24

Assalamualaikum

Klik Banner nie untuk Join

Untuk GA nie Muz nak peserta untuk menceritakan kisah Suka/Duka Menyambut Aidilfitri

Kisah nie terjadi pada tahun 2012.Tanggal 5 ogos 2012,2 minggu sebelum menyambut Aidilfitri,berlakunya kisah yang tragis dalam hidup aku.Mungkin boleh dikatakan kenangan paling pahit yang terpahat dalam hidup aku.

Ceritanya macam nie,pada petang tu,aku dah bersiap untuk menyediakan juadah berbuka puasa bersama kakak ipar aku kat kampung,Datang anak saudara nak mintak aku tolong hantarkan dia ke bilik air,lepas aku keluar dari bilik air tu,tiba-tiba aku tergelincir dan aku terjatuh..Kaki aku sebelah kanan terkena pada penghadang yang ada kat bilik air menyebabkan kaki aku tu terlipat.Mungkin dari hentakkan itu,entah la,tak tau macam mana boleh jadi macam tu,Masa tu memang aku tak rasa sakit..Nasib baik kepala tak terhentak kuat kat simen..Aku terus panggil kakak ipar aku..Lepas kakak ipar aku panggil mak,Mak datang dan angkat aku..Masa angkat tu lah,aku terasa yang tulang kering aku sakit sangat.Mak angkat kaki tu dan tengok,tulang aku patah..Memang nampak ketara patah tu..Terus cepat-cepat panggil suami aku untuk hantar  ke Hospital..

Waktu tu memang sedih bukan kepalang,Kesakitan sangat terasa bila 2 pembantu hospital mengangkat  dan mengampuh kaki nie,Subhanallah,sungguh tak terkata sakitnya itu..Kesakitan itu reda bila kaki aku bersimen separuh,Kenapa separuh??Kaki hanya bersimen di bawah sahaja kerana tulang yang patah tu dah nampak bengkaknya..
Kaki yang bersimen separuh

Kedatangan syawal disambut dengan segalanya sederhana.Pada awal syawal,hanya dengan baju biasa sahaja.Puas mak dan en.husband pujuk untuk pakai baju raya,Tapi hati ni terlalu sebak untuk beraya..Kebetulan tahun tu,tahun kedua aku beraya bersama dengan en.husband di sebelah keluarga aku.


Masa 1st syawal..Tanpa baju raya..Nie pun terpaksa pakai baju nie..Kalau tak Tshirt dengan Kain batik je

Alhamdulillah,dikelilingi oleh ahli keluarga yang penyayang dan mengambil berat...Semua dijaga...Selama 3 bulan duduk dengan mak,tinggallah en.husband di rumah kami.

Korang boleh membaca kisah aku selanjutnya di Entry-entry ini:-

http://www.kisahsidairy.com/2013/07/kisah-ramadhan-itu-menghantui.html


http://www.kisahsidairy.com/2012/11/aku-masih-bernafas.html

http://www.kisahsidairy.com/2012/11/aku-masih-bernafas-part-ii.html

http://www.kisahsidairy.com/2012/11/aku-masih-bernafas-part-iii.html

Itulah kisah duka yang pernah terjadi kepada aku menjelangnya syawal.Kenangan itu tetap terpahat diingatan apabila menjelangnya puasa..


Oklah..bagi korang yang nak join GA nie boleh la klik banner kat atas nie..Happy readings

Post a Comment

  1. semoga cepat sembuh dan selamat bersagmen

    ReplyDelete
  2. kesian akak.. kejadian yg tak disangka kan.. mesti akan terpahat di ingtatan sampai bile2..

    ReplyDelete
  3. Saya ingat lagi kisah kaki akak tu..
    apa2 pn all the best to you kak..
    kalau murah rejeki boleh menang hadiah GA :D

    ReplyDelete
  4. Hmm..sian akak.. ~~ x dpt imagine bila kaki dah patah *__* mesti sakit

    ReplyDelete
  5. Thank you dear for your support ;) Good luck!

    ReplyDelete
  6. alahaii.siannya akak..teruk tu jatuhnya sampai kena bersimen..takpe kak..tahun ni celebrate raya meriah sikit dengan fiyah ye.apepun good luck untuk contest ni :)

    ReplyDelete
  7. Alahai..siannye.. Harap2 xde la berlaku lagi pd hari pertama syawal. Btw goodluck!

    ReplyDelete
  8. Kifarah kan...?? setiap manusia mesti ada dugaan yang macam ni.... pengalaman dalam hidup jugak tu kak ida :) tak semua ada pengalaman kaki bersimen :)

    Best of luck for the contest ya...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, akak dah sembuh sekarang. Semoga akak akan lebih gembira hari raya nanti dgn kehadiran anak akak ya

    ReplyDelete
  10. Alhamdulilah, sembuh dah akak, kenangan semua tu

    ReplyDelete
  11. Allahu. Sedihnyaa beraya dengan kaki bersimen. Dugaan tu kan kak? Takpe, Allah sayang :)

    ReplyDelete
  12. Aduhh sakit tu.. mmg kenangan yg tak akan dilupakan... semoga berjaya Aida.. :)

    ReplyDelete
  13. Mmg sakit tu tak dapat dibayangkan...

    ReplyDelete
  14. Pengalaman tu sis tak apa berkat kesabaran pasti sembuh

    ReplyDelete
  15. malang tak berbaukan KD.... Lama tu nak baiknya yeh dah lah baru kawen hehe...mesti rindu ngan en Hubbykan...

    ReplyDelete
  16. salam. hmmm :(((

    btw selamat bersegmen..dan all the best!

    ReplyDelete
  17. Ya Allah kesian kat akak.. mesti tak dapat lupa kejadian tue kan.. selalu dengar kes orang jatuh bilik air mesti alami kecederaan serius.. tak pe la kak..ujian Allah nak bagi.. lepas nie hati2 k..

    ReplyDelete
  18. Selamat bersegmem Aida... Salam Ramadhan ye :-)

    ReplyDelete
  19. Kngn itu manis dan mematangkn kehidupn...
    All the best..

    ReplyDelete
  20. dugaan kak.. mesti waktu tu rasa nak raya pon dah tak mampu.. tp mujur dikelilingi insan yg disayangi..terasa bahagia..:)

    ReplyDelete
  21. bab bab kaki nih sy memg xsgup dnga sbb tau kesakitan tuh mcm.mna

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top