ltk minyak kayu putih, tapak kaki,perut,embun2,blkg,lutut, alhamdulilah bljr sblm khwn kikiki

    ReplyDelete
  5. baby kalau selalu menangis mmg selalu nya sbb kembung..

    ReplyDelete
  6. kesian jugak bila bayi kembung perut..yelaa diorang kan tak leh nak bagi sign.. hanya mampu nangis jelaa..

    ReplyDelete
  7. Good Sharing kak. Risau kalau baby nangis ni kan..lagi² kalau tak tahu puncanya..

    ReplyDelete
  8. Info yg bermanfaat.. amat2 berguna utk dijadikan panduan..

    ReplyDelete
  9. mungkin berguna untk 10 tahun akan datang. ekehkehkeh.. (>_<)

    ReplyDelete
  10. Salam..ada sapa2 yg ada pengalaman.. baby sy kentut2 tp hari ni xde buang air besar lgsg... tdo siang pun sekejap2 je. Baby baru 46hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga terjadi pada baby sy, kentut kerap tp buang air besar nye x. Sy ade google yg baby yg minum susu formula mesti bebas dr lactose. Sy dah 3 kali tukar susu bru tau so nak kene cr susu yg lactose free

      Delete
    2. Baby saya juga kerap kentut.. buang air besar 3 ari sekali.. tp breasfeeding.. kerap nangis waktu siang..

      Delete
    3. Baby saya juga kerap kentut.. buang air besar 3 ari sekali.. tp breasfeeding.. kerap nangis waktu siang..

      Delete
  11. Pasal letak lada hitam dalam pusat bayi tu betul ke? Pusat bayi mungkin tak kering sepenuhnya lagi. Sebab ada kes letak lada hitam kemudian pusatnya berdarah..sian kat baby...huhu.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top