6
Assalamualaikum


Pastinya ramai yang menunggu episode last cerita nie kan..Kalau korang ikuti cerita nie dari awal,banyak pengajaran yang kita dapat dari cerita nie.Memang sakit hati dengan jalan cerita nie yang dikarang  begitu baik sekali.

Kita tengok,adakah farah dan johan akan kembali bersama semula selepas dugaan yang berat yang menimpa mereka.

Sedikit sinopsis tentang cerita nie

Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.

Malam nie pukul 9 malam di tv3..insyallah


Post a Comment

  1. Tak berkesempatan lagi saya nak menonton.. :)

    ReplyDelete
  2. hye..syira jalan-jalan pagi terbang melayang ke blog anda sebelum pulang ke kampung :D
    maaf zahir batin !

    ReplyDelete
  3. tak sempat tengok malam tadi.tengok kat tonton je

    ReplyDelete
  4. tengok episode last.. tapi mak dia macam x ikhlas je maafkan farah tu an?

    ReplyDelete
  5. Saya suka tengok drama ini. Lakonan Sheila Rusly paling seronok ditonton. Jalan cerita yang bagus dan banyak pengajaran. ^__^

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top