Tuesday, September 30, 2014

Cabaran 30 Hari :Hari 26 - Gajet kepunyaan Aku

Tuesday, September 30, 2014 7 Comments
Assalamualaikum


Hoyeh...hari ke 26.masih ada 4 hari lagi bagi menamatkan cabaran 30 hari Kelabbloggerbenashaari nie.
Kalau yang mengikuti dari hari pertama,confirm hari ni dah hari yang penghabisan.

Selesai tugasan 30 hari cabaran kelab blogger ben ashaari ni.

Oklah untuk task hari ke 26 ni nak memperkatakan tentang gadget kepunyaan aku.

Aku ada  satu Blackberry dan satu unit Samsung tab 10.1

itu je kot yang aku ada...insyallah..kalau ada rezeki,mana tau bertambah..

Harap-harap dapatlam memenangi Iphone 5s dari cabaran  Disini

Doakan aku berjaya ye...hehehe







Meh terjah Cabaran-cabaran yang lain disini :-

Royal Collagen Untuk Kecantikkan Seiring Dengan Kesihatan

Tuesday, September 30, 2014 4 Comments
Assalamualaikum

royal collagen

Siapa yang taknak cantik kan.Terutamanya pada wanita.Wanita diluar sana sangat obses dengan kecantikkan.Bila dah obses,maka pencarian collagen untuk menambah kecantikkan dilakukan.

Royal Collagen adalah sebuah produk makanan tambahan kecantikkan berasaskan Hydrolized Marine Collagen yang telah dinaiktaraf formula kandungannya.Merupakan Ramai pengguna memberikan kesan yang positif dan telah menunjukkan keberkesanan produk ini seawal  5-7 hari sahaja..Sangat hebatkan.

Royal Collagen mengandungi 10 Nutrisi berkhasiat premium seperti madu,sarang burung dan aprikot yang sememangnya mempunyai nilai harga yang cukup mahal.

royal collagen
Apa yang ada di dalam 10 Nutrisi Royal Collagen ni

1. Madu Lebah
  • sumber tenaga
  • Menenangkan fikiran dan minda
  • Antioksidan
  • Awet muda
  • Meningkatkan antibodi tubuh badan
2.Delima
  • Membersihkan kulit
  • Mengurangkan keradangan pada kulit
  • Mengurangkan Kolestrol
  • Antioksidan
  • Mengelakkan gangguan perut
3.Sarang Burung
  • Melancarkan Fungsi paru paru
  • memulihkan tenaga
  • Agen pemutihan kulit
  • menyembuhkan batuk
  • Baik untuk IQ
4.Kolagen
  • Tisu sokongan utama dalam badan manusia
  • Terdapat pada semua organ dan tubuh badan terutama kulit
  • Menegangkan dan menganjalkan kulit
  • Mengekalkan keremajaan
5.Tomato
  • Baik untuk diabetes
  • Baik untuk mata
  • Baik untuk ibu mengandung
  • Merawat masalah hempedu dan hati
6.Epal steam sel
  • Membentuk pigmen kulit
  • Kandungan vitamin c yang tinggi
  • Memperbaiki epidermis kulit
  • Mengekalkan keremajaan kulit
7.Koenzim IQ
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Mencegah migrain
  • Meningkatkan tenaga(Mitokondria)
  • Mengurangkan keradangan
8.Ekstrak Aprikot
  • Menghindarkan penyakit barah
  • Merangsang pengeluaran hormon Estrogen
  • Menghilangkan kesan Nikotin
  • Membersihkan darah
9.Goji Berry
  • Meningkatkan sistem reproduktif lelaki dan wanita
  • Menghindarkan risiko sakit jantung
  • Melambatkan proses Monopause
  • Merawat senggugut
  • Membantutkan sel kanser
10.Carrot
  • Meningkatkan Imuniti badan
  • Sangat baik untuk mata
  • Meningkatkan IQ
  • Menstabilkan Kandungan gula
Royal Collagen ini juga sesuai untuk wanita dan lelaki.Hanya memerlukan  pengambilan 2 kali sehari,iaitu sekali sebelum sarapan dan sebelum tidur untuk kesan yang menakjubkan.

Setiap botol Royal Collagen nie didatangkan dalam bentuk serbuk dan mempunyai rasa lemon yang sedap lagi berkhasiat


Antara Testimonial pengguna




Nak mencuba???  Nak berhasil seperti mereka.Tempahlah sekarang di SINI

         
Royal Collagen - Kecantikan Seiring Kesihatan!

[Advertorial]

Mencari Homestay Di Johor Bahru

Tuesday, September 30, 2014 18 Comments
Assalamualaikum

Kepada yang mencari Homestay Murah di Johor Bahru,Kini boleh lah mendapatkan Penginapan yang murah dan berbaloi mengikut bajet anda.Ditambah lagi dengan tempat yang sangat strategik di Johor bahru dengan kawasan-kawasan pelancongan yang terdekat.


Homestay yang terletak di JP Perdana ini adalah sebuah rumah teres setingkat yang mempunyai 
  • 3 Bilik Tidur
  • 2 bilik air
  • Ruang tamu
  • Ruang Dapur yang selesa
  • Ruang makan
  • Ruang letak kereta yang boleh memuatkan 3 buah kereta.
Bilik Tidur 
homestay murah
  • Bilik Utama dengan katil saiz Queen
  • 1 katil Single berserta katil pull out
  • 1 katil Single 
  • Semua bilik dilengkapi dengan Kipas Syiling


Ruang Tamu
homestay berdekatan legoland

homestay murah di johor bahru
  • Ruang Tamu  beraircond yang luas dilengkapi dengan TV 29 Inci dan Sofa sesuai untuk berehat seisi keluarga.


Ruang Makan Dan Dapur


  • Ruang makan dengan meja 6 kerusi

  • Ruang dapur kering dan basah
  • Ruang dapur juga dilengkapi dengan Kabinet,pinggan mangkuk,Peti ais ,pembakar roti periuk nasi ,pemanas air dan alatan memasak.



Bilik Air




Kemudahan lain yang ada di Homestay JP Perdana nie
  • Astro
  • Air minuman percuma
  • Sejadah
  • KainTelekung
  • Ruang Santai Di luar
  • Tv 29 Inci
  • Seterika dan Papan penggosok
  • Ruang tamu beraircond


Homestay Tawakkal di JP Perdana ini mempunyai tempat yang strategik dengan tempat-tempat perlancongan di Johor Bahru Antaranya ialah :-

  • Legoland / Hello Kitty Town / Puteri Harbour Family Park
  • Aeon Jusco Bukit Indah
  • Pulai Spring Country Club
  • Kolej Tun Razak
  • Johor Premium Outlets
  • Hospital Sultan Ismail
  • Kolej Sunway
  • Country Garden - Danga Bay
  • Larkin Central Johor Bahru
  • Senai Airport
  • Taman Teman Air Austin Heights(dijangkakan akan dibuka hujung tahun ini)
  • Berdekatan dengan EDL highway to Singapore
  • Zon bebas Cukai
  • Berdekatan dengan Kota Iskandar


Bagaimana pula dengan harga ditawarkan oleh Homestay JP Perdana nie?

Harga Untuk Homestay JP Perdana :-
  • 1 malam rm250
  • Harga boleh nego jika menginap lebih dari dua malam
  • Promosi Terhad ada  Freegift  untuk yang menginap lebih dari 2 malam ke atas.


Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Homestay JP Perdana ni boleh hubungi :-

Andi Fauzi
Pengurus Pemasaran
Hp: 017-779 7900 (sms/whatsapp)
Email: amfay77@yahoo.com







Program Affiliate Dari Lazada Malaysia

Tuesday, September 30, 2014 19 Comments
Assalamualaikum

Berita baik!!!..berita baik lagi untuk rakan blogger yang ingin mendapatkan pendapatan sampingan dari berblogging.

Siapa kata berblog tidak mendatangkan hasil.Fenomena Affiliate program untuk blogger-blogger mendapatkan pendapatan sampingan dengan mudah terlalu banyak sekarang ni.

CUMA!!!..korang kenalah rajin kan..Setiap impian atau keinginan tu,kenalah disertakan dengan usaha..Kalau tak,ianya tidak akan mendatangkan hasil

Salah satu program affiliate ini adalah dari Lazada Malaysia.Mungkin ada yang pernah dengar tentang Program ni kan..Baru juga mendaftar dengan Program nie.
Program Affiliate Dari Lazada Malaysia
Ternyata bukti program ini mendatangkan hasil,korang boleh la klik Link nie.Abang eyriqazz kita nie pun menjoinkan diri dalam Program Affiliate Lazada Malaysia tau.


Kepada Korang yang berminat untuk menjana pendapatan melalui Program Affiliate Lazada Malaysia nie boleh la klik sini .>>Pendaftaran Program Affiliate Lazada Malaysia


So,jangan lepaskan peluang untuk mendaftar ye..

Monday, September 29, 2014

CPUV Sime Darby LPGA 2014

Monday, September 29, 2014 13 Comments
Assalamualaikum


Alhamdulillah...Dah terima dua CPUV untuk bulan ni..Walaupun rezeki sikit,tapi berbaloilah kan.
Bukan aku taknak bertukar kepada yang lain.Tapi bagi aku ,sebelum nilah pernah masuk advertisor lain,tapi banyak iklan yang sensored yang tak sesuai dengan blog aku.

Lagi satu,kebanyakkan publisher mana nak bagi offer kat blogger picisan macam aku nie.Lainlah pageview sehari berpuluh ribu..Ini tak sampai pun 3k sehari.

Setakat nie adalah jugak job yang masyuk walaupun tak banyak.Oklah..nak cerita banyak pun tak best jugak kan.

CPUV kedua yang aku dpat adalah dari Simedarby LPGA 2014

Klik sini untuk maklumat lanjut


Baru cakap nak merajuk,dah masuk satu lagi CPUV bulan nie.Nasib baik Nuffnang baik hati..kalau tak nak cari lain dah..hehehe



Bawa Nur Awfiyah Shopping

Monday, September 29, 2014 13 Comments
Assalamualaikum

Baru sempat nak cerita pasal hujung minggu lepas ni.Bukan taknak update entry terus,tapi sibuk melayan Nur awfiyah..

Babah dah bawak troli.,ummi pulak dah bawak stroller Nur awfiyah.Hari sabtu hari tu,kitorang bawak Nur awfiyah jalan-jalan ke Jusco Permas.Niatnya nak jumpa mamaniza.Tapi terlupa pulak nak bagitau dia awal-awal.Lagipun mamaniza kena tunggu anak dia balik dari sekolah.So,memang takde rezeki kami lah nak berjumpa kat situ kan.Kitorang pergi Jusco tuari sebab nak beli Hadiah Officemate kahwin sabtu ni.So biasalah,bila ada officemate kahwin,kitorang akan collect duit untuk beli hadiah..So,hadiah besar sikit boleh beli.Tapi kitorang akan tanye apa pengantin tu nak..Jadi senang nak beli..Tak payah nak suprise bagai..Lagi bagus macam tu ka.Nanti takdelah dia dapat hadiah yang sama dua tiga bijik.Sebab tu lebih selesa beli hadiah yang dia nak.

Seronok dah bawak Nur awfiyah jalan-jalan..dah tak meragam macam dulu lagi.Cuma bila duduk kat stroller lama-lama dia cepat bosan pulak.Terpaksalah ummi dokong dia.Sambil dokong,sambil bawak troli.hamboooi...Nasib baiklah awak tu ringan lagi..Bila penat ummi duduk je kat tempat test kasut tu.Sambil tu jeling-jeling beg dan kasut kat situ..Memang niat nak beli sepasang sandal.Tapi disebabkan Nur awfiyah dah buat Kek,terpaksalah cepat-cepat bayar.Maklumlah..bau pun dah semerbak..Kang tak pasal-pasal orang kat situ pengsan..Adeh...

Ummi tak sempat nak berselfi dengan Nur awfiyah...sibuk cari barang je..Bila dah macam nie memang lupa nak bergmbar bagai..Tengok orang je ummi dah pening lalat.

Lepas dah bayar,terus ke toilet sementara babah pi simpan barang-barang tu dalam kereta.Ummi sempatlah tengok-tengok kad ucapan cantik-cantik untuk pengantin nanti..Nanti aku update pasal tu ye

Lepas tu,babah dah mengadu lapar..Ummi pun sama.Nur awfiyah pun sama jugak.Da start menyanyi-nyanyi lagu cupcake..Yang herannya,bila nampak orang dok melayan dia,mulalah dia terjerit-jerit..sungguh tak malu anak ummi nie ea..peramah betul dengan orang.
Sampai kat food court,sementara babah pi  order makanan,ummi dah boleh buat susu..bila nyusukan dia tu,terus Nur awfiyah tidur..tidur pun tak nyenyak mana sebab dekat dengan playground.so bising sikit
Masa nie memang dah nak terlelap sangat lepas kena tepuk-tepuk ngan ummi..mungkin dah kepenatan

Lepas balik dari jusco,sempat tapau steambot tepi jalan kat Tasik pasir gudang..SO taklah membeli belah sangat kat Jusco tu.

Rasa nak membeli belah kat Lazada la..Sekarang nie potongan sehingga 95%..so,kena cepat-cepat shopping sebelum habis promosi kan.

Jom cuci mata kat LAZADA ni


Cabaran 30 Hari :Hari 25 -Berita Terkini hari ini yang aku baca

Monday, September 29, 2014 15 Comments
Assalamualaikum


Terlepas lagi satu hari untuk cabaran 30 hari kelabbloggerbenashaari nie.Gara-gara semalam spend time dengan Nur awfiyah,al-maklumlah..aku ada full day hanya hari ahad..Hari ahad la aku dapat spend the whole time dengan Nur awfiyah.Hari biasa aku dapat jumpa dia malam je.Malam pun dia dah tidur awal.

Bila dah satu hari spend masa dengan dia,rasa macam nak berhenti kerja je..Boleh spend masa lebih banyak dengan dia..Tapi kewangan tak mengizinkan untuk en.husband sahaja bekerja .Maklumlah kan kalau duduk dibandar nie.Banyak nak pakai duit.Takat cukup makan pakai tu boleh la.tapi kalau nak berbelanja lebih dari biasa tu,memang takdelah kan..boleh buat simpanan untuk hari tua..hehehe

Oklah,meh aku nak cerita kat korang pasal berita yang aku baca hari nie kat Metro.Tiap-tiap pagi memang melayan nie dulu.Bapa Geram Tiru aksi biawak .Nih pasal kekejaman seorang bapa yang aku anggap paling bodoh di dunia nie.Desperate sangat ke sampai berani buat anak macam tu..Rasa nak meroyan tengok laki macam nie..Nak kata takde otak,cukup complete Allah swt bagi kat dia.Kerana terdesak ke?terdesak ada sebabnya,Kalau dah sampai macam tu sekali,aku pasti lelaki tu bukan seorang bapa yang bertanggungjawab..betul tak.

Foto

Bila gaduh laki bini,anak jugak jadi mangsa.Takde perasaan ke bila anak tu menangis,meronta-ronta minta dilepaskan..Subhannallah...

Nak baca cerita selanjutnya,korang boleh dapatkan Harian Metro suratkhabar ataupun online sahaja.





Meh terjah Cabaran-cabaran yang lain disini :-

Saturday, September 27, 2014

CPUV September : Sen Heng

Saturday, September 27, 2014 22 Comments
Assalamualaikum

Meh nak story sikit pasal Nuffnang nie.Kalau ikutkan hati nak je curang dengan Nuffnang nie.Nak try masuk Komli pulak..agak-agak berhasil tak.

Tup-tup semalam dah masuk satu CPUV Nuffnang bagi..emmm..tau pun..kalau Nuffnang boleh kasi banyak lagi blogger Cpuv,blogger pun banyak advertising yang boleh pilih..Blogger sekarang dah boleh demand.Dah boleh anggarkan pendapatan untuk sesuatu sales.

Tapi kenalah tengok jugak tahap mana blog korang tu.Kalau korang takde nak update entry seminggu dua,takkanlah mereka nak beriklan kat blog korang kan.

Sekarang nie memang banyak blogger yang dapat pendapatan sampingan dalam berblog.so,tak salah jugak kalau ada yang nak mencuba.Tetapi korang mesti kena upgrade dari segi penulisan dan gaya entry untuk menarik orang membaca blog korang..Bila dah hentam keromo.mana datangnya orang nak baca blog kan.

hehehe..Occay,..meh aku nak cerita pasal CPUV Nuffnang yang aku dapat semalam..Baru hari ni aku update.

CPUV kali nie datangnya dari SEN HENG.Dengarnya Sen Heng tengah buat promotion sekarang nie.So,korang boleh la singgah di website Seng Heng nie..BEza memang berbeza..Eh..betul ke tagline Sen Heng nie..Ada jugak kena kecam ni kan.


Senheng 25th Anniversary Sales


Cabaran 30 Hari :Hari 24 -Rumah Impian Aku?

Saturday, September 27, 2014 15 Comments
Assalamualaikum

Ni yang best cerita nie..Memang syok lah..Siapa yang takde impian..semua orang ada impina kan.
Salah satunya rumah idaman korang.Rumah yang korang impikan untuk korang diami.

Fuhhh...meh tengok..agak-agak tenang tak tengok rumah macam nie




Ni kawasan rumah aku...penuh kehijauan


lagi satu macam nie








verangan tak menghengatkan..yang peliknya mesti nak ada swimming pool.Macam ler reti sangat dia nak berenang.

tapi apa pun rumah idaman yang mampu dimiliki..asal tenang dan tidak menyakitkan mata memandang.


**ihsan gambar dari google

Meh terjah Cabaran-cabaran yang lain disini :-

Friday, September 26, 2014

Dah Bertukar Kepada Astro Njoi

Friday, September 26, 2014 20 Comments
Assalamualaikum

Malam-malam nie tetiba idea datang mencura-curah untuk update entry.Nasib baik Nur awfiyah dok lena tidur..

Bak kata Nora Danish...KITA NJOI!!!!.

Ingat tak,dulu aku ada terbitkan buku entry pasal nak tukar kepada Astro Njoi..Yea...BERTUKAR!!!
tara....hehehe..dahpun bertukar..

Rasa dah 4 hari tak dapat tengok tv,start dari hari isnin tuari.Kesian MIL tak boleh nak buat pape..Lainlah kitorang nie,bila bosan boleh layan tab,games,youtube..Tapi MIL nak layan ape..Layan cucu jelah kan..heheh
astro njoi

Eh..Korang dah baca dah entry aku pasal entry NJOI tu..Sila baca kat SINI

Kenapa ambil mas 48 jam nie..Ni gara-gara gatal kot nak tengok AF,dah terlebih satu hari.Patutnya en.husband call astro hari ahad untuk close acc..Tapi disebabkan wife dia gatal sangat tunggu satu hari,dah kena tunggu lagi 48 jam.
astro njoi

Apa bestnya NJOI nie.
Jawapan aku.Tak payah nak sibuk membayau tiap-tiap bulan.Hanya bayar sekali je,lepas tu NJOI ler ko tengok channel yang TERPILIH sahaja.No lebih-lebih.Kalau nak lebih,korang kenalah topup channel berbayar tu.

Channel yang aku dapat tu oklah sebab yang tengok tv my MIL je.Aku jarang tengok tv..
Meh sini aku tunjukkan channel yang dapat dalam astro Njoi nie


So lepas nie boleh la simpan duit untuk Nur awifyah...tak yah dah nak bayar-bayar bil lagi..Bil yang ada pun dah melambak...Maklum ler,sekarang nie semua naik kan..




Cabaran 30 Hari :Hari 23 -Pekerjaan yang aku ingin selain kerja aku sekarang

Friday, September 26, 2014 15 Comments
Assalamualaikum

Sebenarnya banyak benda yang aku nak kalau aku tak kerja seperti sekarang ni..
Korang nak tau apa dia.

Meh aku cerita.Masa sekolah dulu,aku teringin sangat nak ada SPA sendiri..pehhh..berangan tak menghengat..Nak jadi Beautician,Mak andam..semua aku suka yang berkaitan dengan tu.

Kenapa aku suka jadi Mak andam? Masa aku bebudak dulu,aku memang suka tengok pengantin di solek tau..Bila mak andam solekkan pengantin,aku rasa akulah yang duduk paling depan.Sampailah aku sekolah menengah.Lepas sekolah tu,aku ada jugak ikut mak andam-mak andam yang aku kenal..Memang seronoklah.Tapi bila part aku cakap dengan mak aku nak join mak andam tu,terus kena pangkah.Mak suruh aku sambung belajar..Ayah pulak tak kasi aku sambung belajar.Suruh aku pi belajar menjahit..Dia kata senang nanti,tak payah nak hantar baju pi tempah..Buat sendiri je.

Tapi dalam hati aku tetap nak jadi mak andam.Bila aku pujuk dan terus pujuk,mak aku mula dah cair..Dia izinkan aku ikut kelas solekan mak andam tu..ececeh..

Tapi....TUP TUP,......aku dapat tawaran belajar kat KL..pehhh...menyirap darah bila mak aku kata cancel nak jadi mak andam..pi belajar sana..Masa tu aku memang dah tarik muncung 14..Memang kecewa tak menghengat.Sampai tak keluar bilik..

Last -last mak aku pujuk jugak surh belajar.Malas nak bergaduh ngan mak masa tu,terus pergi belajar je..

hoh..tu jelah kot..mungkin kalau aku tak pi belajar,aku dah jadi mak andam yang dah ada butik sendiri..cewahhh


Meh terjah Cabaran-cabaran yang lain disini :-

Follow Us @aida_yusof81