39
Assalamualaikum

Rasa macam dah tak selamat dengan makanan yang dijual di pasaraya mahupun di kedai.
Yelah,bila makanan yang kita makan berhari-hari dicemarkan dengan perkara-perkara yang tidak munasabah dengan cara mereka menguruskan keluaran produk makanan yang sungguh menjijikkan.

Sebagai pengguna,ciri-ciri makanan yang selalu kita titikberatkan adalah kebersihan kan..Tapi bila dah semua tercemar dengan cara mereka yang seperti ini,Di mana letaknya kepercayaan kita untuk mencari sesuatu yang bersih dan suci kononnya tu

Aku cukup geram bila baca dan tengok gambar Kilang makanan yang kotor tu..Nama bukan main suci lagi..
Lately nie memang bab makanan diambil ringan oleh segelintir pengeluar yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
sumber 

sumber : mynewshub
Hadoii....Kalau la pekerja macam nie,subhanallah....Teruknya

kalau korang ada ternampak kilang kilang yang beroperasi macam nie,korang post je kat fb...Bila dah gebang kat FB,barulah mereka nie mengambil tindakan...betul tak..

Dan hari nie di Sinar Harian aku baca

KUALA LUMPUR - 'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.

Baguslah tutup..Sebagai pengguna yang selalu menggunakan barangan seperti ini,of courselah risau kot terguna produk-produk yang tak halal atau kurang kebersihan seperti ini..Lepas nie perlu berhati-hati bila mendapatkan sesuatu barangan makanan.Banyak aspek yang kita kena tengok..

Harap lepas nie pihak yang berwajib turun padang untuk mengenalpasti kilang yang beroperasi tanpa kebersihan seperti ini...





Post a Comment

  1. banyak makanan yang telah tercemar. nak senang semua kene buat sendiri..huhu

    ReplyDelete
  2. Pasal makanan nie memang kita perlu teliti dalam memilih :)

    ReplyDelete
  3. Tak boleh makan dah makanan macam ini. Tak lalu tengok.

    ReplyDelete
  4. mmg dah tersebar meluas cerita nie.. harap tak de dah yg beli.. mmg jijik..

    ReplyDelete
  5. ada dengar berita kat radio tadi kak..
    memang la sekarang susah dah nak percaya..even halal yang tertera memang dari jakim pon takleh percaya sangat dah.. kilang ni main tangkap muat jer keje dorang..kat malaysia ni banyak tokey kilang besar pon cina... nak cari yang bumiputera susah skit..tu masalah kita..

    ReplyDelete
  6. patutlah sedap je, rupanya bihun cap bangla, bukan main lagi letak nama bihun cap masjid, tapi cara pemprosesan menjijikkan.

    ReplyDelete
  7. skang ni kena hati2 ngan makann satu hal.. kena juga alert ngan info2 semasa dr JAKIM ..

    ReplyDelete
  8. Ada jugak beli bihun baru2 ni..tapi tak sure jenama apa...euuww.. tertanya2 jugak tuan punya kilang ni, dia sanggup ke bagi makan anak bini dia sendiri dengan produk kotor begini? suka2 menzalimi orang lain...

    *Ida..template ida yang ni kemas.. ;)

    ReplyDelete
  9. hurmm memang tak senonoh tengok cara pemprosesan dia. Sakit hati, rasa tertipu dengan mukadimah luaran yang nampak bersih tapi sebenarnya kotor! Eeeiii! yang tak boleh tahan marah tu sanggup mereka menggunakan logo masjid untuk mengaburi mata orang ramai! Cer letak gambar tokong pastu letak juga logo halal, mau ada orang beli??

    Kalau kita masak sendiri bihun, kita tahula brand apa yang kita pakai. Tapi, kalau makan kat luar? mana nak tahu peniaga tu guna brand ape?? T__T

    ReplyDelete
  10. gunakan gambar masjid untuk tarik pembeli.ishhhh sabor je la

    ReplyDelete
  11. teruk betuk kan..pk untung semata2..tak pernah beli bihun ni..biasa beli brand lain..
    sekarang macam2 hal bab makanan..sensitif tau..

    ReplyDelete
  12. sebenarnya kita perlu peka dengan labelling jangan harap pada gambar packaging saja. banyak lagi mihun keluaran umat Islam dipasaran.

    ReplyDelete
  13. teruk betul !! fikir untung je..

    ReplyDelete
  14. memula tengok tu gelinye la hai.. sesuka hati buat products pakai nama islam.. padahal buatan macam cadbury.. hgeram..

    ReplyDelete
  15. memang jijik betul...bagus jugak ada fb nie kan...bab-bab yang macam nie kalau kita share kat laman sosial,baru lah semua orang tahu & pihak berkuasa boleh ambil tindakan segera...

    ReplyDelete
  16. ini supposed to be clear cut case..so nanti kita nantikan laa apa tindakkan terhadap company yang menggunakan logo halal palsu ini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. kita ni bergantung pada cop halal jer nak yakin... tapi pengeluar plak ambik kesempatan.. suke suki jer cetak logo halal... huhuhu

    ReplyDelete
  18. erk..nasib tak pernah beli lagi

    ReplyDelete
  19. sekarang ni dah makin kerap keluar pasal makanan halal atau tak.

    ReplyDelete
  20. Skrg nih kalo nk beli makanan kt luar memg kne byk berhati hati

    ReplyDelete
  21. Harap tindakan cepat dijalankan.. rasanye takde beli cap ni tapi kalau kat kedai makan? huhu

    ReplyDelete
  22. harap pihak berwajib ambil tindakan yang keras

    ReplyDelete
  23. perghh jenama bukan main elok tatapi buatannya mmg hancur..mmg xpatut..

    ReplyDelete
  24. Assalammualaikum...achik,

    kisah peniaga yang mengambil kesempatan atas 'sijil halal' keluarannya sendiri perlu diambil tindakan, kerana melibatkan sensitiviti umat islam dan soal makanan agar makanan yang dimakan adalah makanan yang bersih,dan halal..

    mselim3

    ReplyDelete
  25. Pihak berwajib kenalah jalankan tanggugjawab..

    ReplyDelete
  26. Sedihkan...bayangkan kalau kita dah termakan...Hmmm...

    ReplyDelete
  27. Selekeh betul kilang ni. Kalau masak bihun tak taruh garam pun dah ada rasa-rasa masin sikit tu, kita dah tau dah peluh siapa yang dah termasuk ke dalam bihun tu. Hahaha

    ReplyDelete
  28. Mmg menggelikanlah... tak lalu nak makan bihun...

    ReplyDelete
  29. ish...nasib baik tak pernah beli bihun ini...

    ReplyDelete
  30. ayah pon ada share kt grup wassap pasal ni.. hmmm..

    ReplyDelete
  31. Tulah...dah kecoh dah pasal bihun cap masjid ni....betul tu KSD elok digembar gemburkan biarkan mereka lebih alertkan...

    ReplyDelete
  32. Hmm... Fobia plak nk makan bihun...

    ReplyDelete
  33. Aduhai, tak sanggup tengok! Pernah sekali tengok berita pasal pemprosesan ayam, dibaling bersepah-sepah je ayam tu atas lantai yang kotor. Pernah juga tengok gambar kilang proses mi kuning tu. Tepi-tepi longkang pun main baling jek mi. Bekas-bekas digunakan pun kotor ya amat. Aduhai, memang geli melihatnya...

    Sengal betullah kilang ni boleh guna logo masjid pastu letak tanda halal sendiri. Benci betul!

    ReplyDelete
  34. CN sekarang kalau boleh cuba cari produk bumiputera islam, w'pun mahal sikit, tapi terjamin kehalalannya..

    ReplyDelete
  35. memang geli tengok cara dorang proses bihun ni..
    tak lalu rasenye..lambang masjid tapi..hmmm...

    ReplyDelete
  36. Geli tgk cara diaorg buat kerja ..Barang2 ynag digunakan pon kotor huhuhu...
    Nasib tak pernah makan yang JENAMA nie ..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top