17
Assalamualaikum

Alhamdulillah...dah nak hampir sebulan jugak kan kita berpuasa,tinggal minggu depan je kita berpuasa kan..
Macam mana persiapan raya korang...Alhamdulillah,kita bersederhana ye dalam menyambut perayaan Aidilfitri nanti..

Meh sini aku nak cerita kejadian yang berlaku pagi tadi,semasa dalam perjalanan ke tempat kerja..Dalam hati ni berdebar-debar,takut,semuanya ada...Macam-macam dok fikir apa akan terjadi jika benda tu berlaku tepat kena kat aku..

Subhanallah,Allah sentiasa akan menguji umatnya didalam saat-saat yang paling genting.Makcik aku selalu pesan,kalau bawak kenderaan tu,selain membaca doa naik kenderaan,bacalah surah an-nas tanpa henti.Insyallah,Allah akan selamatkan kita dari segala kejadian yang tidak diigini.

Masa nak pi kerja tadi,hujan lebat beserta dengan angin yang kuat,itu betul betul menakutkan aku,Perjalanan aku pulak melalui jalan yang dipenuhi pokok-pokok tepi jalan yang boleh dikatakan dah tua kerana banyak ranting-ranting dari pokok tu dah patah.Mulut nie tak henti-henti baca surah...

Tetiba ranting pokok tu jatuh betul-betul depan kereta,tapi nasib baik,ranting tu dah rapuh,jadi bila kena kereta ,ranting tu patah la...ngeri rasanya..Kalau la ranting tu keras atau jatuh betul-betul kena cermin..Aku tak taulah apa yang jadi pada aku.Dan nasib baik jugak aku takcepat  gelabah bawak kereta masa tu..Kalau aku jenis yang cepat menggelabah,mesti aku tak dapat nak kawal kereta .Tapi tu semua kerja Allah swt.Kalau dia nak mengkehendakki sesuatu terjadi,semua tu pasti akan  berlaku kan..bukanlah niat aku nak cakap besar..

Fuhhh...rasa baru sekarang jantung nie kembali normal...sampai juga di tempat kerja dengan keadaan yang selamat..alhamdulillah..

jumpa korang sat lagi na...nak sambung buat kerja nie pulak...


Post a Comment

  1. Malang tidak berbau...cuma kita perlu bersedia dan dapat mengawal diri apabila ianya menimpa kita. Syukurlah...segalanya selamat.
    Kat sini teramatlah merindui hujan, hanya pada hari awal puasa dulu kali terakhir hujan turun...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah... kak ida tak apa2....

    ReplyDelete
  3. Allahu.. syukur tak apa2..

    ReplyDelete
  4. Allahu.. syukur tak apa2..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.... masih dlm perlindunganNya.
    Kena sujud syukur kerana tak ada apa terjadi..
    Memang hari ini tempat kita rata-rata hujan lebat.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah takde ape yang berlaku..sentiasa berdoa.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah... moga terus dipelihara Allah

    ReplyDelete
  8. alhmdulillah , selamat . klu Allah nak ianya berlaku , ianya tetap berlaku ...

    ReplyDelete
  9. Bahaya kan bawa merta time hujan ngeri

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, naseb baik lagi.. Allah jaga akak tu..

    ReplyDelete
  11. Syukur..perancangan Allah adalah yg terbaik dan tidak ada siapa pun yg tahu

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah... malang mmg tak berbaukan. Semoga Allah jua yg sentiasa melindungi... aamiin.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah ..Syukur tak der apa2..

    ReplyDelete
  14. malang x berbau kan..nsb baik xde pape

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top