8

Hikmat Istiqomah

Istiqomah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua pengaruh dan cabaran. Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha untuk mencapai matlamat daripada usaha dan pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan.


Dengan kata lain istiqomah menjadi faktor pencapaian matlamat dalam apa jua bidang sama ada bidang agama, siasah, ekonomi, pendidikan, penyelidikan, perusahaan dan perniagaan. Peribahasa melayu ada menyebutkan, “berpantang maut sebelum ajal.”


Kejayaan melaksanakan tuntutan iman dan matlamat amal Soleh dapat dicanai dengan sikap istiqomah seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran.


(Surah Fusilat-Ayat 30-32)

Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu.”


“Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya.” “(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !”

Isiqomah bermaksud berpendirian teguh atas jalan yang lurus,berpegang pada landasan islam yang betul.
Tidak berubah atau berpaling,walau dalam keadaan apa sekalipun.

Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqomah:

▪Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.

▪Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.

▪Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.

▪Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.

▪Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.

Sumber:fb




Post a Comment

  1. Semoga kita istiqomah melakukan kebaikan, salam jumaat kak (^_^)

    ReplyDelete
  2. in sha Allah..perkongsian yang baik..

    ReplyDelete
  3. Istiqamah bkn semudah mnyebutnya... Terutama bab ibadah...

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua sentiasa istiqamah dlm perkara & amal kebaikan.. aamiin..

    ReplyDelete
  5. Selalu beringat utk istiqamah

    ReplyDelete
  6. Benda yang paling susah nak buat...

    ReplyDelete
  7. semoga kita semua sentiasa beristiqomah melakukan segala amalan :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top