16
Assalamualaikum

Lebih banyak perlu belajar untuk melihat perkembangan Nur awfiyah agar membesar seperti bayi dan kanak-kanak yang dilahirkan cukup bulan..Memang kalau ikutkan pengalaman-pengalaman ibu-ibu yang ada bayi pramatang nie,boleh dikatakan pembesaran bagi bayi pramatang nie lambat sikit.

Aku sedar pun masa pi checkup hari tu,bila Nurse tanya apa yang Nur awfiyah boleh lakukan setakat nie.Aku cuma cakap la tindak balas dia apabila bercakap ngan dia..Bila tanya mengiring sudah atau belum,of course la aku cakap belum.Sebab belum ada tanda-tanda Nur awfiyah nak mengiring pun..
Nurse tu bagitahu aku,kalau bayi pramatang nie memang lambat sikit la perkembangannya..Ada teknik-teknik yang dia suruh aku buat iaitu meniarapkan dia dan dudukkan dia dan akhir sekali urutan..
Memang lah setiap kali lepas mandikan dia,aku selalu urut nur awfiyah..Tapi mungkin tak delah menggunakan teknik yang disarankan..Dari situ aku google teknik-teknik urutan untuk bayi ni
Terbaca dalam satu blog tentang Teknik urutan dan sentuhan menggunakan kaedah Johnson's Baby.

Muka
Muka bayi mungkin penuh dengan berbagai jenis ketegangan akibat perbuatan menghisap, tumbuh gigi, menangis atau sebarang perkara yang berlaku di sekelilingnya setiap hari. Gunakan ibu jari anda dan buatkan isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian di bawah bibir bayi. Ulang tiga kali.
Langkah 1 urutan bayi

Dada
Dengan menggunakan kedua-dua tangan yang diletakkan di tengah dada bayi, tolak keluar ke arah tepi dan mengikut susunan tulang rusuk. Gerakannya seolah-olah anda meratakan muka surat sebuah buku. Tanpa beralih tangan daripada badan bayi, gerakkan tangan di sekeliling mengikut bentuk rajah hati sehingga sampai bahagian tengah.
Tangan
a) Picit dan putar
Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan. (seperti memegang pemukul besbol). Kemudian usaplah lengan dengan bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan dan rentak diselang-selikan. Pada masa yang sama picit dengan lembut.
KAKI
a) Picit dan putar
Pegang kaki bayi seolah-olah anda sedang memegang pemukul besbol. Kemudian pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke arah bertentangan dan pada masa yang sama, memicit dengan lembut.
b) Menggulung 
Dengan memegang kedua-dua kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali.


Perut
Mengurut pada bahagian perut akan meredakan sistem usus bayi membolehkannya membuang angin serta melegakan sembelit. Gerakan ini harus berakhir pada bahagian bawah sebelah kiri perut bayi (bahagian kanan anda apabila berdepan dengan bayi). Pada bahagian ini kebanyakannya terletak usus pembuangan bayi. Tujuannya adalah bagi menggerak semuanya ke arah usus.
a) Roda air
Menggunakan hujung tangan, lakukan gerakan mendayung pada perut bayi, berselang seli tangan, seolah-olah anda sedang menyodok pasir ke arah diri sendiri.
b) Matahari Bulan
Buatkan gerakan ala bulan sabit songsang dengan tangan kanan anda, dari kiri ke kanan. Kemudian buat gerakan bulatan penuh hala mengikut pusingan jam dengan tangan kanan. Ketika tangan kanan anda bergerak di atas, tangan kiri anda di bawah, lakukan satu pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda.
c) Berjalan
Menggunakan hujung jari, buat gerakan berjalan di atas perut bayi anda dari kiri ke kanan. Anda mungkin terasa gelembung udara bergerak-gerak di bawah jari anda.
d) I love you
I – Buatkan gerakan huruf ‘I’ ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi.
Love – Buat bentuk ‘L’ terbalik dari arah kiri ke kanan.
U – Kemudian buatkan bentuk ‘U’ terbalik dari kiri ke kanan.
Ketika membuat gerakan ini, sebut ‘I love you’ dalam nada suara penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.




Bahagian Belakang
a) Berulang Alik
Letak bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang belakang. Gerakkan tangan anda dari depan ke belakang, pada arah bertentangan, membawa ke bahagian punggung, kemudian naik ke bahu.
Pada penghujung setiap urutan bayi, pakaikan semula baju. Bayi anda sudah tenang kini dan bersedia untuk tidur.Urutan bayi ini lebih daripada sekadar menenangkan bayi, malah ia merupakan medium untuk membina hubungan spiritual dan emosi yang mendalam bagi manfaat seisi keluarga.
Sentuhan mampu membentuk daya intelektual dan kemahiran motor bayi selain membantu mengawal suhu badan bayi, denyutan nadi dan cara tidur-bangun anak/sleep-wake patterns.
Jadi, luangkan sedikit masa untuk berikan urutan dan sentuhan kepada bayi bagi mengukuhkan lagi hubungan dan trust-bonding bersama bayi anda.


itulah info yang aku baca di blog..insyallah,nanti boleh la try buat kat nur awfiyah pulak menggunakan minyak baby johnson's tu kan..

sumber: sini,
credit picture: sini

Post a Comment

  1. terima kasih atas info ni...nanti nk cuba pada baby baru saya.

    ReplyDelete
  2. Mmg amat baik utk baby... :) :)

    ReplyDelete
  3. best main urut badan baby ni..hhehe

    ReplyDelete
  4. baby seronok kalau kene urut...kadang gelak-gelak jer...kalau jenis penggeli, mula la menggeliat jer macam anak saya kecik2 dulu...hihi

    ReplyDelete
  5. kalau urut baby mesti paling byk buat adalah cium baby sepenuh hati ! hehe

    ReplyDelete
  6. Bile mengurut ni, baby pun gembira. Sbb rasa dirinye di belai2.

    ReplyDelete
  7. perkomgsian yg menarik.
    syiokknya urut bby.. tak sabar nak rasa :)

    ReplyDelete
  8. seronoknya baby di urut²..great sharing :)

    ReplyDelete
  9. nice sharing..boleh cuba untuk next baby..

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yg bagus kak.. dulu farah pn ada buat jugak urutan kat Emir..=D

    ReplyDelete
  11. Mmg seronok urut bayi.. Lebih eratkan antara ibu dan anak.. Dan bntu naikkan berat bdn bayi..

    ReplyDelete
  12. Kena ambik taw ni sapa taw ada rezeki lya nnt hhee

    ReplyDelete
  13. syiokk baby kena urut..hehehe..

    ReplyDelete
  14. good sharing...baby kena urut bdn akan semangat tau

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top