18
Assalamualaikum

air batu
sumber:google

Siapa yang tak suka ais sila angkak tangan!!..Aku tak nak angkat sebab aku suka denga ais nie..hehe..Kot la korang suka.

Ada orang kata jangan suka sangat minum ais,tak bagus..
Kalau korang nak tau,Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan didalam keburukan.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin? 
Tepuk dada tanya selera la ek..heheh..So..korang dah tau kan kebaikkan ais nie.Cuma korang kena gunakan dengan cara yang betul la..korang tak boleh la nak ambil hari hari minuman berais nie..nanti memudaratkan pulak..
sumber :fb

Post a Comment

  1. minum air ais masa demam kalu? tak ke makin panas badan..huhuhu... :D
    Good info btw... kalau terhentak benda keras, kalau ada ais, letak cepat-cepat bahagian tersebut, tak lah bengkak teruk atau lebam teruk... letak lama-lama la tapi, jangan setakat demah sekejap jer... :D

    ReplyDelete
  2. fiza suka minum air panas...cuma kekadang je baru layan air sejuk berais ni.hehehe..lagi stau suke oleskan ice cuba kat muka..sejuk.tegang je rasa :)

    ReplyDelete
  3. ada terbaca kelebihan ais ni..saya ni memang suka sgt ais

    ReplyDelete
  4. Baru tau ni.. thanks sharing info ni Aida..

    ReplyDelete
  5. shida panas suka sejuk pn suka..tp jenis shida kalo dah layan panas..panasss je..dah layan sejuk..sejukk je hehee ^_^ nice sharing kak ida :)

    ReplyDelete
  6. lya paling suka minum berais..fuhhh segar bugar

    ReplyDelete
  7. Kita suka cold drink..tapi tulah tak elok untuk kesihatan sebenarnya..sekarang ni pun kita dah belajar minum air suam..

    ReplyDelete
  8. Nice info... Baru tahu ais pun bagus untuk kesihatan :)

    ReplyDelete
  9. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.<--- terbaik.. patutlah daya ingatan sy kuat.. hehehe

    ReplyDelete
  10. betui tu.. ada kelebihan dan keburukan.. kene pandai kawal..

    ReplyDelete
  11. iolss suka ais kakk...hu hu hu, tapi tak ley amalkan selalu...

    ReplyDelete
  12. hohoho, eda suka sangat gigit ais! ouch... febret habit. hahaha

    ReplyDelete
  13. Cuma jgn mkn ais lepas mkn berlemak... Tak bgus sbb nnt lmak mudah terkmpul dlm bdn..

    ReplyDelete
  14. *angkat tangan* kalau boleh nak elak dari ketol ais..
    ais krim xpe..:p

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top