13
Assalamualaikum

Salam sabtu....wah...memasing dah excited kan nak puasa esok..Semalam pun dah diisytiharkan hari AHAD nie puasa...alhamdulillah...insyallah,jumpa kita di bulan ramadhan nie..
penyakit gout
sumber : google
Pepagi nie dah nak bercerita pasal penyakit gout.Korang tau ke apa itu penyakit Gout..

Apa Itu Gout??
Gout nie adalah keadaan di mana berlaku keradangan yang menyakitkan di Tendon,sendi dan bengkak.Sendi Metatarsal-phalangeal di tapak kaki memang biasa terjadi.Ia mungkin gout biasa atau mungkin ada tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang,urate nephropathy dan tophi.Ia juga disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Korang tau apa punca Gout nie?
Ada beberapa faktor seperti pemakanan,genetik dan masalah di buah pinggang.Uols nak tahu,ia adalah sebahagian dari penyakit atritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik(iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin(protein)berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi,terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi.Ia juga di panggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak kibu jari kaki,menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Korang nak tau tak,banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut,kekacang,daging merah dan daging organik tinggi purine.Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout.Purine nie ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak.Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.


Beberapa Cara mengatasi Gout 
  • Mengamalkan diet rendah Purine dengan mengurangkan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi Purine.Contohnya organ dalaman(paru,hati),bilis ,sardin,herring,telur ikan,kekacang,alkohol,lemak haiwan,asparagus,bunga kobis,cendawan dan yis(roti putih dan roti manis)
  • Ceri dan strawberi dikatakan mampu untuk mengurangkan asid urik.
  • Mengamalkan minum banyak cecair,terutamanya air,untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran urate
  • Pengawalan berat badan-kegemukkan juga boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik,
  • Bersenam



sumber :sini







Post a Comment

  1. slalu dengar tp tak tahu puncanya dan cra mengatasi.. nice info sis..:)

    ReplyDelete
  2. biasanya gout akan dikaitkan dgn makanan seafood,
    mmg perit kalau kena gout nie,
    perit bila seafood xleh makan.
    rugi.

    ReplyDelete
  3. owh in gaut..
    kalau kna gaut jgn mkn seaford..
    pantang sikit makan :P

    ReplyDelete
  4. Biase org kene gout ni, org yg makan tak berpantang. Huhu..makan je ape ade. Lepas kene gout, seafood ape sume tu takleh makan. Btw, nice sharing!

    ReplyDelete
  5. pernah terkena sekali, seminggu terpaksa mengesot jika k bilik air..

    ReplyDelete
  6. Emak pernah kena gout ni .....sampai tak boleh jalanlah...
    Apa pun kita kena jaga makan kan KD....mcm mcm penyakit dah la ni

    ReplyDelete
  7. selalu dengar penyakit ni.. dikaitkan jugak gout sebab suka makan seafood..

    thanks info ni.. :)

    ReplyDelete
  8. Mmg kena tahu ni.. thanks sharing Aida..

    ReplyDelete
  9. yang penting sangat pemakanan yang di ambil

    ReplyDelete
  10. penjagaan makanan itu penting yea......

    ReplyDelete
  11. Memang kene jaga pemakanan.. makanan yg mempunyai asid urik kene elakkan..

    ReplyDelete
  12. gout nih pntg mknan laut kan...udang cpt je kne

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top