21
Assalamualaikum

Meh sini aku nak share dengan korang tentang pembacaan aku tentang bayi Pra matang ni.Disebabkan anak aku dilahirkan tidak cukup bulan atau dikenali sebagai bayi pramatang,aku terpaksalah menggoogle tentang info Bayi pramatang nie.

sumber :google

Bukan apa,kata orang ,bayi pramatang nie memerlukan penjagaan yang extra dari bayi yang dilahirkan normal atau cukup bulan.

Sebelum tibanya waktu bersalin,bayi akan berada selama 38 ke 42 minggu untuk keseluruhan tempoh kehamilan.Nur awfiyah dilahirkan bila dia berada dalam 33 minggu di dalam perut.Jika kelahiran telah berlaku antara 20-37 minggu dalam tempoh kehamilan,ia dipanggil sebagai kelahiran pramatang.

Kalau korang nak tau,bayi pramatang ni selalunya akan mempunyai masalah kesihatan berkaitan dengan organ mereka untuk jangka masa panjang.Itu yang aku risaukan tu..Mohon dijauhkan la..Terutama sekali pada jantung dan hati mungkin belum sepenuhnya terbentuk dan matang selepas dilahirkan.Bayi yang dilahirkan sebelum 24 minggu mempunyai peluang yang tipis untuk hidup,Jika seseorang wanita ingin meneruskan kehamnila sehingga 32 minggu dari tempoh kehamilan,kemungkinan bayi tersebut akan mengalami kurang masalah berbanding kehamilan awal.Semakin awal tempoh kelahiran,semakin tinggi risiko bayi menghadapi masalah kesihatan yang serius.

Occay,apa pulak punca lahirnya bayi pramatang nie?

Kelahiran pramatang mungkin berlaku kepada semua ibu mengandung, malah kepada mereka ynag sihat dan melakukan perkara yang betul. Kebanyakkan waktu kelahiran pramatang berlaku secara mendadak sebelum waktu bersalin dan puncanya tidak diketahui. Bagaimanapun, faktor risiko seperti dibawah mungkin memberi risiko yang tinggi kelahiran pramatang:

1.
Terdapat sejarah dalam keluarga yang mempunyai kelahiran pramatang.
2.
Sesetengah komplikasi mengandung seperti pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan terdapat protein dalam urine) dan berlaku ‘placenta abruptio’(placenta dan dinding rahim terasing sebelum bersalin).
3.
Terdapat jangkitan seperti jangkitan pundi kencing, jangkitan rahim dan jangkitan pada ginjal.
4.
Kecacatan pada bayi, cervik, rahim dan plasenta.
5.
Merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah semasa mengandung.
6.
Kehamilan kembar.
7.
Membrane pramatang yang telah pecah: Lelehan keluar sebelum waktu kelahiran.
8.
Tidak kemampuan bahagian cervical untuk menutup dengan rapat. Keadaan ini mungkin boleh dirawat dengan menggunakan cervical cerclage.
9.
Kekurangan rawatan untuk penjagaan kehamilan.
10.
Kekurangan berat badan sebelum mengandung.
11.
Hamil ketika umur dibawah 18 tahun atau lebih 40 tahun.


Apa pula risiko terhadap bayi 

Bayi pramatang ni lebih cenderung untuk menghadapi masalah kesihata untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup.Risiko bayi pramatang ialah termasuk :-

1.
Sindrom kesukaran bernafas. Bayi yang baru lahir memerlukan sokongan ventilator.
2.
Kesukaran untuk makan dan mengekalkan kepanasan badan. Bayi baru lahir memerlukan penjagaan kesiahatn yang sempurna dan sokongan incubator.
3.
Berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
4.
Kematian, bayi terlalu kecil dan tidak kuat untuk hidup.
5.
Mempunyai masalah kesihatan jangka masa panjang seperti buta, cerebral palsy, kesukaran belajar dan kesukaran berjalan.

Apakan keperluan bayi pramatang?

  • Haba atau
    kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak
    secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu
    diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat
    pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.
  • Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan
    keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi
    kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada
    kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana
    sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak
    cukup bulan.

Apakah makanan untuk bayi pramatang?
  •  Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh
menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan
pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi
sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.

  •  Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.
  •  Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein
membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi
pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat
formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk
meninggikan lagi khasiat.

Masalah bayi pramatang
  • Jaundis (penyakit kuning)
    Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis.
    Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan
    sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih
    bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi
    jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan
    bahagian otak atau kecacatan pendengaran.
  • Apnea
    Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada
    masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin
    kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang
    daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi
    memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.
  • Anemia (kurang darah)
    Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini
    mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu
    serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.


    Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)
    Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan
    secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk
    bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.

    Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan
    sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai
    surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan
    lebih baik.

    Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin
    memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan
    surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah
    pernafasan.
  • Jangkitan
    Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi
    pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit
    sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum
    bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara
    membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.

  • Patent Ductus Arteriosus(PDA)
    Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan
    salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang
    mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh
    mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh
    mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.

  • Masalah Retina ( Retinopathy of Prematurity)
     -Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi
    pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan
    yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan
    oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak
    dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.

Sumber:sini


Post a Comment

  1. Happy weekend kak..Moga Baby fiyah membesar dengan sihat :)

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan segala urusan ye...terima kasih berkongsi...sekurangnya saya dapat cedok sedikit ilmu walaupun pengalaman belum ada lagi...

    ReplyDelete
  3. semoga nur awfiyah membesar dgn sihat..
    1 lg sifat yg ada pada baby pramatang..
    bila dah besar.. otak dia x bileh menerima penuh apa yg ditunjuk ajar.. selalu lupa, x masuk dek akal apa yg dah diajar.. itu atas dasar pengalaman saya. bukan utk menakut2kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. info terbaru yang akak tau...insyallah,..moga Allah permudahkan urusan akak dalam mendidik Nur awfiyah nie

      Delete
  4. Nice sharing.. so kena bg extra perhatian la utk baby pramatang nie..Apapun semoga baby awfiyah member dengan sihat..

    ReplyDelete
  5. nice info kak, insyaAllah awfiyah akan membesar bagai juara :)

    ReplyDelete
  6. perkongsian yg baik kak....semoga segala dipermudahkan ya..:D salam hujung minggu..

    ReplyDelete
  7. Amalkan budaya hidup sihat dan Insha Allah baby sihat juga :)

    ReplyDelete
  8. Semoga anak KSD terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berguna

    ReplyDelete
  9. ooooo macam tu rupanya...terima kasih untuk ilmunya..baru tahu nie kak

    ReplyDelete
  10. Nice sharing... Ank sedara sy ada lahir kala usia 7 bulan dlm kndung... Sbb mmg keturunan mak dia mcm tu...

    ReplyDelete
  11. T kasih atas perkongsian info ni Aida.. semoga Nur Awfiyah sentiasa sihat walafiat. Saya pernah dengar org ramai cakap yg bayi pramatang ni cerdik.. mudah2an benar ye... aamiin.

    ReplyDelete
  12. anak akak lahir cukup2 bulan sgt... kira kalau awal skit tu dh kategori pra matang sebab dia lahir awal 3 minggu dari due.cukup2 37 minggu kalau tak silap.. kurang berat & masuk NICU sekejab utk doktor check up, Alhamdulillah even kecik dia x de apa2 masalah masa lahir. x perlu kena wad

    ReplyDelete
  13. saya 42w baru lahir..tu pun doc dah risau kalau x mesti dah ceaser...

    ReplyDelete
  14. Fiza dgr kalau bayi pramatang nie selalunya akan jadi genius dansangat pandai.. betui ke? semoga Afiyah sihat2 selalu...

    ReplyDelete
  15. assalam...bb sy pun pramatang 26weeks@725g,92days in care unit..mmg byk sgt komplikasi ms lahir..mata sy xpenah lekang ngan air mata setiap ari..smpaikan bile nmpak je no hptal kuar dlm hp mulala sy da menangis n ready dgn apa sj kemungkinan..alhamdulila now princess sy da masuk 2years..mmg miracle sgt2 dia..she very strong...syukur pada yg maha Esa...smpi doc ckp,anak sy ni betul2 kuat n miracle.mmg nk jaga bb prem ni kena teliti n xmudah tp kite akan menjadi lebih pembersih n teliti.....1 more thing,bb premature ni mmg otak dia genius n pandai..bkn sy bangga dgn anak sy..tp apa yg sy compare dgn bb yg same ngan dia..dia mudah ingat...

    ReplyDelete
  16. assalam hai,sya melahir kan anak yg kedua 01/11/2015 baby perempuan nama dya sharifa umairah ilyah ,saya nak tnya baby sya lahir pramatang 33 minggu, baby sya skrng dah 10bulan dya hnya dduk dngan bantuan tngan sya je hemmm ,, sayu trus hati m'lihat perkembangan c kecil ni,sya ada juga jmpa doktor pkar tuk pemeriksaan susulan, doktor ckap tunggu umur baby sya mencapai satu thun meraka akan melihat perkembang dya .. tuk kakak2 yg suda berpegalaman baby yg pramatang nie limit umur berapa bulan baby dduk tnpa bantuan tngan ?? nak tnya je

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top